Monday, October 26, 2020

SI KUNING MUSTARD

 Assalamualaikum semua,

Maaf la kawan-kawan, terlewat buat entry, hari ini BDR. Sebelum ini aku ada cerita yang ada seorang kawan tempah jahit manik di bajunya. Alhamdulillah dalam 2 minggu lepas selamat sampai dah baju pada tuan tuannya. Lega rasa

Aku nak kongsi hasil manik yang dapat aku siapkan. Lega bila dia suka. Upah untuk manik di baju ini tak sampai pun RM100, cuma RM 90 je....😊

Manik di bahagian tangan dan bawah baju


Ini gambar penuh yang nampak semua

Bahagian bawah baju

Close up sikit bunga bawah baju

Aku memang tak buat sama design, kira random je

Susunan pearl dan daun memang random

Bahagian bawah baju pun random susunan nya

Untuk bunga besar aku guna saiz duit 20sen lama, tapi bila dah boh labuci dia jadi kembang lagi


35 comments:

  1. pandai dana jahit manis..kemas...akak dlu2 pernh juga tempah jahit manik dr kwn

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak, risau kalau tak kemas sebab baju orang

      Delete
  2. Asal pelanggan puas hati mesti Dana rasa nak terus buat lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, tapi sekarang susah sikit orang nak upah memanik

      Delete
  3. Halus hasil jahitan manik Dana...berkenan akak tfok....Mustard dh fav kaler akak

    ReplyDelete
  4. Ai tak pandai betul nak letak harga untuk jahit manik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini pun pikir banyak kali, almaklum lama dah tak menjahit...

      Delete
  5. Cantik design dan hasil air tangan Dana. Yellow mustard menawan.

    ReplyDelete
  6. Cantik design dan hasil air tangan Dana. Yellow mustard menawan.

    ReplyDelete
  7. Kagum dengan tangan ajaib yang kreatif, boleh jahit dengan begitu teliti benda kecik-kecil tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehee mekasih kak, ala akak pun boleh punya... percayalah

      Delete
  8. hasil air tangan sis Dana, terus sweet je rupa baju tu ;)

    ReplyDelete
  9. cantiknya. kalau ammi pakai baju ada labuci gini mau setahun tak berbasuh baju tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. macih ammi, hahahhaha boleh dry clean tak pun basuh dgn tangan ammi oi

      Delete
  10. Impressive! akak kan kagum dengan org jahit manik ni. Sebab dia teliti, sabar dan kreatif. Cantik Dana buat! Sebab tu lah harga dia upah jahit manik pun boleh tahan kan? s

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih kak.... tulah harga agak sikit mahal, mungkin sekarang org lbh suka beli baju vietnam yg dh siap ada manik dan murah...

      Delete
  11. cantiknya hasil tangan Dana mengulam manik-manik di baju..

    ReplyDelete
  12. Cantik dan kemas kejadiannya.
    tapi tak boleh iron ke?

    ReplyDelete
  13. cantiknya kak..random tu buat baju tu jadi rare sebab tak akan sama dengan orang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sunah... tp kalau nk sama semua kalau jenis yg manik saja tu bolehla

      Delete
  14. Cantik ya sulaman.. bukan semua org boleh jahit sulam mcm ni

    ReplyDelete
  15. Cantiknya hasil kerja tangan Dana.. Terus bertambah seri baju kosong tu..

    ReplyDelete
  16. Bertambah seri baju kurung plain bila tambah manik ni. Baju tu akan jadi extra seri dan nampak mahal gitu. Terbaiklah Kak Dana. Cantik hasil jahitan manik tu. Kemas je tengok

    ReplyDelete
  17. Cantik la kak dana :)
    Kemas je hasil tgn kak dana..baju kosong dan jd lawa sebab manik2 tu..

    ReplyDelete
  18. ya Allah berseni cantiknyaaaa.. ni memang kalau terus beli kat kedai dgn cemtu nye gaya mau beratus.. saya yang jenis tabur2 tu penah cuba buat sendiri. tapi yang bunga2 ni surrender haha..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...