Friday, February 12, 2021

RESEPI BIHUN GORENG PUTIH @BIHUN SINGAPURA

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsi resepi yang sangat mudah dan ringkas. Bihun goreng putih atau orang panggil bihun singapura. Aku suka masak bihun ni sebab ringkas tapi Aiyan pulak tak berapa minat, dia suka bihun merah. Tapi sesekali dah teringin kita masakla.

Bahan-bahan nya:

1 bungkus bihun ( rendam malam)

5 ulas bawang putih, kisar

2 biji bawang besar kisar

Sejemput ikan bilis, kisar

1 sudu sedang serbuk lada hitam kasar

1 biji kiub ayam

Sedikit udang dan kerang (lauk apa pun boleh)

Tauge

kucai

Sedikit air

Garam

Sedikit lobak, potong memanjang

Cara masak: 

- Tumiskan bahan kisar hingga separuh masak dan masukkan serbuk lada hitam. Masak lagi pecah minyak, masukkan garam

- lepas tu masukkan kiub ayam, lobak merah, kerang dan udang gaul rata.

- masukkan bihun yang telah rendam, gaulkan rata dengan bumbu lepast tu masukka sedikit air dan tutup dengan penutup guna api kecil masak untuk beberapa minit.

- buka penutup untuk gaulkan supaya bihun masak sekata, bila nampak dah lembut semua boleh masukkan daun kucai dan tauge, gaul kejap dah siap.

Edy beli bihun beras perang... ok ke rasanya

Bahan utama

Suka pedas boleh lebihkan lada hitam

Pastikan masak betul

Masukkan lauk dia... 

Gaul rata semua.. tambahkan air sedikit dalam 1/2 cawan

Tutupkn tau... 

Nampak dah lembut semua masukkan kucai dan tauge

Siap


Selamat mencuba

32 comments:

  1. yummy!!!! nmpk mcm bihun goreng singapore, tapi bukan eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lah kan dah tulis atas tu... mesti tak baca dalam entri ni

      Delete
  2. Encik Suami suka beli bihun begini, sedap juga bila digoreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Edy beli jenama ni yg beras biasa atau beras perang rasa ok

      Delete
  3. Memang di rumah selalu buat bihun merah atau hitam(kicap). Boleh cuba yang ini.

    ReplyDelete
  4. JACKPOT yang besar hanya di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
  5. sangattt suka makan bihun Singapore time d Kedahhh + telur mata 👍👍👍 mabelesss

    ReplyDelete
  6. bihun singapore ke nih., nmpk sedapp ;p

    ReplyDelete
  7. mcm bihun goreng singapore pulak kak dana..shida xpernah cuba msk lg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya kan sudah tulis di entri ada yg panggil mihun singapura

      Delete
  8. bihun putih banyak sayur n lauk sedap tu

    ReplyDelete
  9. Udang ada, kerang jumbo pun ada, sedap, sedap.
    Akak dah submit komen tadi, tapi hilang pulak.

    ReplyDelete
  10. nampak yummy laa.. teringin pula tiba2

    ReplyDelete
  11. sedappp mihun putih
    akak semua suka putih atau merah he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheheh dana pun sama, cuma yg putih ringkas sikit buatnya

      Delete
  12. tak payah pegi Singapore
    Kena tambah 'spesel' kat tajuk tu

    ReplyDelete
  13. selalu catering buat pakai udang kering... so akak ikut catering jugak.. tp deco dgn hirisan tetlor dadar dan sosej.. sedapppp kan tapi anak akan pn x brp suka mihun putih ni.. diorg suka mihun merah (goreng dgn paste tomyam)

    ReplyDelete
  14. Kalau saya suka letak ayam dan udang.sayur kobis yg di hiris halus dan carrot.meriah sikit sayurnya

    ReplyDelete
  15. kalau saya buat jarang nak jadi hahaha

    ReplyDelete
  16. memang selalu buat mihun putih ni...sebab anak kecik kecik tak makan pedas

    ReplyDelete
  17. Adoi.. besarnya kerang tu.. Puas kunyah..

    ReplyDelete
  18. Biasa beli bihun jasmine juga. tak pernah nampak pulak bihun beras perang pek kuning ni. kalau jumpa nak try jugalah. Sedapnya tambah kerang.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...