Friday, January 27, 2023

RESEPI MASAK LEMAK LOKIO DENGAN UDANG , TAUHU TAUGE

 Assalamualaikum semua,

Lambat betul baru dapat kongsikan resepi lokio ini, hari tu masa maktek balik kampung Johor aku kirim dekat dia lokio ni teringin pulak. Kali ini aku masak lemak putih je, campur lak udang aduhai sedapnya. Cuma itulah lokionya pun halus-halus betul, biasa besar bijinya tu. Ada yang tak kenal ke lokio ni?

Bahan-bahan:

1 ikat lokio, bersihkan

1 kotak kecil santan

4 ulas bawang putih, hiris

3 biji bawang merah kecil, hiris

1/2 inci halia, hiris nipis

1/2 batang lobak

1 mangkuk udang

1 mangkuk tauge

3 ketul tauhu

air secukupnya

garam

3-5 biji cili api

Sedikit minyak masak

Cara masak:

- Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia hingga layu

- Masukkan tauhu dan lokio tumiskan sekejap lepas tu masukkan udang, masakkan hingga udang berubah warna masukkan santan dan 1 cawan air.

- Tambahkan garam, akhir sekali masukkan tauge dan cili api bila dah secukup rasa matikan api siap. 

selalunya dapat lokio yang besar ini halus benar

bahan-bahan nya








cili api memang aku tak potong, biar bulat-bulat gitu je

aku ratah je ni sedap betul

halus sangat lokionya ni, tak berapa puas makan

19 comments:

  1. Nampak sedap betul...tak pernah jumpa plak kat mana- mana kat Seremban even kat Pasar...mana nak cari ni...nak cuba laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang susah nak cari lokio ni kak, kalau pasar tani kadang ada kadang payah jumpa

      Delete
  2. Mcm penah jumpa lokio ni.. tp x penah masak dan makan.. rasa taugeh jugak ke dana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lokio ni kalau di sabah atau sarawak terkenal jugak kak di panggil losun kak, bukan rasa dia bukan macam tauge, camne ek nk describe rasa dia tu tp tak semua org suka rasanya tu kak

      Delete
  3. apa lokio ni kak. saya tak pernah tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia masa sejenis geng bawang dan kucai gitu...

      Delete
  4. lokio ni mcm daun bawang ke Dana?dekat Kuantan ni belum pernah jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia macam daun bawang tapi daun nya nipis, kita makan bawang nya tu kak... rasa tak mcm bawang tapi sedap

      Delete
  5. 1st time dgr lokio..sedap nmpknya ratah je tu

    ReplyDelete
  6. sedap nampaknya xpernah makan lokio

    ReplyDelete
  7. Teringin hendak rasa lokio itu.

    ReplyDelete
  8. Tempat saya di Kedah panggil sayur ni "kessey"(kena sebut sengau sikit..hihihi

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap...tapi taugeh saya x makan

    ReplyDelete
  10. 1st time dengar lokio ni... emmm..leh cuba kalau jumpa ni

    ReplyDelete
  11. Pertama kali tahu pasal lokio ini.. menarik bentuknya..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...