Thursday, November 24, 2022

PHOTO DIARY #37/2022

 Assalamualaikum semua,

Bertemu semula kita di hari khamis yang indah dah terang ya. Pagi ini mood agak ke laut dalam, awal pagi dah ada yang buat aku rasa serabut. Aku cuba berhusnuzon tapi tak mampu nak sabar, jadi aku cuma berdiam dengan harapan aku dapat bertahan. Aku tak suka susahkan hidup orang, aku suka buat hal aku sendiri tolong orang tak kisah tapi jangan sampai buat aku rasa macam aku kuli je. 

Oklah teremosi pulak, jom kita layan cerita bergambar ya.

sampai kampung tengahari petang tu aku ajak emak pi kedai cari aiskrim, budak 2 orang ni mesti ikut

muka gembira dapat memborong aiskrim

aiskrim yang dipilih oleh emak, Aiyan dan Ecah


pokok cuban oregano emak

bukan main gemuk pokok ketumbar jawa emak

pokok petai depan rumah yang memang kesayangan emak

pemandangan pagi depan rumah, sentiasa indah di mata aku

air dekat parit kampung kami warna coklat tau, sebab tanah gambut

hari jumaat pesan kek marbel dengan kek oren dengan kawan sekolah

sedap sangat memang puas hati

rojak asma nama diberi

tongmo ayam dan daging... makngah belanja

bunga ros semaian makngah, geram sangat

pesan lagi kek untuk bawak balik ke Selangor

nasi lemak menu sarapan hari terakhir dekat kampung

21 comments:

  1. Replies
    1. dekat KL tak pernah try, tpi dah adik kata sedap kita cuba jelah

      Delete
  2. be strong kak dana, kalau geram sangat rimbuk je haha. Geram betul tengok pokok ketumbar jawa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Fana, kadang penat jadi baik. Itulah akak pun geram tengok ketumbar jawa mak akak yg gemok subur tu

      Delete
  3. Happy betul muka aiyan! Aiskrim tu! Best kan Aiyan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat KL papa nya tak bagi makan aiskrim tapi dekat kampung semua dapat

      Delete
  4. Kalau akak pun diam juga orang ambil kesempatan but macam kuli
    Wah sedap sangat kek marble dan oren sampai ulang beli bawa KL. Hehe alang-alang di kampung buat semua benda macam tengok pemandangan, belek pokok dan bunga emak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dana diam sebab tak nak jadi kurang ajar, kadang sabar tu hilang jugak kak... Kek tu memang sedap kak, pernah beli banyak tempat tak sesedap itu

      Delete
  5. Dana menurun mak tangan sejuk tanam apa pun menjadi
    seronok duduk kampung nak balik rumah sendiri mula la rasa berat hati kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah kak, emak dengan dana tangan tak sejuk tapi suam sebab kami tanam kadang hidup kadang tak. Kalau tangan sejuk tu nyai dengan makngah, diaorang lagi teror tanam hidup terus

      Delete
  6. Pemandangan yang paling indah dan sentiasa nyaman di hati memang kampung halaman sendiri kan kak. Balik selalu pun tetap tak jemu. Lagi satu, kalau kat kampung sure syurga makanan. Pagi petang malam, makan je kan.. hahahaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu kan, takkan jemu. Ya makan je kejenya kalau balik kampung kan

      Delete
  7. Pokok ketumbar jawa emak Dana tu dah keluarkan bunga ye. Kalau biji benih dah warna hitam, boleh tabur dan tumbuhlah anak-anak pokoknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak dah berbunga tapi benihnya belum matang lagi... pesan jugak dekat emak kalau benihnya dh hitam nnti tabur jelah kat tanah biar banyak.

      Delete
  8. Sedap-sedap semuanya..tongmo ayam pun ada ye..saya belum pernah jumpa..selalu jumpa yang daging saja

    ReplyDelete
  9. ko order kek dgn angah ye dana? sedap kan keknye, moist giler

    ReplyDelete
  10. Nampak tinggi pokok petai depan rumah tu

    ReplyDelete
  11. Sesekali lepak kampung jauh dari bandaryang bingit memang best kan Dana...kek tu nampak sedap betul la...

    ReplyDelete
  12. Memang puas bila dapat balik kg kan Dana.. Pemandangan yang indah.. Menu Dana semua best best..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...