Friday, October 23, 2020

RESEPI SAMBAL SOTONG KERING CUMIK

 Assalamualaikum semua,

Hari ini kita bersiaran dari pejabat ya. Nasibla surat masih tak banyak lagi walaupun dah 2 hari aku tak masuk pejabat. 

Hari ini aku nak kongsi resepi sotong kering cumik, ala sotong yang kecik comel tu. Tapi ini versi dikeringkan, aku beli beberapa  bulan lepas di shopee. Aku masak sambal gini terinspirasi bila tengok gaya orang indonesia punya sambal sotong. Memang sedap, kene cuba tau. Sotong kering tu boleh je ganti dengan sotong kembang atau sotong segar/ udang segar.

Bahan-bahan:

250gm sotong kering ( rendam untuk 3 ke 4 jam)

jangan lupa bersihkan sotong ini buang plastiknya.

2 biji tomato, hiris kasar

20- 30 biji cili api biasa dan cili bangla, potong kasar

2 biji bawang besar, hiris nipis

6-7 ulas bawang putih, hiris nipis

1 mangkuk kecil petai

1 sudu kecil asam jawa

1 sudu besar gula

garam secukup rasa

air secukupnya

2-3 sudu besar minyak masak

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga sedikit layu

- Masukkan cili api dan tomato, tumiskan hingga tomato layu

- Masukkan sotong dan petai, tambahkan 1 cawan air tutupkan penutup masakn untuk 15 ke 25 minit dengan api sedang.

-Masukkan asam jawa dan gula gaulkan rata tutupkan lagi untuk 5 minit dan masukkan garam

- Bila dah agak kering sambal tu, matikan api dan siap


bahan utama

Tumiskan hingga layu

masukkan cili api dan tomato, cili api kalau suka pedas boleh tambah lagi 

masukkan sotong awal, supaya meresap semua perisa

Edy kalau suruh buang kulit dia potong jadi halus gini... tak puas makan bila dah kecil gini 



kalau yang suka berkuah boleh tambahkan air ye

42 comments:

  1. sotong cumik ni buat sambal tumis nasi lemak sdap sgt tu dana

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak di buat sambal nasi lemak memang sedap

      Delete
  2. Dana..akak tak pernah masak sotong cumik ni. Tak pernah jumpa pun..ke pernah tapi akak tak perasan?hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke kak, nanti kalau jumpa try beli tau kak...

      Delete
  3. First time tengok sambal tak disalut cili mesin.

    ReplyDelete
  4. org indon pangil sotong tu cumi cumi., kalo sotong cumik ni kira sotong kecik n chomey la kannn., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye wak, buat masa kicap tu sedap kalau yang cumik kecik tu...

      Delete
  5. Adoiii sedapnyaa...terasa-rasa kat mulut Sis oiii... tapi Sis biasa masak sambal ajee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti cuba lah masak gini lak kak... dana sesekali suka masak sambal cili api gini

      Delete
  6. Menarik resepi ni kak dana..boleh cuba nnt :)

    ReplyDelete
  7. selalu sotong ni saya suka makan masak sambal. resepi kak dana ni nampak sedap juga. rajin nanti nak try masak resepi ni..hehe

    ReplyDelete
  8. boleh try ni, mak saya selalu buat dulu, teringin pulak nak cuba hihih

    ReplyDelete
  9. Ada sotong cumik rupanya. Ada guna Petai juga.

    ReplyDelete
  10. Sedap sotong kering ni. Tahan lama kalau beli kering ni boleh masak bebila rasa teringin. Ada petai tu lagilah sedap. Sama pulak menu harini ada petai. hihi

    ReplyDelete
  11. Comel saiz sotongnya. Sedap ni makan dengan nasi panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak, memang beli saiz comel2 gini hehehe... teringin nk masak sambal gini

      Delete
  12. Sutun kecik2 comei2 mcm ni memang akak suka,tp tak pernah lg msk mcm ni,selalunya rebus bersama serai ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dana xtau pulak sotong kering ni sesuai rebys dengan serai, itu selalu sotong segar kan

      Delete
  13. Sedapnya...akak suka sotong kering ni tapi tulah ramai pulak yg alahan kat rumah ni.

    ReplyDelete
  14. comelnya sotong-sotong tu kak dana!! tak pernah lagi masak sotong comel gini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang comel, payaj jugak nk jumpa org jual ni yg kering

      Delete
  15. Tak pernah saya makan sotong masak camni. Thank you, share resepi ye.

    ReplyDelete
  16. kau masak tak pernah tak sedap lah Dana. aku suka resepi masakan kau. if rajin, ada lah aku test try tu

    ReplyDelete
  17. haah la, mana nak cari sotong kecik ni ek..comel aje kalo...masak tak payah nak potong kecik2 dah..

    ReplyDelete
  18. wah sedapp en somi suka sotong
    cuma akak je x mkn

    ReplyDelete
  19. Wak kalau beli sutun kering cumik ni suka pilih yang bulat2.ada telur

    ReplyDelete
  20. tak pernah beli sotong ni sbb tak pernah jumpa kat pasar. camna nak jumpa..gi psar pun setahun 3-4x je

    ReplyDelete
  21. Wow sedapnya. Mama dtg bawa pinggan ni

    ReplyDelete
  22. Sha tak pernah makan sotong bentuk ini.. Hehehe, nanti nak cuba beli dan masaklah.. Cam menarik je tengok Dana share resepi ini..

    ReplyDelete
  23. masakan sotong semua i loiike hehe.. tapi saya penah termakan sotong kecik2 mcm ni kat kedai mungkin tak brsihkan dgn betui. dalam dia masih kotor eerm.. turn of nak makan..

    ReplyDelete
  24. sotong ni aida teringin nak beli.
    ada member sabah jual.
    tapi tu la. asben aida tak makan sotong kering gini, sotong kembang.
    sotong biasa tu pun kekadang dia tak makan, dana :(
    kita peminat sotong ni jadik serba salah nak masak kan dia hu hu hu hu...

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...