Assalamualaikum semua,
Resepi ini aku dah buat 2 minggu lepas kalau tak silap. Dah lama aku nak cuba masak resepi ini tapi asyikla bahan tak cukup. Bila nak buat memang cukupkan bahan baru buat, kalau tengok resepi ada pelbagai jenis gaya jadi ini cara aku. Memang sedap lagi lah bila makan cicah dengan roti, hirup gitu je pun sedap sebab kuah pekat. Jom kita tengok resepinya ya.
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam, potong ikut suka (sepatutnya potong dadu dada ayam tapi mana-mana pun boleh)
2 biji kentang, potong dadu besar
2 batang salery, potong sedang
1 batang lobak merah, potong dadu besar
3 biji tomato, potong sederhana
4 ulas bawang putih, hiris nipis
1 biji bawang holland, potong dadu
1/2 biji bawang merah besar, potong dadu
2 keping daun bay kering
1 keping kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu tepung gandum
1 kiub ayam
Air secukupnya
1 sudu besar sos tiram
sedikit kicap
garam
daun sup dan daun bawang
Cara masak:
- Panaskan minyak, masukkan daun bay, bunga lawang dan kulit kayu tumiskan hingga naik bau. Masukkan bawang-bawang, tumis hingga bawang layu dan warna kekuningan.
- Perlahankan api, masukkan tepung gandum yang telah dibancuh dengan air gaul kan tepung tu biar dia masak lepas tu masukkan 1 cawan air, kacau jangan sampai tepung bergumpal biar sebati semua.
- Boleh masukkan ayam, tomato, lobak, kentang , lada hitam dan kiub ayam. Gaulkan semua tambahkan air lagi , lepas tu tutup kejap kuali biarkan ayam dan semua sayuran tu masak.
- Tambahkan air, masukkan 1 sudu sos tiram dan kicap sikit untuk warna. Tambahkan air lagi 2 cawan biarkan semua masak, masukkan batang salery. Masukkan garam kalau dah ok perasanya boleh matikan api. Masukkan daun sup dan daun bawang akhir sekali
* Stew ini memang agak pekat kuahnya sebab kita ada masukkan tepung gandum. Itu aku kata ikut nak pekat atau nak cair kuah bergantung pada air yang kita masukkan. Selamat mencuba
bahan-bahannya |
masa ni je api kecil nak tepung tu masak, lepas dah ok tambah air boleh besarkan api semula |
nampak menggoda tak? |
esoknya aku bawak bekal ke pejabat dengan roti gardenia wholemeal |
ini ratah macam tu saja pun dah sedap boleh kenyang..
ReplyDeleteya betul sangat tu kak oi
DeleteHuishhhhhh sedap sedap...
ReplyDeleteTerliur dibuatnya..
cuba nanti tau
Deletemeriahnya..confirm sedap
ReplyDeletesedap juga heheheh
Deletesedapnya stew ayam tu dana, cicah roti aduyaii
ReplyDeletebetul tu kak memang sesuai sangat cicah roti
Deletesedappp tu dana
ReplyDeleteTQQ share resepi
sama-sama kak
DeleteSedapnya makan roti cicah stu musim hujan ni.Sejuk-swjuk boleh feeling musim salji..hihihi
ReplyDeleteheheheh betul tu kak, buat cicah roti memang sesuai sangat
Deletesedapnya stew mmg tergoda selera
ReplyDeletebetul tu kak PI
Deletefuhhhhhh hujan-hujan cicah roti sedap ni!
ReplyDeletebetul tu, makan gitu je pun dah layan
DeleteDapnye... teringin pulak mkn stew panas²
ReplyDeletenanti cuba buat kak
DeleteHarum aroma stew ayam kan Dana.
ReplyDeleteSedap tu cecah roti.
emm...dapnye.. makan panas2 ngan roti..dappp
ReplyDeletesedapnya...dah elok batuk nanti nak buat la...
ReplyDeleteRoti cicah stew ayam memang sedap kak dana :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesodap!
ReplyDeleteaida jarang buat stew tau.
tak terfikir! ha ha ha ha...
asyik la menyambal aida ni, Dana :)