Friday, October 28, 2022

RESEPI CENDAWAN TUMIS BAWANG PUTIH

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku masuk kerja, setelah berhari-hari tak kerja kan. Walaupun masih batuk lagi tapi beransur baik lah, cuma itulah kena mendaki tangga macam biasa lah. Hari ini aku nak kongsi resepi yang aku baru buat malam tadi. Dapat dari mana resepi ini? aku hentam sahaja, reka sendiri je. Tapi hasilnya memang sedap dan sebab tu aku kongsi dekat sini. Jom kita tengok apa bahan-bahannya.

Bahan-bahan:

2 paket cendawan enoki

1 mangkuk sedang cendawan tiram

6-8 ulas bawang putih, hiris nipis

1 batang cili hijau besar, potong bulat

1 batang cili api bangla, potong bulat

1 sudu kecil sos nampla (kalau takde takpe)

1 sudu besar sos tiram

sedikit kiub bilis atau ayam

sedikit minyak bijan

sedikit minyak untuk menumis

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih dan cili api hingga layu dan naik bau nya, masukkan sedikit kiub bilis dan sos nampla. Gaulkan hingga sebati dan masukkan cendawan.

- Gaulkan cendawan dengan semua bahan lepas tu tutupkan kuali dengan penutup kejap. Cendawan tu akan mengeluarkan air sendiri, tambahkan sos tiram. Kacau lagi sikit hingga cendawan semua layu dan masak. Masukkan sedikit minyak bijan dan matikan api. Siap

Dia punya bau tu sedap sebab ada minyak bijan tu.



Kiub bilis dan sos nampla sikit, kalau takde sos nampla tukar dengan letak garam je sikit

masuk je semua cendawan

tak tambah air tapi air dari cendawan tu, dah layu kan siap

ratah je pun sedap tau.

aku lawankan dengan ayam goreng kunyit

26 comments:

  1. Terliur. Kena cari bahan-bahan cendawan dan minyak bukan. Tq bagi idea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat mencuba kak... memang sedap, kalau suka pedas lebihkan cili kak

      Delete
  2. Replies
    1. apa lagi MY sila beli dan cuba tau, memang layan

      Delete
  3. simple, Dana. but aida tau ia sedap ohsem!
    aida normally takkan masak cendawan je. mesti nak mix dgn sayur yg lain. maybe nanti nak cuba menu Dana ni. anak-anak memang pemakan cendawan. so no problem.

    ReplyDelete
  4. ok masuk list...resepi sempoi2 camni mmg kesukaan ammi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe sebab tu lah kongsi sini Ammi, dana pun suka masak resepi simple gini

      Delete
  5. Sos nampla..pertama kali tau. Tak sama eh dengan sos ikan Thai tu?

    Sian Dana nak kena menapak tangga, kena siap2 pakai kasut sneakers ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak sos nampla tu sama dengan sos ikan thai tu yg ada gambar sotong. Itulah kak ujian betul lif rosak tak dibaiki lagi, entahla pihak pengurusan ni memang haprak

      Delete
  6. cendawan enoki ni dah jadi famous skrg dekat rak pasaraya selalu kosong

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana rasa sejak sebelum anju buat resepi butter enoki mmg dah ramai suka enoki kak sebab harga yang murah dan sedap. heheheheh

      Delete
  7. Saya pun masak sup sayur + enoki malam tadi..tapi mak tak mau...kalau tau baik saya habiskanšŸ¤£

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe lenkali tanya dulu mak akak nak ke tak? kalau takmo ratahkan je

      Delete
  8. Sedap ni olahan resipi kak Dana. Saya suka cendawan dua dua ni. Memang ratah pun sodap! Sos nampla tu sos ikan lah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah ratah pun sedap kan, aah sos nampla tu sos ikan

      Delete
  9. wah..good idea ni, leh try malam ni..tq tq!!

    ReplyDelete
  10. wahhhhh nti boleh cuba resepi ni sbb sy sukaaaa cendawannn hehehe

    ReplyDelete
  11. wah...boleh buat resepi utk bekal pi opis akak ni

    ReplyDelete
  12. Wangi jew aromanya kan Dana. Sedap pula tu.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...