Friday, November 25, 2022

RESEPI TUMIS SULUR KELADI

 Assalamualaikum semua,

Sulur keladi, ada yang kenal ke tak? Mungkin ada yang tak pernah jumpa sayur ini, biasanya sulur keladi warna merah gelap, tapi yang ini sulur keladi dari Bangladesh saiz besar dan warna hijau. Harga sekilo pun dalam RM14 kalau tak silap tapi sebab sedap dan susah nak jumpa kalau di Kuala Lumpur ni jadi wajib beli bila balik kampung. Kami suka mak masak tumis pedas macamni, kadang tak buat makan dengan nasi, ratah gitu je pun sedap. Rasanya lembut gitu sedap lagi dari batang keladi lah. Ini resepinya ya.

Bahan-bahan:

1 ikat sulur keladi, siang kulitnya dan potong saiz kecil

10-15 biji cili api, tumbuk

3-4 ulas bawang putih, tumbuk

1 biji bawang merah besar, tumbuk

Sejemput bilis, tumbuk

1 sudu kecil asam jawa adabi

gula dan garam

air secukupnya

Cara masak:

- Tumiskan dengan minyak semua bumbu yang kita tumbuk tu. Tumis hingga pecah minyak.

- Masukkan sulur keladi yang kita telah basuh bersih, gaulkan sulur dengan semua bumbu hingga rata dan tutupkan kuali dengan penutup. Biar hingga sulur keladi lembut.

- Bila nampak sulur keladi dah lembut masukkan asam jawa, gula dan garam. Tambahkan air dan tutupkan lagi dengan penutup sekejap. Bila semua dah lembut dan masak jangan lupa cuba rasa dia. Kena ada rasa pedas masin masam manis sikit, pedas tu lebih la baru sedap.

ini rupa sulut keladi Bangladesh tu

siang kulit luar nya tu, bahagian bawah buang sebab keras

Mak beli 2 ikat, nak habiskan 1 ikat pun bukan main lama

sulur keladi hijau ni dia besar, tak gatal pun iya tak perlu rebus dulu

Tumis semua bahan-bahan

Kuah selalu tak banyak sikit je

siap sudah

tengok gambar ni teru terliur

ratah je pun sedap wei, kadang siap masak je ratah dulu baru buat makan dengan nasi

mak ada masak kari ikan tapi aku gu kan dengan telur goreng, petai timun dan sambal totok

23 comments:

  1. Kenal sulur keladi macam Dana cakap susah jumpa.
    Sedap masak tumis air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak payah nak jumpa, tapi nasib dekat kampung ada orang jual dekat pasar pagi.

      Delete
  2. makanan org2 tua je ni sbb golongan muda x berapa suka sayur tradisional camni. mcm abe kie pun x berapa gemar sayur keladi. cuma makan ubi keladi panas2 pd musim banjir tu suka la. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak la cikgu, saya dan adik-adik suka makan sayur sulur keladi ni. Keladi goreng pun suka... kami memang orang kampung kan

      Delete
  3. nampak rumit nak menyiangnya tu ye Dana...di Kuantan mcm belum pernah jumpa mungkin ada belah2 pasar tani kwsn kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je kak, dia bila kita patahkan tu nanti kulit luarnya tarik je mcm siang batang bayam. Ye kalau tempat orang jarang masak memang payah jumpa kak walaupun dekat pasar kampung

      Delete
  4. Macam penah dengar tp x tengok rupa.. Family Aini x pernah beli ni..
    Selepas disiang namapk mcm rupa asparagus pun ada..

    ReplyDelete
  5. Tak pernah nampak lagi sulur keladi ni kak. Kalau family jawa macam kita² ni masak tumis memang camtu kan kak. Sayur kangkung, petola pun kadang tumis camtu. Pedas, sedapppp ooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dik, masak tumis pedas gini aduhla sedap betul...

      Delete
  6. Belum jumpa lagi sulur keladi begini. Tapi memang nampak sedaplah bila dah jadi lauk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau balik johor nanti kak jalan-jalan ke pasar pagi kot jumpa boleh cuba kak

      Delete
  7. Sukanya...
    Kat kampung saya hanya kenal batang dan ubi keladi.Kat KL ni baru kena sulur keladi dimasak lauk.Pernah 2x cuba tapi mungkin saya tak pandai nak proses..gatalll..
    Teringin sangat nak makan tapi masih fobia nak masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye memang ada yang gatal tapi yang hijau ni memang tak gatal kak, ada orang tua kata jangan rendam dengan air basuh pastu toskan. Takpe kak nanti boleh cuba lagi kalau jumpa sulur ni

      Delete
  8. Replies
    1. kalau biasa makan mesti tau kesedapannya kan kak

      Delete
  9. nak menyiangnya leceh tapi makannya sekejap je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tapi yg ini besar sulurnya, cepat sikit siangnya

      Delete
  10. sedap.. fav akak ni tapi kalau masak ni kat rumah akak sorang aje la yg makan

    ReplyDelete
  11. Sulur keladi biasanya akak buat masak asam rebus...

    ReplyDelete
  12. Wah.. sedapnya.. Sha pernah makan.. Memang menyelerakan tapi bukan masak camnie lah..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...