Assalamualaikum semua,
Akhirnya setelah mencuba beberapa kali berjaya juga muat naik gambar untuk resepi hari ini. Pagi tadi rasanya semua atau ramai yang hadapi masalah yang sama. Oklah aku nak kongsikan 1 resepi sayur yang ringkas tapi sedap, boleh juga di jadikan makanan untuk yang diet tau. Jom kita tengok resepinya.
Bahan-bahan:
1 plastik suhun- rendam dengan air biasa hingga lembut dan toskan
1 paket bebola sotong (boleh guna bebola apa sahaja atau lauk lain)
4 ulas bawang putih, hiris nipis
1 biji bawang merah kecil, hiris nipis
8- 10 biji cili api, hiris kasar
1 pokok daun bawang- hiris sedang
1 bekas cendawan kecil ( entah lupa namanya)
1 biji lobak merah, potong memanjang nipis
2 sudu besar sos tiram *
1 sudu besar sos cili*
1 sudu sedang minyak bijan *
sedikit garam *
minyak untuk menumis
Cara masak:
- Masukkan minyak biasa dan tumiskan bawang putih, merah dan cili api hingga layu dan kekuningan.
- Masukkan bebola dan lobak merah kita kacau dan biarkan masak lobak tu sebentar. Masukkan cendawan kacau-kacau biar layu sikit.
- Dalam mangkuk satukan bahan-bahan bertanda * dan kacau hingga sebati, masukkan bahan sos ke dalam kuali dan gaulkan dengan bahan lain.
- Masukkan suhun kacau, supaya suhun masak dan masukkan daun bawang. Siap
bahan-bahan utamanya |
kalau tak nak guna cendawan ini gunakan cendawan rupa macamni tapi putih pun boleh. Kalau guna enoki dia jadi lembik sangat |
dah layu cendawan tu |
masukkan sos tadi |
ini kalau ratah je pun sedap tau. |
sedap tu...lapar plak
ReplyDeleteminta chef hubby buatkan kak
DeleteAlamak...nampak sedap betul ni...ni sesuai utk org diet ni...
ReplyDeleteya memang tidak dinafikan kak
DeleteSuka segala cendawan dan suhun. Boleh cuba.
ReplyDeletesilakan cuba kak
Deletesedapnya resipi ni! Boleh cuba nanti :)
ReplyDeletecuba Fana, memang semangkuk kenyang ni
DeleteMeriahnya suhun goreng Dana. Nampak macam suhun goreng di Thailand. Sedap!
ReplyDeleteitulah kak, konon ikut gaya masakan cina
Deletesuhun dh mcm mihun ratah ja pun sedap
ReplyDeleteye betul suhun lagi sesuai untuk yang nak diet kak hhehheeh
DeleteWah...nampak sangat sedap..penuh cendawan..
ReplyDeleteya baru la layan nak di ratah pun best
DeleteTeringat kat sambal goreng jawa, sedap ada suhun.
ReplyDeleteheheheh itu tidak dinafikan kak
DeleteNampak sedapnyer
ReplyDeleteye wenak wak...
DeleteSedap, sedap! Ada satu menu kat black canyon, macam ni la, suhun goreng. Akak suka! Kenyang makan. :)
ReplyDeletememang sedap kak, makan gitu je pun kenyang kan
Deletesedapnyaaa! sy suka suhun.. nyummy..
ReplyDeletecendawan pon febret..
kita geng lah ya
Deletedap dap.. MA kadang2 wat suhun goreng ni mcm mee hoon goreng la, letak sayur2..makan for dinner.
ReplyDeleteSedapnya.. Ini makan dia saja pun kenyang..
ReplyDeleteSedap sayur campur campur macam ni. Buat ratah pun sodap!
ReplyDeletesuhun memang feveret aida. mesti lebih, dah mcm mihun sup :)
ReplyDeletenormally aida couple kan petola dgn suhun. or sup telur suhun.
one thing, sayur sayur simple gini, cepat ek masaknya.
Deletecouple dgn sambal tumis & nasi panas pun ngam!
goreng telur dadar, Dana, ohsem.