Semalam 1 bahagian aku kecoh dari pagi bawak ke petang. Bila mana seorang kakitangan di bahagian kami positif covid19. Pagi semalam dia disahkan positif, masalahnya minggu lepas dia kerja walaupun dah rasa tak sihat.
Kami walaupun tiada kontak terus dengan dia tetap kene tempias. Sebab dia ada naik ke bahagian pentadbiran kami untuk ambil fail cuti. Pejabat dia dibangunan lain. Semalam kami tak dibenarkan keluar ke mana-mana hingga pegawai KKM datang. Pukul 3.30 petang mereka sampai lepas soal siasat dan perbincangan, semua kakitangan yang 1 bangunan dengan dia diwajibkan lakukan swab test dan kuarantin selama 14hari.
Kami yang tiada kontak terus dengan dia, perlu buat sanitasi di pejabat. Kami dikira sebagai kumpulan C manakala kawan kontak rapat kumpulan B. Moga semua kawan kumpulan B tu negatif. Kawan yang kontak rapat dengan dia, yang 1 bilik dan kawan yang selalu minum bersama dengan dia sanggup tak balik ke rumah risaukan ahli keluarga. Mereka tidur di pejabat sebab pagi ini akan buat swab test di klinik kesihatan.
Esok bermula PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 27 oktober. Aku dah mula pening memikirkan nanti macamne nk urus Aiyan. Sekolah dan taska tutup.
maksud kontak rapat yang perlu kita fahami kredit, mingguan wanita |
makan biskut cicah kopi O untuk alas perut semalam, bila tak dibolehkan keluar dari pejabat |
masa ini orang KKM yang pakai vest tu tengah bagi taklimat... |
beli lah dettol ni untuk sanitasi bilik sendiri... |
Moga semuanya baik2 belaka..sama2 mengambil langkah pencegahan..mmg risau sgt bila ade dgr org yg trdekat dh kena covid ni
ReplyDeleteamin, terima kasih cikgu...
Deletememang risau betul hati ini
Aduh sana sini makin rasa dekat je dengan kita kann, takut jadinyaa..
ReplyDeleteMoga ALlah peliharalah kita semua...
tulah kak, sebelum ini tengok bangunan sana sini sekitar kl sekali kawan opis walaupun lain bangunan... dia punya rasa tu lain macam
Deletesemoga semuanya didalam lindungan Allah.
ReplyDeleteAmmi pun guna spray yang sama tapi tak berapa suka bau dia..mcm finin
amin, tq ammi... itulah dana sembur sikit2 je
DeleteSemoga diLindungi dari perkara-perkara buruk.
ReplyDeleteamin, tq kak
DeleteRisau sangat sekarang ni kita tak jangka siapa pembawa. Semoga semuanya baik2 saja ��
ReplyDeleteya betul tu... bila dah tau lagi lah seram
Deletesemoga dipermudahkan urusan kak dana, semoga lapisan B semua negatif..Allah..speechless
ReplyDeleteamin, moga doa kawan-kawan dimakbulkan...
DeleteYa makin dekat semua. Takut satu Malaysia kena balik PKP.
ReplyDeleteHarap keputusan kumpulan B dan C negatif.
itulah kak... risau, tak sangka satu opis dengan kita kene... selama ni tak terpikir...
DeleteAllahuakbar. Semoga semuanya baik2 sahaja dan semoga dipermudahkan semua urusan.
ReplyDeleteamin, terima kasih
DeleteTak habis kisah covid-19 kan... macam panjang pulak perjalanannya kali ini. Kesian kawan tu. Moga semuanya baik-baik saja. Sentiasa patuhi SOP>
ReplyDeleteTake care Dana! semoga yang baik-baik sahaja buat Dana dan kawan-kawan di pejabat tu ya.
ReplyDeleteAllahu. Sangat sangat risau ni bila ada yang positif sekitar kita. Semoga keputusannya negative. Take care kak. Semoga urusan akak juga dipermudahkan oleh Allah. Aaminn
ReplyDeleteada kawan kak anak muridnya positif covid n dia terpaksa buat swab test...hati2 jaga diri Dana moga Allah lindungi kita semua srpd jangkitan covid
ReplyDeleteaduhai, dana! dekatnya lah ye yg positif tu :(
ReplyDeletememang gabra. moga dia sihat kembali la kan.
kami di Melaka, masih terkawal. tak byk yg positif. moga berterusan la.
pun gitu, aida x kluar bwk anak2. diorang limit ke skola saje.
lain2 semua aida tak berani!!! kita tak tau kan si positif tu da rayau mana. aduhai :(
Fuh..berdebar kan Dana, walaupun bukan kontak rapat tetap rasa risau.
ReplyDeleteSemoga kawan Dana bebas Covid dan result test yang lain2 negatif.
aduhai risau juga bila jadi macam tu. semoga dipermudahkan degala urusan sis :)
ReplyDeleteMudah2an semuanya okay aje.
ReplyDeleteNampaknya ayyan kena study kat pejabatlah selama PKPB ni
Semoga semuanya dipermudahkan dan keaadaan kembali seperti biasa...amin
ReplyDeleteAllahuakbar...kesiannya yang sanggup tidur kat pejabat tu...tersentuh hati saya kak..moga yang baik2 aja untuk semua..
ReplyDeleteAllah kesiannya.. Semoga semua dilindungi ya kak dana huhuuu
ReplyDeletekak dana take care!!
seramnya bila ada orang berdekatan yang positif. semoga semuanya dipermudahkan dana..
ReplyDelete