Friday, October 7, 2022

RESEPI SUHUN GORENG DENGAN CENDAWAN

 Assalamualaikum semua,

Akhirnya setelah mencuba beberapa kali berjaya juga muat naik gambar untuk resepi hari ini. Pagi tadi rasanya semua atau ramai yang hadapi masalah yang sama. Oklah aku nak kongsikan 1 resepi sayur yang ringkas tapi sedap, boleh juga di jadikan makanan untuk yang diet tau. Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan:

1 plastik suhun- rendam dengan air biasa hingga lembut dan toskan

1 paket bebola sotong (boleh guna bebola apa sahaja atau lauk lain)

4 ulas bawang putih, hiris nipis

1 biji bawang merah kecil, hiris nipis

8- 10 biji cili api, hiris kasar

1 pokok daun bawang- hiris sedang

1 bekas cendawan kecil ( entah lupa namanya)

1 biji lobak merah, potong memanjang nipis

2 sudu besar sos tiram *

1 sudu besar sos cili*

1 sudu sedang minyak bijan *

sedikit garam *

minyak untuk menumis

Cara masak:

- Masukkan minyak biasa dan tumiskan bawang putih, merah dan cili api hingga layu dan kekuningan.

- Masukkan bebola dan lobak merah kita kacau dan biarkan masak lobak tu sebentar. Masukkan cendawan kacau-kacau biar layu sikit.

- Dalam mangkuk satukan bahan-bahan bertanda * dan kacau hingga sebati, masukkan bahan sos ke dalam kuali dan gaulkan dengan bahan lain.

- Masukkan suhun kacau, supaya suhun masak dan masukkan daun bawang. Siap

bahan-bahan utamanya 



kalau tak nak guna cendawan ini gunakan cendawan rupa macamni tapi putih pun boleh.
Kalau guna enoki dia jadi lembik sangat

dah layu cendawan tu 

masukkan sos tadi



ini kalau ratah je pun sedap tau.

27 comments:

  1. Alamak...nampak sedap betul ni...ni sesuai utk org diet ni...

    ReplyDelete
  2. Suka segala cendawan dan suhun. Boleh cuba.

    ReplyDelete
  3. sedapnya resipi ni! Boleh cuba nanti :)

    ReplyDelete
  4. Meriahnya suhun goreng Dana. Nampak macam suhun goreng di Thailand. Sedap!

    ReplyDelete
  5. suhun dh mcm mihun ratah ja pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul suhun lagi sesuai untuk yang nak diet kak hhehheeh

      Delete
  6. Wah...nampak sangat sedap..penuh cendawan..

    ReplyDelete
  7. Teringat kat sambal goreng jawa, sedap ada suhun.

    ReplyDelete
  8. Sedap, sedap! Ada satu menu kat black canyon, macam ni la, suhun goreng. Akak suka! Kenyang makan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap kak, makan gitu je pun kenyang kan

      Delete
  9. sedapnyaaa! sy suka suhun.. nyummy..
    cendawan pon febret..

    ReplyDelete
  10. dap dap.. MA kadang2 wat suhun goreng ni mcm mee hoon goreng la, letak sayur2..makan for dinner.

    ReplyDelete
  11. Sedapnya.. Ini makan dia saja pun kenyang..

    ReplyDelete
  12. Sedap sayur campur campur macam ni. Buat ratah pun sodap!

    ReplyDelete
  13. suhun memang feveret aida. mesti lebih, dah mcm mihun sup :)
    normally aida couple kan petola dgn suhun. or sup telur suhun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. one thing, sayur sayur simple gini, cepat ek masaknya.
      couple dgn sambal tumis & nasi panas pun ngam!
      goreng telur dadar, Dana, ohsem.

      Delete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...