Assalamualaikum semua,
Segmen resepi di tahun baru ya, entri pertama perkongsian masak-masak kita. Masih dikekalkan lagi lah segmen resepi setiap jumaat. Menu ni aku dah buat beberapa minggu lepas tapi tak berkesempatan nak kongsikan lagi sebab banyak pulak resepi yang aku buat. Menu ini aku pakai hentam je, tapi jangan risau memang sedap. Jom kita tengok resepinya ya.
Bahan-bahan:
1 paket penne (rebus dan toskan) boleh juga guna pasta jenis lain
2 keping daging kisar ramly
7 ulas bawang putih, cincang kasar
1 biji bawang merah besar, potong dadu
2 biji tomato, potong ikut suka
1 biji capscum, potong kasar
1 tin sos bolognise
sedikit serbuk cili
1 kotak susu full cream
daun basil dan parsley ( kalau takde takpe)
Garam
Cara masak:
- Tumiskan bawang putih, bawang merah dan tomato hingga layu.
- Masukkan daging kisar, masak hingga daging masak, masukkan serbuk cili dan sos bolognise kacau hingga sebati. Perasakn dengan garam
- Masukkan capsicum, daun basil dan susu full cream gaulkan rata. Masukkan penne yang telah kita rebus tadi. Gaul rata semua hingga sebati
- Kalau rasa nak pedas lagi boleh tambahkan serbuk lada hitam, bila dah cukup masin semua boleh matikan api dah hidangkan.
menggoda tak? maaf lambat arini |
sedap tu tp jrg beli penne
ReplyDeletetakpe kak boleh guna pasta jenis lain jugak
DeletePenne ni fav Dania ni...just jangan makan depan Mak Pah...dia x suka
ReplyDeleteheheheh AIyan pun suka penne ni itu yang rajin masak menu ni
Deletehaha wak kok baru tau kene google dulu penne tu pasta erk., hehehe
ReplyDeleteye wak penne tu tergolong dalam kategori pasta
Deleteseronok bereksperiment dengan pasta aneka jenis kan...cantik dan sedap
ReplyDeleteitulah kak, pelbagai rupa bentuk jadi lain bila dah siap masak
DeleteTerus rasa nak pergi kedai beli barang dan cuba!
ReplyDeleteapa lagi, cuba tau nanti
DeleteSedapnya Dana 😋
ReplyDeleteAkak tak pernah guna pasta penne. Lepas ni kena cuba jugaklah, pelbagaikan pasta.
Dana suka penne sebab texture dan saiz dia kak, cuba nanti
DeleteMenggoda sangat! Sedapnya! Suka, suka!
ReplyDeletenanti cuba kak... hehehe
Deletesedap selalu masakan cheff dana
ReplyDeleteayooo terima kasih kak, belum taraf cheff lagi ni hehehe
DeleteSy selalu guna spiral je buat mcm ni tp x letak pulak susu... lain2 sama.. hehehe
ReplyDeleteboh susu nak rasa creamy sikit kak
DeleteOwhh itu yang namanya penne
ReplyDeleteWak panggil getah cacing
hahahhaha boleh nak panggil getah cacing pun boleh takde hal wak
DeleteSedapnya! Seronok tgk kerajinan Dana memasak.. ;)
ReplyDeleteselalunya sabtu ahad je yang masaknya pun Lina, hari lain yang simple-simple je
DeleteTengok gambar pun dah tau sedap kak. Bila² sok boleh cuba buat. Terima kasih atas perkongsian resepi 😊
ReplyDeleteye sama-sama selamat mencuba tau
DeleteMA selalu guna macaroni..mcm sedap jugak penner ni yer..yum yum
ReplyDeletemudah resepi ni.
ReplyDeleteaida jarang goreng penne ni.
paling trending kat rumah ialah spageti & makaroni.
abis la sepinggan memasing.