Jarang2 aku nk bt ntry yg ala2 skema gini, saja je nk share ngn korang...
Entry ni mmg panjang, jarang aku up ntry panjang2 gini...
Sbb baru2 ni aku terkesan ngn seseorg psl aiyan, OKU ni ada banyak kategori, bukan kata bila aku kata aiyan anak istimewa dia semestinya tak blh ckp atau xblh buat apa2, juga bila aku kata anak aku OKU bkn la semestinya dia tu autism, bkn juga semestinya sindrom down,sbb aku biasa sgt dengar org kata aiyan tu normal je, tak nampak OKU pun... huhuhu
Itulah yg org2 kita kurang paham n kenal psl OKU nih.
Sedikit sebanyak pengenalan tentang OKU Pembelajaran ( sbb aiyan tergolong dlm kategori nih)
- Untuk dptkan kad oku ni kena daftar kt Jab. Kebajikan Masyarakat, ada borang yang perlu di isi mengenai maklumat anak dan juga perlukan pengesahan dari pegawai perubatan.
- Perlu juga lampirkan beberapa dokumen sepertu, Mykid anak, juga salinan mykad ibu dan bapa juga sijil kelahiran
- Kita juga perlu jumpa beberapa pakar, kes aiyan mula2 dirujuk dr pakar genetik, jumpa pakar psikiatri dan pakai IQ
- Lps tu kad oku pun aku dikeluarkan, kad tu di perlukan untuk daftar sekolah dia.
Di Malaysia ada 7 kategori OKU ni
1. kurang upaya pendengarah (DE)
2. kurang upaya penglihatan (BL)
3. kurang upaya fizikal (PH)
4. masalah pembelajaran (LD)
5. kurang upaya pertuturan (SD)
6. kurang upaya mental (ME)
7. kurang upaya pelbagai (MD)
OKU Masalah Pembelajaran
seseorang yg menghadapi masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yg tergolong dalam kategori ini ialah lembam, down sydrome, kurang upaya intelektual, autisme, ADHD,masalah pembelajaran spesifik (disleksia, diskalkulia,dygraphia) dan lewat perkembangan global.
-si aiyan ni, nk jaga dia mmg kesabaran aku kene setinggi langit, bila dia bt perangai tu... mmg aku rasa lbh baik diam dr aku menjawab, peel nya dia suka tanya soalan yg sama berulang2
contoh:
mama: aiyan, kul10.30 mlm kene tidur
aiyan: kenapa aiyan kene tidur?
mama: yelah esok kan aiyan kene sekolah
aiyan: kenapa aiyan kene sekolah? aiyan nk tgk tv lg
mama: aiyan kn nk sekolah kene tdo awal
aiyan: kenapa aiyan kene tidur?
mama: esok aiyan sekolah
aiyan: kenapa aiyan kene tidur ( selalunya soalan sama dia akan ulang 3-4 kali)
- dia cepat bosan, n kurang sabar... bila dia main permainan apa2 bila dia tak dpt nk selesaikan atau buat dia akan mula nngis n jerit, kadang pernah jgk dia terbalik kan meja tulis ala jepun dia sbb tak dpt nk lukis mcm apa yg dia nk ( tp tu sekali tu jelah)
- kita perlu xtra care bila ber2, bila jln mana2 mmg selalu akan pegang tgn dia tak pernah biar dia jln sendiri, dia tak blh nk bezakan situasi itu bahaya atau tidak...
- dia suka berkwn2 tp dia tak tau cara nk berkwn, dia cuma tahu cara dia yg kadang bt kwn2 lain rimas
- dia sgt cpt mesra dngan org, bila dia dh kenal n suka seseorg tu mmg dia akan ingat nama n suka nk tegur seseorg tu
ini sebahagian perangai dia yg aku blh ceritakan, sbb ada banyak lg yg kadang aku pun lupa hahaha... sbb diaorg kn istimewa
gambar tu, masa dia umur bape tahun entah hehehe |
ada kwn opis bagi dia hadiah , suka sgt lah dia tu |
time pagi kadang mood dia ke laut |
hasil lukisan dia, bila ada org teman dia akan jd semangat nk melukis |
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletekurang upaya pelbagai tu agaknya merangkumi lebih dari satu daripada kesemua kat atas tu ke ek..anak2 syurga ni..moga aiyan membesar jadi insan yang hebat!
ReplyDeleteSunah Sakura- aah pelbagai tu ada lebih dr 1 ketidakupayaan, mekasih ya doakan aiyan
ReplyDeleteTerima kasih NM kerana sudi berkongsi kisah.
ReplyDeleteMaaf kalau Mrs. A bertanya ni ya.
Masa awal-awal dulu macam mana boleh detect Aiyan ada masalah pembelajaran?
Mrs A- awal2 tu masa bby perkembangan dia lambat, saiz kepala dia kecik dr ukuran baby mengikut usia yg sepatutnya... masa tu kami dh rujuk dia pada pakar genetik, mmg ada followup so bila dia nk msk darjah 1 baru buatkan kad oku dia...
ReplyDeleteAnak buah saya si timi pun OKU sebab austism, sekolah khas. Ada ibu bapa yg ego malu anak OKU camni tpi diorg tak sedar yg kita ibu bapa bkn hidup 100 thn dgn anak2, lagi awal di train lagi elok tuk diorg. Nothing tuk malu dgn diorg, diorg anak syurga yang diamanahkan tuk kita. Insyaalah.
ReplyDeleteSeronok baca entry macam ni.. boleh tambah pengetahuan..
ReplyDeletemmg akak tahu ada beberapa kategori OKU, tapi bila baca entry ni baru perasan.. banyak lagi kategori OKU rupanya..
Semoga Dana terus diberi kesabaran yang tinggi utk besarkan Aiyah.. seronok baca kisah2 dia dari dia kecil lagi.. skrang dah besar panjang pun..
Tgk kad OKU tu, teringat zaman mula2 kenal dana.. kecil lagi aiyan masa tu.. Skrang dah masuk sekolah pun.. akak pun dah makin tua... hahaha
mempunyai anak OKU adalah ujian dan besar sungguh hikmahnya..
ReplyDeleteibubapa perlu mencurahkan kasih sayang dua kali ganda berbanding anak-anak yang normal..
teruslah berkasih sayang dan tabah selalu
semoga dipermudahkan urusan aiyan.. semoga berjaya dalam pelajaran dan kerjaya satu hari nanti..
ReplyDeleteShirven- betul tu, sekolah kan lah mereka, jgn nafikan hak mereka, tp msh ada lg yg ego utk terima yg anak2 mereka tu istimewa
ReplyDeletek Nurbijen- hehehe sesekali kak, panjang sungguh sesekali dana up ntry, yelah dulu kck je skrg sado
mrHanafi- betul tu, tak semua org blh faham kenapa kita akan extra take care anak istimewa kita... mekasih utk doa tu
en Ejulz- amin2, terima kasih
Tk Dana kongsi pengetahuan tentang murid2 OKU
ReplyDeleteRupanya banyak kategori OKU ni.
Semoga tabah mengalas amanah yang Allah kurniakan
wak WP- sama2 wak, ye... moga bermanfaat utk org lain, kadang mmg kita tak tau kan... dana awal2 dulu pun tak tau wak
ReplyDeletesangat bermanfaat info ni kak..InsyaAllah memudahkan insan lain.
ReplyDeleteSha- alhamdulillah, gitu la harapnya dik
ReplyDeletepermisi min numpang share ya :)
ReplyDeleteHayyy guys...
sedang bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
dari pada bosan hanya duduk sambil nonton tv sebaiknya segera bergabung dengan kami
di DEWAPK agen judi terpercaya di add ya pin bb kami D87604A1 di tunggu lo ^_^
semoga dipermudahkan urusan ahkak dan aiyan sekeluarga.. aminn
ReplyDelete