Tuesday, January 17, 2023

AMALAN KEMAS LEPAS MAKAN

 Assalamualaikum semua,

Maaf baru sempat buat entri pagi ini, begitula agak sibuk dari awal pagi samapi sarapan pun pukul 11 pagi tadi. Sebenarnya takde idea apa yang nak diceritakan tapi baru teringat. Amalan kemas sendiri lepas makan di kedai makan segera atau kedai makan biasa. Mungkin masih ada yang belum cuba amalan ini tapi kami dah terbiasa buat dan harap bila kami buat dapat memudahkan orang lain dan jadi ikutan juga. 

kalau ke McD suka pesan air kopinya

Sesekali bila si bujang nak makan mcD 

kita kongsi aiskrim


dia kalau ke McD makan cuma fries dan nugget je, aiskrim tu kadang-kadang je

ini Edy punya

siap makan kita kemas semua

lap meja bagi bersih, sampah buang. Orang lain boleh terus duduk tak perlu adik mcD tolong lap atau kemas lagi

21 comments:

  1. alhamdulillah..tu lah, sekarang nak amalkan juga macam ni kat mana2 fast food, memudahkan orang lain nak makan lepas kita pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye memang patut kita amalkan memudahkan orang lain, anggap bila buat orang akan terikut la amalan kita ni

      Delete
  2. Kite pun biasa buat camtu kak. Kalau kat kedai makan, just susun² pinggan tu elok² je. Takla tinggal bersepah sangat.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. memudahkan keje adik2 mcd.. insyaAllah urusan kakdana pon akn sentiasa dipermudahkan..
    nmpk benda ni simple tp beri impak yg besar utk org lain.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, tapi akak perasan di mcd dan kfc kt kfc lagi lah jarang org kemas elok, sian kadang. Kat kedai makan biasa pun kalau kita susun pinggan setempat bagi elok memudahkan juga kerja mengemas kan

      Delete
  4. mentaliti kemas sendiri buang sendiri ni belum sampai sepenuhnya lagi dalam masyarakat Malaysia..diaorang duk ingat sebab dah bayar service tax tapi itu bukan service charge

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu kak, kadang kesian tengok meja tu bersepah atas bawah. orang pulak ramai tunggu masa nak duduk

      Delete
  5. Amalan kemas meja ni, kat KL dah ramai orang buat. Tapi kat Manjung ni, jarang la tengok.
    Alhamdulillah, bila kita mudahkan kerja orang, Allah akan mudahkan kerja kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak,kalau kami balik ke kampung biasa makan kfc ke a&w kat paka tau kemaman bila kita kemas meja lepas makan ramai yang tengok pelik je

      Delete
  6. Lepas makan memang kemas walaupun di kedai tomyam.
    Rugilah Aiyan makan kentang goreng dengan nuget.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu di kedai makan biasa pun kita kemas juga apa patut

      Delete
  7. elok sgt sikap rajin kemas lps mkn di mana saja

    ReplyDelete
  8. Bagus amalan mcm ni. Memudahkan kerja dan urasan org lain dan kita pun dpt didik anak2 kan. ;)

    ReplyDelete
  9. Bagus, memang dijadikan amalan lepas makan kita kemas semula...bagus juga di terapkan pada anak- anak

    ReplyDelete
  10. Br mlm td pegi kfc... ada meja ni penuh dgn kotak kfc... geleng kepala (dalam hati) tgk... sbb skrg mmg dh biasa tgk org lepas mkn trs kemas/bersihkan sendiri

    ReplyDelete
  11. Kami pun amalkan kemas lepas makan. Memudahkan para pekerja dan menjimatkan masa mereka.

    ReplyDelete
  12. dapnye.. yes betul sgt, MA pun selalu buat mcm tu..kita mudahkan urusan org lain, moga urusan kita pun dipermudahkan..in sya Allah

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...