Tuesday, October 20, 2020

CERMIN MATA BARU LAGI

 Assalamualaikum semua,

Dua minggu lepas aku ada cerita yang aku cuti rehat ada temujanji Aiyan di klinik pakar oftalmologi (pakar mata). Balik dari HKL lepas lunch kami terus pergi buat cermin mata dia. Doktor turunkan power mata dia, dari 650 ke 400 belah kanan, 600 ke 350 belah kiri.

Masa aiyan 2 tahun dia kene buat cermin mata sebab mata sebelah kanan dan kiri nya yang juling. Juling teruk dah lepas jumpa pakar mata ,disaran untuk buat cermin mata. Seawal 2tahun dia dah pakai cermin mata. 

Baru ini doktor beritahu masalah juling dia dah makin pulih. Dia perlu pakai power tinggi untuk tarik anak mata dia yang juling untuk duduk di tengah. Jadi sekarang mata dia dah tak juling jadi kene turunkan power, kalau tidak dia akan tarik anak mata tu untuk juling semula. Begitula ceritanya.

Harga cermin mata dia kali ini memang mahal, sebab power dia lebih 400 harga lens je dalam RM 750+, di tambah bingkai kami ambil yang murah je RM80. Jumlah semua dalam RM800 lebih, lens dia tu ambil masa seminggu baru siap. 

aku cakap kat Edy seorang je boleh teman, tapi dia berkeras nak aku ikut juga... sudahnya aku jadi penunggu kat luar bila cuma seorang penjaga yang boleh temankan anak. Selalu memang Edy yang temankan jumpa doktor, sebab tu aku sanggup jadi penunggu kat luar

ini power mata dia sekarang, tambah silau 105

gaya dia masa menunggu pilih cermin mata.. dahla rambut panjang geram je

antara bingkai yang dia pilih, ini bingkai warna ungu
ini bingkai warna coklat gelap


bingkai warna biru, mula-mula dia nak yang ini

biru gelap juga

pilih bingkai ungu pulak... 

tapi akhirnya dia tukar pilih warna merah ini... bentuk nak sama macam mama

awal-awal tu dia rasa lain sikit lah, dari sebelum ini tinggi power jadi rendah

ini masa dia 2 tahun lebih... nampak kan mata kiri dia juling... kalau tak pakai spek lagi teruk... 

37 comments:

  1. Takde dpt harga student ke Dana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde lah pulak di focus point tu kak, ada tanya jugak... sebab lens ini jenis mahal, kalau yang harga student jenis yang biasa je katanya

      Delete
  2. Alhamdulillah. Baru tahu cerita tentang mata juling yang boleh dipulihkan dengan memakai kaca mata. Memang tinggi betul pwer kaca matanya tu. Tentu rasa janggal sikit nak sesuaikan power yang tinggi tiba-tiba diturunkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, itu pun dari umur dia setahun setengah doktor dah suruh rujuk ke pakar mata... katanya bayi dari 1 bulan ke setahun kalau juling tu biasa tapi kalau lepas setahun setengah masih juling, kene rujuk ke pakar mata...

      Delete
  3. oh dpt pulihkan juga ye kalo juling tu dgn pemakaian cermin mata..tq for sharing info...alhamdulillah mata aiyan semakin pulih dh power rendah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu untuk yang jumpa pakar dari bayi kak, kalau dah besar mungkin susah sikit

      Delete
  4. makin ensem aiyan pakai spek baru

    ReplyDelete
  5. cutenya aiyan, dari dulu sampai sekarang, anak penyejuk hati ibu ayah :)

    ReplyDelete
  6. haah la, nampak da elok julingnya..tak sangka ek guna cermin mata je boleh rawat masalah juling..

    cantik bingkai kaler merah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, tapi mungkin sebab aiyan pakai dari dia masih kecil lagi sebab tu boleh dirawat

      Delete
  7. Alhamdulillah juling sudah kurang. Harap kembali normal.

    ReplyDelete
  8. ooh wak baru tahu yg juling tu leh dipulihkan normal guna spek mata erk., alhamdulillah

    ReplyDelete
  9. saya dari dulu sampai sekarang takot nak pakai spek hihi

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah mata aiyan semakin pulih. Wahh aiyan pilih merah tu. Nampak lebih berani gitu kan. Harga boleh tahan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang suka warna yang terang takmo yang biasa-biasa

      Delete
    2. Okay tu, baru ceria dan sesuai untuk budak budak gitu. ikut taste dia :)

      Delete
  11. Oo Dana akak pun baru tau juling boleh pulih .Sebab ank akak no 4 pun masa kecil juling sebelah tapi dh besar ni mcm x perasan lgi pulak.Dia pun pakai cermin mata sejak umor 9 thn.Dah sek menengah baru tau ada masalah lazy eye sejak lahir.Power cermin mata dia memang tinggi sngt dan mata sebelah dia memang kabur wlpun pakai cermin mata.Tapi dia dh biasa sejak lahir jadi normal je seperti orglain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak, kalau dari bayi dah bawa jumpa doktor insyallah boleh diubati

      Delete
  12. alhamdulillah dah makin pulih Aiyan kan, amboi bingkai merah pilihannya ye, semoga aiyan akan terus membesar dengan sihat dan menjadi putera soleh kesayangan Dana dan suami, kirim salam aiyan naa.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang suka pakai warna yang terang kak...terima kasih atas doa untuk aiyan

      Delete
  13. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Alhamdulillah, noga perkembangan aiyan semakin baik.. sama la macam anak saya sejak usia kecil pakai cermin mata. sebelum tu pakai contact lens, sulit benar nak menjaganya.. sekarang power kanta dalam >1k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ustaz, amin terima kasih... pakai contact lens mesti lg susah penjagaan sebab dalam mata, cermin mata lbh mudah penjagaannya

      Delete
  14. comel aiyan :)
    spek pun inspirasi dari mama nya ye. good boy.

    end of this year pun nak gi cek spek kakak-kakak.
    da more than a year ni spek diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia suka pakai spek bingkai besar, nampak banyak katanya... pandangan luas jadinya.... yelah kak untuk budak memang kene selalu cek

      Delete
  15. Oh, baru tahu fungsi spek untuk baiki juling juga ya....buat spek ini mmg mahal kan, baru nie buat untuk dual focal rabun jauh dan dekat...tapi bila pakai spek tu jadi macam pening dan tak tahu agak kalau berjalan...last biar jer gitu tak pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah jugak ye kak bila payah nk berjalan ,yelah beza kan jauh dan dekat powernya... nak pakai tapi tak selesa pun tak best

      Delete
  16. Baru tau juling boleh pulih dengan pakai spek. Alhamdulillah dah tak nampak juling tu. Mesti dengan bertukarnya spek ini, mesti aiyan rasa janggal kan...

    ReplyDelete
  17. heheheh terima kasih kak...tapi 7tahun dia kene pakai spek baru ok

    ReplyDelete
  18. Hhehe takpa. walau pakai spek. tetap cute

    ReplyDelete
  19. Aiyan yg soleh :)
    dah dapat spek baru jd good boy mama yer hehee ^_^

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah
    Dah tak nampak julingnya.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...