Friday, December 24, 2021

RESEPI MEE GORENG KICAP CKT

 Assalamualaikum semua,

Maaf kawan-kawan, semalam lupa nak buat entri hari ini pun lambat bersiaran. Gini lah bila kat kampung kan, ada je nak dibuat. Dari pagi tadi mendung je sejuk je rasa di kampung ni.

Hari ini aku nak kongsi resepi mee goreng menggunakan kicap CKT yang maktek jual. Kalau ada yang nak cuba sila bagitau atau emel aku, boleh diposkan. 

Bahan-bahan:

2 bungkus mee kuning ( basuh dan toskan)

10 -12 ekor udang

1/2 mangkuk kucai

1 mangkuk besar tauge

3 biji telur

2 sudu cili boh

1 mangkuk ikea kicap CKT

Sedikit garam

3 ulas bawang putih, ketuk

Cara masak :

- Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang putih bila dah naik bau masukkan cili boh, masak hingga cili boh pecah minyak

- Masukkan udang bila dah setengah masak masukkan kicap CKT lepas tu tambahkan 1/2 cawan air masukkan garam, bila mendidih masukkan mee gaul hingga sebati semua. Tutupkan kuali dengan penutup kejap

- Buka penutup masukkan telur dan kucai kacau hingga merata akhir sekali masukkan tauge. Siap












Boleh guna untuk pelbagai jenis mee bukan kuetiaw je


12 comments:

  1. sedapnya mi goreng dgn udang besar delecious

    ReplyDelete
  2. Alaaa....sedapnyaaaa.....rencah tu tukar lain pun x pe kan...

    ReplyDelete
  3. naklah kicap tu..nanti ammi DM awak kat IG jelah. Nombor tipon takdelah pulak

    ReplyDelete
  4. Aduh warna cantik untuk minta dimakan!

    ReplyDelete
  5. Aduh sedap. Siap dengAn udang besau lagi

    ReplyDelete
  6. sedap nyer mee goreng dana tu.
    udang nyer besar, sgt menjemput aida utk memakannya :)
    apa daya, jauh dari capaian ha ha ha ah ha...

    ReplyDelete
  7. Kejadiannya dan kesedapannya tu tak boleh disangkal lagi. Menyelerakan betul kak dana uiii..
    Kat kampung rupanya. Patutlah rasa macam kurang update. Selamat enjoy kat kampung kak dana :)

    ReplyDelete
  8. Melingkar udangnya Dana.. sedap ooo

    ReplyDelete
  9. Wargh!! Lapar terus.. hahaha.. menarik sungguh kejadiannya..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...