Thursday, November 10, 2022

PHOTO DIARY #35/2022 PROGRAM LAWATAN EP.2

 Assalamualaikum semua,

Bertemu semula kita di episod kedua program Lawatan Luar Aiyan. Biasa lah gambar memang banyak sakan kerjanya ambil gambar je emaknya ni. Jom kita layan cerita bergambar ya, ada banyak sangat gambar ni. Harap kawan-kawan tak bosan ye baca caption setiap gambar. Mujurlah awal-awal tu aku dah bergambar tepi sawah sebab petang dalam pukul 3 lebih dah mula mendung tak lama tu hujan lebat dan berangin. 

masa ni memang dah panas terik tapi nak bergambar juga
Aiyan buat lawatan dengan kawan-kawan mama nya sibuk bergambar
redup je tepi pokok buluh ini
berkumpul di Homestay Haji Dorani, buat aktiviti mencanting batik

ikut suka dia je mewarna, sampai lupa nak ambil gambar yang dah siap dia warna

lepas mewarna makan solat,  baru  menumbuk dan menampi padi

lepas tu aktiviti pasang layang-layang
dah siap bolehla main, memang berangin sangat 
mulanya main depan homestay
lepas tu makin jauh-makin jauh 
mama malas nak ikut, jadi tengok pemandangan sawah je


lepas main layang -layang ada aktiviti menangkap ikan tapi jadi aktiviti berkubang

mulanya dia usha je dari tepi

cikgu kelas dia ajak masuk dalam kolam




bukan main seronok semua

dah puas berkubang balik naik bas ke homestay


aku tak ikut diaorang pi tangkap ikan Edy je ikut, sekali sampai dekat Homestay ya rabbi... bau lumpur

Edy kata biarlah dia rasa suasana tu


kalau datang waktu dah berbuah mest lagi cantik... 

Dah lepas mandi, memang cikgu pesan bawa baju, seluar dan tuala selipar juga

dalam pukul 5.50 petang kami gerak balik masa tu dah mula hujan semula lebat pulak tu.

24 comments:

  1. Ya Allah seronoknya. Dedahkan aktiviti di kampung. Pengalaman baru untuk budak-budak sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, seronok mereka semua tu, aktiviti yang kalau balik kampung pun tak dapat jumpa

      Delete
  2. bestnya aiyan dapat main lumpur...semuanya akan jadi kenangan manis untuk aiyan bila besar nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, entah bilanya dia nak rasa pengalaman gitu kan budak bandar

      Delete
  3. Seronok tengok diorang berkubang tu ha...at least dia rasa kan pengalaman tangkap ikan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak memang seronok tapi nak mencuci baju seluar spender yang berlumpur tu mencabar minda

      Delete
  4. Seronoknya aktiviti yang dibuat. Paling best aktiviti berkubang tu lah. Hahah…
    Bagus program macam ni, pembelajaran luar kelas yang seronok dan anak2 dapat banyak pengalaman juga pelajaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, nasibla si Aiyan tu tak geli pulak masuk berkubang. Edy kata ada jugak budak yg masuk tu terus menjerit sbb geli pijak lumpur.

      Delete
  5. Wah... seronoknya, boleh berkubang... Hehe.. bagusnya, join aktiviti lawatan macam ni. Baru hari tu akak ke Sekinchan. Memang lawa pemandangan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah aktiviti terakhir berkubang... dah alang-alang ada aktivti tangkap ikan tu kan

      Delete
  6. Seronoknye Aiyan berkubang.. mesti dia suka dapat pengalaman baru. Bila² sok datang la jalan² Sungai Besar lagi. Roger² kak kalau nak datang. Boleh singgah rumah mak saya 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah mana nak dapat rasa pengalaman gitu lagi kan

      Delete
  7. lawa pula tengok ramai2 pakai baju warna biru tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu baju aktiviti luar untuk murid ppki sekolah nya, seragam semua sekali dengan topi tu

      Delete
  8. sonoknya aiyan n kawan2nya berkubang cari ikan dapatka ikannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan dah ditangkap itu tinggal kolamnya je ikanya dah takde heheheh

      Delete
  9. Eh,rasa macam semalam dah komen..
    Agaknya saya lupa klick publish..
    Seronoknya Ayyan dapat nikmati pengalaman berharga ni

    ReplyDelete
  10. saya memang biasa dgn suasana begini sbb rumah ayah terletak di tengah2 sawah. Berkubang, tangkap ikan, main sungai tu perkara biasa bagi anak petani spt abam kie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat kampung johor takde bendang cikgu, takat kejar ayam itu ada lah dengan ladang nanas

      Delete
  11. Replies
    1. itulah wak tapi nak basuh baju nya tu makan masa berapa hari baru ok

      Delete
  12. tu dia, seronok aa main lumpur bila lagi nak mandi lumpur macam ni kan hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok memang seronok kak tapi tang baju berlumpur tu masalah

      Delete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...