Friday, January 20, 2023

RESEPI MEHUN GORENG

 Assalamualaikum semua,

Selamat bercuti ye buat kawan-kawan yang jadi cikgu tu, jangan tengahari nanti aku terlupa dan sibuk nak ambil Aiyan sudah heheheh. Hari ini aku nak kongsikan resepi mehun goreng biasa, sebelum ini aku pernah kongsikan resepi mehun goreng putih di sini. Aku ingatkan pernah kongikan dekat sini tapi rupanya tiada, jadi marilah kita tengok resepi mudah aku buat mehun goreng merah biasa tu. Aiyan suka mehun goreng macamni, yang putih tu dia tak berapa suka.

Bahan-bahan:

1 bungkus mehun, rendam dengan air biasa dan toskan

6 ulas bawang putih, kisar

2 biji bawang merah besar, kisar

sedikit bilis, kisar

sedikit udang kering, kisar

3-4 sudu besar cili boh

2 sudu sos cili

1 sudu kicap lemak manis

1 mangkuk kecil udang

2 biji tomato, potong sedang

bebola

kucai

tauge

garam secukupnya

1 sudu besar gula

air secukupnya

Cara masak:

- Tumiskan bahan kisar lepastu masukkan cili boh dan masakkan hingga pecah minyak.

- Masukkan tomato, cili sos, kicap dan gula gaulkan hingga rata, tutupkan kuali dengan penutup biarkan tomato masak. Masukkan udang dan bebola kacau rata semuanya biarkan udang masak.

- Masukkan separuh cawan air, kucai dan garam kacau rata dan masukkan bihun. Kacau rata biar semua bumbu sebati dengan bihun. Tutupkan kuali dengan penutup gunakan api kecil biar mehun lembut. Dalam 5 minit tu buka penutup dan kacau mehun biar lembut sekata.

- Bila mehun dan lembut dan masak semua besarkan api masukkan tauge, kacau-kacau tabur kucai sikit lagi dah siap. 















sambal kicap wajib ada hehehhe 

saja rajin taburkan telur hancur, kalau tak nak letak pun takpe

tabur sikit telur hancur dan sambal kicap

26 comments:

  1. Dapnyaaa...janji x putus2 pendek dan x lembik kan...paling penting ada tauge...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tauge kena ranggup lagi baru ngam hehehe

      Delete
  2. Kak Danaaaaa..... sedapnya mihun.... banyak pulak lauk dalam nya. puas hati masak sendiri kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bebola tu je banyak jenis itu nampak banyak lauk

      Delete
  3. fav juga ni sedapnya nampak mehun Dana.
    selamat bercuti Dana..ke mana cuti panjang ni?

    ReplyDelete
  4. favorite saya meehun goreng, tapi mesti nak hitam sikit, kicap lebih..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kadang akak pun bg kicap lebih .... ikut mood heheh

      Delete
  5. Sedap nya mihun goreng ni Dana.. Yummm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa komen ni jadi anonymous. Baru perasan.

      Delete
    2. Ohhh akak ye yg kadang jd anon.. tapi ni keluar lak namanya, kadang blog ni bkn betul heheheh

      Delete
  6. sedapnya mihun goreng masam masin manis semua ada

    ReplyDelete
  7. Fuhhhhh! Meriah awas2nya.. Menarik! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dah rancang awal itu awas2 nya banyak hehehe

      Delete
  8. Sedapnya.meriah bihun goreng akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau plan dari awal memang meriah, kadang tu ada bebola je kak kucai tauge pun takde

      Delete
    2. Alamak terpanggil kak pulak, maaf2 hahahha

      Delete
  9. Meriah mihun goreng Dana. Macam-macam ada 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekadang meriah kak, kalau yang tak rancang selalunya ada bebola je tauge pun kadang takde

      Delete
  10. Bagusnya ayyan nk mkn meehoon mcm ni.. kalau #theimans ni mmg x mkn.. dgn taugenya lagi.. sbb tu akak selalu buat meehoon bogel je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia punya trick kalau mama suap semua dia makan kak, kalau dia makan sendiri mmg dia asingkan segala sayur hehehhe

      Delete
  11. mengodanya mee hoon ni, terliur tgk. pasti sedap.

    ReplyDelete
  12. nampak pun sedap penuh rencah dan sayur...tauge tu saya sukaaaa

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...