Tuesday, November 22, 2022

KENANGAN MENGUNDI TAHUN 2022

 Assalamualaikum semua,

Kenangan mengundi tahun 2022, tahun ini kami adik beradik dapat mengundi. Masa tahun 2013 cuma 2 orang je yang mengundi aku dan makngah. Tahun 2018, 3 beradik je aku, makngah dan maktek. Tahun ini baru lah kami semua 5 beradik dapat mengundi sama. Hari mengundi tu dari sebelum subuh dah hujan lebat, lebat sangat siap berangin lagi. Kami semua memang kata nak mengundi lepas Zohor je tapi emak awal pagi pukul 7 lebih dah siap-siap. Pukul 8 pagi walaupun masih hujan lebat suruh adik hantar juga, 8.30 pagi mak dah balik. Selesai tunaikan tanggungjawab, abah jangan cakaplah dari lepas subuh dah bertugas di tempat pusat mengundi.

mak dah ulang alik tengok cuaca hujan masih lebat lagi

Dia suruh adik hantar juga, si Aiyan dan Ecah pun sibuk nak ikut juga masa ni

sedondon baju dan warna jari emak, selesai dah

Aiyan dah sama tinggi dengan neneknya

lepas solat zohor kami 5 beradik pun bergerak dari rumah dekat je, sekolah ni dalam kampung kami

paksu dan sepupu kami

masa ni memang cuma kami je yang datang mengundi takde orang lain, awal pagi tu yang ramai orang 

masa kami datang baru ada beberapa orang lain datang

kenangan betul, tempat ini lah port main cop tiang masa sekolah rendah dulu. Dulu tiang nya besi bulat bukan kotak gini

aku dan makngah dah siap, tunggu maktek dan makyan di saluran lain

makyan 

makngah

maklong

nombor 3, 2, 1, 5 dan 4

sekolah rendah kami



jari aku memang dah pekat warnanya

kami 3 orang dakwat sama gelap

malam tu jadi makin gelap

20 comments:

  1. Tahniah! Cuma bilalah agaknya dia nak umum kerajaan dan PM ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah SR tertunggu-tunggu apa lah kesudahnnya, moga semuanya yang baik-baik sahaja

      Delete
  2. dapat mengimbau kenangan masa sekolah kan Dana..kalau saje2 nak masuk sekolah memang tak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, kalau tak bilanya nak datang sekolah rendah lainla kalau anak sekolah situ kan

      Delete
  3. ari mengundi ni jela kita dpt mengimbau kenangan zmn sklh dlu.. seronok! hihi.. bkn sllu dpt peluang ni.. haha.. ok skrg sama2 kita tunggu siapa PM ke 10..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye itulah dia kan, sebelum pukul 2 nanti kita tengok siapakah gerangan nya

      Delete
  4. meriah bila pi rmi2 ni...kita smua masih menunggu bakal PM baru

    ReplyDelete
  5. org tua mmg mcm tu... mmg semangat nk keluar mengundi... tahniah dana sbb dah menunaikan kewajipan kpd negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, hujan ribut dia tak fikir dah masa tu

      Delete
  6. Kitorang tukar angin, mengundi pagi. Ingatkan tidak ramai orang sebab hujan. Lagipun awal-awal pagi pukul 8 datang. Hehe sekali ramai. Kalau tahu mungkin undi waktu petang macam dahulu. Lengang masa itu.
    Hehe lepas itu pekat macam warna inai.
    Seronok sekali 5 beradik mengundi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya kami mengundi pagi, tapi sebab hujan kami tukar masa. Tak sangka memang lenggang

      Delete
  7. Sama la kak..mak abah saya pagi² dah keluar mengundi. Hujan berenti je, terua keluar. Hihihi.
    Warna jari tu memang makin pekat kan kak. Pastu rasa cam ketat je 🤣. Ni dah hari yg ketiga pun tak hilang lagi.
    Setakat ni belum tau lagi siapa bakal pemimoin yang baru. Dah pukul 3.30pm rakyat masih berteka-teki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang orang tua kita suka pergi awal pagi, itulah entah bila lah nak tahu pasal keputusan sapa yg memerintah negara kita.

      Delete
  8. cantiklah sekolah kak dana! Tak ramai orang ek dekat kawasan tu, tengok cuaca sejuk2 macam tu syok lah keluar mengundi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah kampung je Fana, abah akak kata ramai yg mengundi pagi dr kul9 sampai tgri. Mssa dtg mmg kami je rasa mcm eh betul ke ni, takde orang hehejeh

      Delete
  9. Tahniah dah selesaikan tanggungjawab.
    Wak pun mengundi kat sekolah rendah masa wak sekolah tahun 60an dulu
    Kat sini Bn menang

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun 60an ye wak mesti sebaya dengan abah dan mak dana ni. Tempat dana pun BN menang wak Ahmad Maslan

      Delete
  10. Cantik jer dakwat di jari korang...dakwat akak macam haper ntah...

    ReplyDelete
  11. Yeah!! Dah selamat mengundi.. Purple jadinya ye..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...