Friday, October 30, 2020

RESEPI TUMIS TELUR HANCUR

 Assalamualaikum semua,

Bertemu lagi kita di pagi jumaat yang indah. Hari ini masuk pejabat tapi aku tengok geng lelaki je ini. Dahla kedatangan cuma 30%, risau lak nanti waktu rehat tinggal aku je seorang dalam pejabat ni 😳😳.

Hari ini aku nak kongsi dengan kawan-kawan semua menu kegemaran 2 beranak kat rumah ini. Tumis telur hancur, ini kadang seminggu sekali kadang 2 kali seminggu dia minta masak ini. Kadang sampai aku yang masak ni pulak dah jemu. Tapi memang Edy dengan Aiyan kalau menu ini berselera betul. Menu ini mudah je, kira resepi dari emak aku, yang jadi kegemaran kami adik beradik.

Bahan-bahan:

5-6 biji telur

4-5 biji cili api , tumbuk

2 ulas bawang putih, tumbuk

3 biji bawang merah kecil, tumbuk

sedikit garam, tumbuk

sedikit kiub ayam

air 2 cawan

minyak


Cara masak:

- Tumiskan bahan-bahan yang kita tumbuk dengan api sedang, masukkan kiub ayam

- Pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan dalam kuali dan kacaukan rata dengan bumbu, biarkan sebentar hingga telur masak

- Masukkan air 2 cawan kacau telur dan biarkan sebentar, bila dah mendidih dan boleh matikan api.  Siap 

Tumiskan hingga kering, aku tumbuk kasar je


masukkan telur


dan kacau kan rata dengan bumbu itu supaya sebati rasa

bila dah rata macam ini, biarkan kejap hingga telur masak

baru masukkan air, jangan lupa kacau lagi tau lepas tu baru biarkan


bolehla rasa sikit garam dia cukup ke tidak... dah mendidih boleh matikan

sedia untuk di angkat

menu ini mungkin agak berbau kot la ada yang tak suka bau telur, boleh je tambahkan dengan daun bawang ke daun sup

ini kadang untuk 2 beranak tu je, memang berselera mereka makan


40 comments:

  1. baru nak tanya takde bau hanyir ke? dana dah boleh baca hati pembaca dana..
    ammi buat tumis gitu masuk telur tapi tak letak air. nanti ammi cuba sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu kene tumis kering tu dulu ammi, jadi kurang bau nya... mungkin jugak dah biasa jadi bau tu ok je bagi kami, kadang dana tumis sekali dengan daun bawang bagi bau sedap

      Delete
  2. Akak selalu tumis gitu jer Dana and letak cili kering. KAlau nak buat sup, akak buat sup telur..hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu dulu arwah nenek selalu buat boh cili kering tapi tak pernah lg buat kat rumah ni... diaorang kat rumah suka yang ada kuah-kuah gini kak... kalau sup telur tak berapa jalan

      Delete
  3. Sedapnya kak Dana. kita selalu buat tapi buat yang tumis dengan sambal tu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tumis dengan sambal tu takde lak kuah yang boleh dihirup heheheh.. itu pun sedap gak

      Delete
  4. baru tahu ade resipi ni..nice sharing..kalau famili ada anak kecil sgt bgs ikot resipi ni sebab tumisan xpedas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kak, cuma mungkin belum jumpa lagi hehehhe

      Delete
  5. Semalam selongkar jumpa kiub ayam lama beli tak pakai. Thanks Dana bagi idea.

    ReplyDelete
  6. yg abe kie biasa makan yg tiada air tu... yg berair ni belum pernah cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini cara mak selalu masak, sebab abah suka makan yang berkuah... sekarang jadi kesukaan Edy dan Aiyan pulak

      Delete
  7. salam jumaat dana sedapnya telur hancur berkuah

    ReplyDelete
  8. Macam saya masak, cuma saya tak letak air dan kiub ayam. Saya letak kicap manis. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye memang ada macam-macam versi telur hancur ni

      Delete
  9. Ingat tumis tiada kuah. Ok juga buat berkuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa memang masak macamni, orang di rumah suka berkuah

      Delete
  10. Replies
    1. heheheh padu jugak sampai kadang tukang masak jemu masak tapi tukang makan dok mintak je

      Delete
  11. tak pernah lagi masak macam ni. kalau telur hancur, selalu tumis sambal jer. memang laju makan. bolehlah cuba versi kak Dana pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba buat sikit dulu dik, mana tahu rasa ok hehehhe

      Delete
  12. Sedap tu Dana walaupun ringkas tapi akak pun tak pernah buat berkuah ..boleh try ni.

    ReplyDelete
  13. wahh inilah menu feveret aiyan ye, boleh lah cuba nanti Dana :)

    ReplyDelete
  14. Sedapnya makan dengan nasi panas! Cukup rasa ni sebab ada cili padi dan bawang!

    ReplyDelete
  15. wah. telur berkuah :)
    nice recipe. telur ni byk resipi kita boleh bagaikan dia, kan.
    couple dgn nasi panas. kicap ke, sos ke.
    ringkas tapi sedap sgt gini, dana :)

    ReplyDelete
  16. kalo telur hancur yg masak ngan sayur kacang buncis..kalo berkuah camni tk pernah lg

    ReplyDelete
  17. Pernah juga buat telur hancur ni. tapi tak letak air lah. Sedap dia ada hangus hangus telur sikit. Lauk simple macam ni memang orang suka kak. Kita ni memang jemu nak masak kalau lauk yang sama di request. Layanka je janji selera dan habis makan :)

    ReplyDelete
  18. Waah sedaaaapppp, enak lagi kalo di tambahkan dengan berbagai campuran seperti jagung dan labu ya mbak. Salam kenal mbak, semoga bisa saling berbagi hal yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  19. sedapnyaaaa..biasanya AD pecahkan tapi tak agul telur tu..letak daun sup, daun celery,

    ReplyDelete
  20. Akk tak pernah cuba lagi masak mcm ni, memang simple je kan tapi bila jadi kesukaan anak2 dan suami tentu tak jadi keberatan utk memasaknya, mcm akk..tak makan ikan keli, tapi bila suami beli akk masakkan jelah.

    ReplyDelete
  21. simple2 macam ni pun kalau mkn di waktu panas tghari. mau tambah nasi ni. nanti blh try la. sesekali ubah selera.

    ReplyDelete
  22. Simple. Mudah nak buat. Nampak macam sedap bila makan dengan nasi panas2. Boleh cuba nanti ni!!

    ReplyDelete
  23. Akak suka letak kunyit hidup kalau masak telur mcm ni

    ReplyDelete
  24. Pernah cuba masak macam ni..tapi x letak air...

    ReplyDelete
  25. Wahh boleh try resepi nih nanti nih, semua geng makan masakan telur juga sini

    ReplyDelete
  26. Menarik nie..
    Idea yang lain dari selalu..

    ReplyDelete
  27. menarik cara masak tu..boleh cuba :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...