Tuesday, November 15, 2022

KEPAK MADU STYLE SABAH

 Assalamualaikum semua,

Ini kisah minggu lepas, masa dalam kereta Aiyan kata malam nak makan nasi lemak je. Jadi ingat nak lawankan dengan sesuatu, nampak kepak madu ni terus lah berhenti beli. Kepak madu ni pemiliknya cerita kisah dia gunakan resepi yang dibelajar masa duduk di Sabah. Jadi perapan kepak dan sos dia sangat sedap, sos nya ada rasa pedas cili api dan lada hitam. Sedap manis pedas masam masin, lain dari sos kepak yang biasa aku jumpa. 

Dulu masa mula-mula dia jual RM1.80 seketul sekarang dah RM2.50 tapi sebab kepaknya besar dan sedap beli jugak lah bila teringin. Kedainya di simpan nak masuk rumah aku di Jalan Ukay Perdana 2. 


Bau dia tu memang mengancam betul

Aiyan pun sibuk tak sabar nak makan dengan nasi lemak dek harum bau nya tu

Sos dia memang pedas tapi sedap bak hang

besar saiznya

15 comments:

  1. besar kepaknya ok kut harganya tapi kenapa merah ya

    ReplyDelete
  2. leh geng ngan iris, suka tul makan kepak madu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kak, nikmat dapat makan jenis suka ratah yang ada tulang

      Delete
  3. Terliur teringin cuba lebih-lebih lagi hendak tahu rasa sos bagaimana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene datang ukay perdana kak, dana belanja nanti

      Delete
  4. Alaaaaa....terus teringin haa.....dapnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene datang ukay perdana ni kalau teringin yg ini

      Delete
  5. Uishhh sedap tu....saya memang suka makan kepak ayam.

    ReplyDelete
  6. tgk kaler dia tu alahai sedap sgt nampaknya tu

    ReplyDelete
  7. Tengok pun dah terliur kak Dana. Puas hati kalau kepak besar walaupun naik harga.

    ReplyDelete
  8. Semua menu tu menarik selere anak tekak ni Dana...
    Dana & 🌹berpisah tiada

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...