Tuesday, March 5, 2019

apakah PPKI (program pendidikan khas inklusif)

As salam semua kwn2,

harini aku nk kongsi kan, mcmne cara kami uruskan persekolahan dia di Sekolah Program Pendidikan Khas Inklusif (PPKI).

Awal tahun 2017 kami dh daftarkan aiyan untuk masuk ke darjah 1 di sekolah kebangsaan biasa, semua pendaftaran dah lengkap di sekolah tu. Tapi tiba2 aku rasa mcm anak aku tak sesuai sekolah biasa, mcmne kalau lps aku hantar pagi tu, dia keluar jln2 tanpa pak guard sedari, mcmne kalau masa dlm kelas... dia masuk ke kelas2 lain... sbb dia bosan bila kelas terlalu ramai, mcmne kalau kata nk pergi toilet tp dia melilau ke mana2... n mcm2 lg lah yg aku pikir kan...

Lps dr tu aku pun bincang ngn edy, minta kita rujuk semula ke pakar genetik, dr situ lah dia suruh kami ke pakar2 lain utk buatkan kad OKU utk dpt masuk ke sekolah PPKI.

Jadi kami kene isi borang dan daftar utk persekolah dia semula, kami kene batalkan pendaftaran di sekolah biasa n daftar sekolah baru dia.  Nasibla di sekitar kl ada banyak sekolah PPKI ini.  Sekolah aiyan cuma berjarak 5minit je memandu dari opis aku, sbb tu urusan hantar dan amik sekolah mmg aku uruskan.

apa itu PPKI ( Program Pendidikan Khas Inklusif)

- Suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yg sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.


Objektik PPI

- memastikan MBK (murid berkeperluan khas) mendapat hak yg sama rata dgn belajar dlm persekitaran tanpa halangan
-meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga sekolah serta komuniti tentang kepelbagaian keupayaan MBK
- memastikan MBK dpt menyesuaikan diri dgn murid arus perdana bg meningkatkan kemahiran kehidupan harian
- membina keyakinan diri MBK bg mencapai potensi yg optimum

Sekolah PPKI aiyan, murid dlm kelas tu tak lebih 10 org, ada seorang guru kelas dan 1 org pembantu guru, untuk memudahkan guru memantau aktiviti murid2.

Mereka juga akan rehat di kantin 15 minit awal daripada murid2 arus perdana, tetapi aktiviti sekolah lain, seperti sambutan hari guru, hari sukan n majlis2 lain di adakan bersekali ngn murid2 arus perdana.

SENARAI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS INKLUSIF (PPKI) WP KL

-SK Setapak
- SK polis depot
- SK Desa Setapak
- SK Danau Kota
- SK Damai Lpta (2)
- SK jalan Air Panas ( disleksia sahaja)
- SK Wangsa  Maju, Sek.2
- SK PEndidikan Khas Kg Baru ( pendengaran sahaja)
- SJK(T) Jalan FLetcher

Mereka ada program terapi sepanjang tahun
- terapi bowling
- terapi renang/ air
- terapi berkuda
- lawatan 2 kali setahun
- aktiviti wang saku dan rekreasi
- sambutan hari lahir/ jamuan akhir tahun
- sukan peringkat sekolah
- hari perkhemahan

Ok setakat ini dulu ye kwn2, nnti korang bosan lak baca panjang2 tp mmg panjang betul hari ini... harapnya moga bermanfaat kepada sesiapa ya.



ni masa dia darjah 1, awal tahun tu 6 org je... 

masa darjah 2, kwn2 kelas pun ramai dh lain
ni masa terapi kuda tahun lepas

kedudukan kelas nya mcmni... tak mcm kelas sekolah biasa

10 comments:

  1. semoga dipermudahkan urusan pembelajaran aiyan..

    ReplyDelete
  2. Mrs. A rasa satu langkah yang bijak NM dan husband masukkan dia ke sekolah Khas.

    Fahma-faham ajelah kalau sekolah biasa ni bergaul dengan budak-budak yang normal kadang ada yang jenis pembuli.

    ReplyDelete
  3. Program yang bagus untuk murid2 bekeperluan khas

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..moga aiyan dapat belajar dalam suasana yang lebih baik..bagus perkongsian sis ni, mudah untuk parents lain buat research kat mana ppki yang ada di area KL

    ReplyDelete
  5. Kat sini tak byk sekolah yg ada ppki, kelas timi ada 8 org saja, so far alhamdulilah baru msk bulan ke 3, byk progress dia. Dengan bimbingan yg sepatutnya, insyaallah semoga timi, aiyan mampu berdikari in future. Amin

    ReplyDelete
  6. en Ejulz- terima kasih

    Mrs.A- betul tu, mmg rasa sgt bersyukur, sbb rasa dia lbh terjaga kita tak risau sgt

    wak WP- betul tu wak

    Sunah Sakura- mekasih, hrpnya bermanfaat pd yg lain

    Shirven- amin.... mula2 biasalah tu dia baru nk biasakan diri, tp bila ada mcm2 aktiviti mesti dia seronok

    ReplyDelete
  7. memang pernah dengar benda ni..

    bagus juga ada inisiatif begini..

    boleh memberi kemudahan kepada mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  8. MrHanafi- benda apa tu yg pernah di dgr ehehhehe...

    ReplyDelete
  9. anak buah si timi, since msk ppki byk yang dia tau. mmg elok program ni

    ReplyDelete
  10. Saya doakan yang baik-baik sahaja untuk Aiyan dan semoga Allah permudahkan urusan Aiyan dunia dan akhirat.

    Saya masih dalam proses dan masih dok fikir untuk sekolah 2021 anak disleksia saya. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Doakan kami ya.��

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...