Friday, November 4, 2022

RESEPI IKAN BAWAL MASAK KENCUR@CEKUR

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsi resepi kegemaran aku, dan sekarang jadi kegemaran Edy. Kalau dia beli bawal memang tahu la dia akan suruh masak ini. Selain bawal  ikan lain boleh buat masak ini, aku dengan ayam pun biasa buat. Lagi pekat pedas lagi sedap.

Kisahnya dia beli ikan bawal, aku tanya nak masak apa? Katanya kencur, ada beli biji kencur tak? Takde katanya. Mujurla tepi rumah memang ada tanam pokok kencur, korek ambil isinya nasibla ada isi juga. 

Bahan-bahan:

3 ekor ikan bawal, potong 3 dan goreng dengan kunyit bawang putih

7-9 biji cili bangla ( 20 -30 biji cili api biasa) tumbuk

3 ulas bawang merah kecil, tumbuk

3 ulas bawang putih, tumbuk

5-6 biji kencur, tumbuk (lagi banyak lagi sedap)

2 kotak kecil santan

Air secukupnya

Asam keping 2

Daun kencur hiris

sedikit gula garam

Cara masak:

- Rebuskan semua bahan tumbuk dengan 2 cawan air untuk 10 minit, atau hingga masak mendidih.

- Masukkan santan dan asam keping. Masukkan gula sikit kacau kuah gunakan api kecil bila dah mendidih bahan tu. Masukkan garam dan ikan goreng. Masukkan juga hirisan daun kencur.

- Biarkan semua kuah dan ikan sebati, rasa bila dah cukup masin manis sikit masam pedas matikan api.

- Aku suka kuah yang pekat. 


Korek sikit tengok isinya

Boleh la ni, kira ada jugakla

Bahan-bahan utama

Rebuskan






Pekat likat baru sedap.

31 comments:

  1. lama tk mkn ikan bawal...tk pernh lg mkn masakan cekur ni..sedap nmpknya tu

    ReplyDelete
  2. x pernah makan ikan bawal masak macam ni...boleh cuba ni...nampak sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba kak, akak kan suka masak ikan keli, dengan keli goreng lg sdp

      Delete
  3. Teringin hendak cuba macam mana rasa kencur.

    ReplyDelete
  4. Oh ikan bawal dan ayam pun boleh buat masak lemak kencur…tau keli salai je. Itu pun tau makan, tak penah masak. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kak isi bawal kan tebal sedap sesuai buat masak ni

      Delete
  5. Menarik masakan kencur cekur kak Dana. Rasanya saya belum pernah cuba lagi masakan kencur. Bolehlah cuba kalau ada bahan bahannya. kencur macam payah nak cari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat pasar tani atau yg ada jual sayur kampung ada rasanya biji kencur ni

      Delete
  6. baru pertama kali tengok resepi ini. Nampak mcm sedap n unik. Perlu dicuba nanti.

    ReplyDelete
  7. kalau saya suka yang panggang sahaja...lebih sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je nak guna ikan bawal panggang atau salai pun

      Delete
  8. Aduhhh..sedapnye. dah lama tak makan masak kencur. Kalau mak saya biasa buat guna ikan keli panggang. Ayam panggang kadang². Ikan lain tak pernah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ikan keli memang sesuai sangat, isi dia tu kan lembut memang masyuk kalau masak kencur ni

      Delete
  9. uish menarik! ada ikan bawal kat rumah ni, esok boleh lah try

    ReplyDelete
  10. unik resepinya mmg sedap rasa kencur n baunya

    ReplyDelete
  11. kencur terkecur wak tgk cikkak dana masak sedapp ikan bawal tuu., huhuhu

    ReplyDelete
  12. kencur tu apa ye dana? resepi baru ni bg kakmim... hehehehe

    ReplyDelete
  13. Ooo... inikah pokok kencur @ cekur? Akak ada la dulu... tapi dah mati dah kot.
    Laaa.. boleh makan rupanya dia punya ubi kecik dalam tu.
    Hahaha... dah tua baru tahu.... adoi... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kak, masuk dalam kuah pecal pun iya jugak, kalau kami suka buat kerabu pakai cekur jugak

      Delete
  14. aida x prnah buat menu ni, Dana.
    tapi mcm biasa makan.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...