Assalamualaikum semua,
Resepi hari ini memang ringkas, mudah dan sedap. Bukan resepi dana lah kalau susah nak masak kan hehehehe. Sila abaikan udang yang tak berapa helok tu, sebab Edy yang tolong siangkan udangnya. Bila balik kerja tu kadang dah penat dah malas, memang aku akan masak menu yang mudah je. Jom kita tengok resepinya ya.
Bahan-bahan:
400gm udang
3-4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 biji bawang besar sedang. hiris nipis
5-7 biji cili api (aku tak potong kalau nk potong pun boleh)
serbuk kunyit
3-4 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
2 biji tomato, potong sedang
Air 1/2 cawan
Cara masak:
- Gaulkan udang dengan serbuk kunyit dan sedikit garam lepas tu goreng dengan sedikit minyak. Angkat dan ketepikan udang.
- Gunakan kuali yang sama dan guna je minyak tadi tumiskan bawang merah, putih dan cili api, masak hingga layu.Masukkan tomato masak hingga tomato agak lembik dan masukkan sos cili, kicap dan air.
- Tumiskan kejap hingga kuah pekat dan boleh masukkan udang, gaul hingga semua udang sebati dengan kuah. Jangan lupa rasa kuah kalau kurang masin boleh tambah garam, kalau nak pedas boleh tambah serbuk lada hitam dan matikan api. Siap
bahan utamanya |
Kalau yang suka pedas lagi cili api tu boleh tambah atau guna cili api yang pedas |
udang ni masak apa pun mesti sedap kan |
Memang senang, bahan mudah dapat.
ReplyDeletebetul tu kak, kalau masak di hari kerja memang yang ringkas je kak
Deleteyum22....ank akak suka sgt menu udang ..paling fav kalo masak buttermilk
ReplyDeleteudang masak apa semua sedap kan, dana lama dah tak masak buttermilk ni
Deletesimple jer...dap dap!
ReplyDeletesimple kak jnji sodap dan terhidang menu masakan
DeleteSimple tapi sedap sangat nie..
ReplyDeletebetul tu kak, udang masak apa pun sedap
Deletealahai sedapnyaa... ni nak gi beli udang ni jap lagi
ReplyDeleteapa lagi MY, mohla kita buat mudah dan anak-anak mesti suka
DeleteIni my favorite menu!
ReplyDeletebudak-budak mesti suka kan...
Deletepetang memang penat dan malas berganda tengok dapur pun xnak, sy jenis masak pagi2 bawa ke malam
ReplyDeletekalau dah kerja memang tak rajin nak masak seawal pagi, itu balik kerja baru singgah dapur heheheh
DeleteSimple tapi menarik...
ReplyDeletebetul tu kak, simple dan menarik tau
Deletenampak sedap walaupun simple hehehe. VM singgah follow sini ye
ReplyDeleteye tuan punya blog rajin buat yang simple je dik, tq follow
DeleteSedap nihhh. Ratah je lagi sedap. Hihihi
ReplyDeleteheheheh udang ratah je memang sedap, sedar2 tinggal bawang je
DeletePak Zain ngan Mak Pah akan bising kalau masak udang buang kepala ngan ekor macam ni...kalau Dania plak kalau boleh semua kasi togel sebab dia leceh nak kopek kulit udang...sudahnya...SA masak je ikut tekak SA...hahahaha....selalunya lauk macam ni x jadi lauk kan...
ReplyDeleteini Edy yang tolong siang udangnya kak, kalau dana biasanya tinggalkan ekor je sikit atau togel terus hehhe... ikut kerajinan
DeletePerghhhhh!
ReplyDeleteSedap2..
Sememangnya ibu dan Aqil Naim penggemar udang..
Boleh cuba ni nanti..
Salam perkenalan dari Ibu Aqil..
Ibu Aqil singgah sini dan follow.. Xoxo
betul tu, terima kasih nanti saya follow semula
Deletelamanya xmkn udang..
ReplyDeletemenu simple camni mmg sedap!
itulah udang ni masak apa pun mmg sedap kan
Deletetak pernah tak sedap if dana yang masak
ReplyDeletemenu yang simple dan sedap je aku kongsikan hehehhe
DeleteSuka menu simple macam ni. Lagi pulak udang favourite saya. Yang mudah mudah tu lah yang sedap biasanya :)
ReplyDeletebetul tu dik, udang tu kita goreng dengan bawang putih n kunyit pun dah sedap kan
DeleteSedapnya udang masak sos cili makan panas-panas! Ringkas saja masakannya, tapi kalau dah namanya udang, masak apa pun sedap kan Dana.
ReplyDeleteya betul tu kak, udang ni goreng dengan garam dan bawang putih pun dah sedap ni kan pulak masak macam-macam
Delete