Assalamualaikum semua,
Bertemu lagi kita di tahun baru 2023 ya, rasa hari ini macam isnin pulak. Selepas 10 hari cuti nak mula kerja rasa bukan main malas, melampau betul kan hahahha. Kami tak jadi balik kampung cuti baru ni, atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. Jadi kami cuma jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur- Selangor jelah.
Rabu 28/12/2022 kami jalan-jalan ke Pantai Remis , Kuala Selangor. Malam sebelum tu tiba-tiba Edy ajak ke sana, aku setuju jelah. Lepas tu Edy kata ajakla maktek sekali bila tanya memang setuju jelah maktek nak ikut sekali. Esok pagi nya kami sarapan dulu lepas tu terus gerak ke Kuala Selangor. Perjalanan lancar je, tak sesak langsung maklum la hari kerja kan. Sampi tu kami ke pasar ikan Pantai Remis dulu, pastu jalan-jalan tepi pantai tu ambil gambar. Balik tu makan di kedai makan Mee Udang Banjir, itu nanti aku ceritakan ya.
|
Dalam pukul 9 lebih kami sarapan dulu, maktek dan Ecah je yang ikut |
|
tapi sayangnya masa tu jerebu agak tebal |
|
tapi takpelah yang penting pantai kan |
|
maktek sibuk nak ambil umang-umang nak tunjuk dekat Ecah dan Aiyan |
|
dia punya gaya tu |
|
nombor 1 dan nombor 3 |
|
maklong dan Ecah |
|
maktek sibuk ambil video umang-umang heheheh |
Tempat feveret Ahnaff ni kalau dia gian sangat nak main pasir š¤£.. hari kerja takde orang kak. Kalau hujung minggu, penuh pantai.
ReplyDeleteitulah memang kebetulan kami kan cuti apa lagi
Deleteseronok berjalan hari bekerja tak sibuk orang ramai boleh tenang-tenang
ReplyDeletebetul, kalau sabtu ahad memang sesak betul
Deleteramai yang sambung cuti kan sebab cuti perayaan dengan awal tahu. lama tak ke pantai.
ReplyDeleteya memang ramai yang cuti akhir tahun tu
DeleteOklah itu habiskan hujung tahun ke pantai.
ReplyDeleteAmboi Ecah bergaya depan gambar macam nak tumbuk.
itulah kak, dapat jenjalan dekat-dekat pun dah seronok rasa
DeleteSyoknya jalan-jalan ambil angin pantai dan tangkap umang-umang. Nak tunggu reda sikit hujan baru boleh jenguk tepi pantai.
ReplyDeletetangkap dan lepas je kak sebab geram tengok umang-umang tu laju je jalannya... dekat sana masih hujan lagi ye kak tiap hari?
DeleteAyah #theimans pn selalu mcm tu nk jalan mana2 mst ajak famili adik sy.. the more the merrier kan
ReplyDeletesebab maktek tu memang duduk dekat dengan rumah kami, lagi ramai lagi meriah kan kak
DeleteSamalah.. adik bwh sy yg dh kawen pn jiran bbrp buah rumah je.. sbb tu diorg kazen pun rapat
DeleteSelamat menyambut tahun baru 2023, moga sentiasa sihat dan gembira bersama keluarga...
ReplyDeleteterima kasih ustaz, untuk ustaz juga ya
DeleteBestnya jenjalan tepi pantai macam ni...nak sangat pi sini...ntah bila la dapat pi...jom Dana bawak akak...
ReplyDeleteSelama ni saya ingatkan Pantai Remis kat Perak..
ReplyDeleteBaca kat blog Jaja hari tu baru tau kat Selangor pun ada Pantai Remis
so, ecah ikut rupanya lama akak tak gi area sana. mmg seronok sgt situ, rasa aman damai
ReplyDeletewaduhh nyaman je jalan2 tepi laut., ;p
ReplyDeletenice. nyaman...
ReplyDeletepandang laut yg terbentang, rasa releks kan, dana? :)