Thursday, October 20, 2022

PHOTO DIARY #32/2022

 Assalamualaikum semua,

Maaf semua pagi ini tak sempat buat entri, aku ada temujanji dengan doktor pagi tadi jadi tak sempat buat entri. Kisah sedihnya lif pejabat aku rosak lagi, sebab ada kontraktor pejabat lain guna bawa muatan lebih. Hampeh betul.

Oklah kita teruskan jelah dengan kisah cerita bergambar ya.

goreng keropok ikan dengan keropok melinjau... penuh 1 tupperware besar 

maktek bagi kuih pau sambal minggu lepas

suka budak baju gaun biru tu dapat ke rumah maklong

maktek minta aku tolong jagakan Ecah, lepas tu dia belikan burger kambing dan fries untuk kami

sedap dan juicy burgernya

pokok bunga ros yang nyai bagi dari kampung

pokok bunga ros yang aku beli dari kampung aritu

sambal udang petai kegemaran Edy
s
sarapan nasi impit kuah kacang dan sate

keladi goreng

tempe goreng

nasi goreng cendawan

si cik Teh

suka main sorok-sorok bawah karpet

antara kuih kegemaran aku

jumpa dengan adik ni masa aku ke HKL, kenal masa aku masuk ward bulan 4 dia jaga emaknya, baik adik ni sampai sekarang masih lagi berhubung. Ini emaknya masuk ward lagi itu dapatla jumpa kejap dengan dia.

31 comments:

  1. Terliur Sha tengok keladi goreng, tempe goreng, berger kambing pastu ada pulut serunding pula.. Pergh!! Ohsem.. Lama gila tak makan pulut serunding tu.. Feveret sangat..
    alahai.. orang lain yang buat hal, orang lain pula nak menangung derita.. Jenuhlah Dana ulang alik naik tangga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. serunding kelapa tu kadang payah nk jumpa yg sedap kan kak, itulah lif dah uzur pihak pengurusan pulak buat endah tak endah kak

      Delete
  2. Terliur tengok sambal udang petai tu.
    Cik Teh tu kamin bulat lagi mata dia memandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. lauk sambal kegemaran dh tu kak sambal udang petai

      Delete
  3. Tiber berkenan plak dengan burger kambing tu...sedapnyaaa....bunga ros kg kan tu..mesti kaalu bwrbunga baunya wangi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sedap betul burger kambing tu... bunga ros kampugn wangi kak

      Delete
  4. Uish...menggodanya tempe & keladi goreng cicah sambal kicap!
    Alhamdulillah, asbab masuk wad dapat kenalan baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak cicah sambal kicap baru mantap, sejenis dana mmg suka berkawan kak

      Delete
  5. uihhh sedap2 nyeee..nikmat dapat makanan cmnii

    ReplyDelete
  6. Keropok belinjau tu sedapnye.. lemak² pahit rasa dia kan kak..tapinye kan, kite lepas bersalin kalau makan kerepek tu kok jadi pening. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pulak dah kalau gitu tak boleh makan dahla dik oi....

      Delete
  7. Nak keropok melinjo dengan keladi goreng! Dua-duanya lama tak makan. Sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana pun lama tak makan keladi goreng itu gigih cari jugak kadang payah jumpa

      Delete
  8. sian dana lift rosak lagi moga cpt disenggara

    ReplyDelete
  9. adehhhhh meleleh air lior nmpk tempe goreng!

    ReplyDelete
  10. Belum seminggu dah rosak balik lif. Ganas betul yang pakai.
    Suka sambal udang petai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kontraktor guna bawak barang berat2 itu lah pasalnya

      Delete
  11. Lama x makan keropok melinjau tu 😋. Feveret tu. Dulu masa kecik, sikit punya x suka dengan keropok ni 🤣.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula sebab tu selalu beli yang mentah untuk buat kunyah2

      Delete
  12. Ecah nampak makin manis dah besar ni

    ReplyDelete
  13. Namapak macam sedondon gambar mak cik berdua tu

    ReplyDelete
  14. Mak saya suka betul keropok melinjau tu. Sama kak favourite kita kuih pulut serunding. haritu balik kampung dapat makan dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap semuanya kan, pulut serunding tu kena ada rasa manis sikit dekat serunding baru layan kan

      Delete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...