Thursday, October 1, 2020

PHOTO DIARY #29/2020

 Assalamualaikum semua,

Subuh tadi hujan renyai, nasiblah pagi ini Edy pergi kerja sekali dengan kami, sebab semalam petang dia bawa Aiyan ke klinik jadi dia parking motor di pejabat aku. Siap sarapan di cafe jupem lagi, si Aiyan la orang yang paling seronok kalau dapat sarapan pagi dengan papanya.

Jom lah kita layan cerita bergambar ya kawan-kawan semua.


ahad lepas, terbeli juga bunga ros lagi, niat nak beli tanah je tapi itulah

bukan 1 pokok tapi 2 pokok aku beli, bunga ros merah memang kau takde lagi

kami selalu beli tanah ini je, senang dan sesuai untuk tanam sayur dan pokok bunga RM14 je seguni ni

isnin masa ambil dia sekolah, punyala comot... papa nya kata nak gunting rambut dia ahad tapi dia lupe... betapa comotlah si rambut tebal tu

sekarang waktu tengahari dan petang bila ambil Aiyan dan balik memang panas lit lit, baju pun senang nak kering

dah lama tak beli manik dan labuci, bila dah beli rasa semangat nak menjahit dan memanik tu lain macam la hehehhe

cik tam tidur atas sofa, merata tempat tidur dia ni kalau dah mengantuk
kalau waktu pagi aku takde mood nak makan kuih aku akan makan biskut ini dalam 2 ke 3 keping untuk buat alas perut sebelum makan ubat 


kudapan kekacang bekal ke pejabat... tak tahu lah berapa lama bertahan ni hehehhe 

semalam ke pasar malam Ukay Perdana, kebetulan balik dengan Edy... Aiyan la sibuk nak air milo

ini lah yong tau fu yang jadi kegemaran kami... banyak pilihan, dia punya sos sedap siap ada kuah sup lagi

kasi can papa dengan anak ni pilih dulu apa dia nak

2 beranak tu jenjalan giliran aku la pilih... yang ada cheese sebelah yang dimsum tu kegemaran aku



minggu lepas aku kirim kat Edy, dia beli RM30 tapi kali ini aku pilih sendiri RM36.70 lagi melampau... kesurupan dah aku

walaupun masa dalam kereta dia bising-bising tak nak sarapan sini... bila dapat nasi lemak berselera je dia makan

bila habis nasi lemak, dia pau pulak roti telur papa... hahahah bahagia ko yek 

23 comments:

  1. Lama betul tidak pergi pasar malam.
    Akak pun suka yong tau fu ada sup.
    Hehe banyak betul beli. Suka kalau ada sayur kangkung dengan gulung macam kuewtiaw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah kak, lupa diri bila depan mata tu kak, semua ambil, semua nak rasa... mana si papa, si Aiyan si mama nye pilihan apa tak RM36 hengget hahahah

      Delete
  2. SUKA TENGOK AIYAN MAKAN BANYAK PILIHAN TU

    ReplyDelete
  3. Adoiii YTF dah lama tak makan tetiba teringin.
    Tempat yang biasa Mr. A beli pun ada sup sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah ada sup best sikit, boleh rasa segar hirup dia tu

      Delete
  4. eh sis senang tak nak jaga bunga ros?berminat nak jaga tapi takot susahnak jaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat masa ni macam senang jaganya cuma bila ada ulat bulu menyerang tu yg sakit ati sikitlah

      Delete
  5. Cantik betul bunga ros warna peach tu! Lembut jew kan.
    Kacang2 campur kismis, campur biji labu tu... atau kuaci ke tu sedapnya!
    Biskut cream creaker tu memang kami selalu ada, buat penyelamat lapar waktu pagi hihiiii... makan celup minuman panas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak dah takde tempat pun sibuk duk nak beli jugak bunga tu... campur semua tu kak, biji labu dan kuaci sekali

      Delete
  6. ammi suka kalau jumpa kedai Yong Tau Foo yang ada sup. barulah ngam hoooo nak makan

    ReplyDelete
  7. layanss jugak dia nasik lemak tu ek hihihi, takpe aiyan rambut tebal pun omey ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia sarapan pagi wajib, nasi lemak adalah antara menu kegemaran dia selain mehun goreng

      Delete
  8. dah lama saya tak pergi pasar malam, en.suami jer pergi sorangs-orang. tengok gambar dana ni, teringin pulak nak pergi pasar malam. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah memang dah lama tak ke pasar malam sejak PKP tuh, dapat pergi walaupun kejap best lak rasanya

      Delete
  9. Replies
    1. itu yang sampai terbeli lagi dan lagi tu MY oi

      Delete
  10. Ya Allah cantikmya Bunga th
    Ros Tu patutlah Dana sampai beli

    ReplyDelete
  11. Lama tak makan yong tau fu.. sejak PKP ini jadi mals nak ke pasar malam..

    ReplyDelete
  12. Cantiknya rose pink tu kak. lain dia punya kelopak dia.
    sedap tu yong tau foo. lama tak makan. pasar malam pun macam belum bukak lagi kat sini.

    ReplyDelete
  13. wow sgt air kat pasar malam tu dana..menarik! mcm2 ada ^_^

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...