Thursday, October 13, 2022

PHOTO DIARY #31/2022

 Assalamualaikum semua,

Dah masuk 2 minggu lebih kes lif rosak di bangunan pejabat aku ni tapi masih belum dibaiki lagi. Bagi orang lain mungkin takde hal tapi kalau dah selalu sangat tak larat juga rasanya. Tingkat 7 setiap hari kadang kaki buat hal jugak. Oklah kang ada pulak yang cakap ala itu kan kira senaman, boleh turun berat....blablabla, itu menyakitkan untuk dibaca dan didengar. 

Oklah segmen setiap hari khamis, jom kita layan cerita bergambar.

minggu lepas ada kawan bagi roti boy dekat aku, Aiyan masuk kereta ` bau apa yang sedap ni mama?` habis seketul dia makan

pokok pudina yang rimbun subur sampai masuk dalam pasu orang lain.... 

akhirnya bertunas juga pokok bunga kantan aku... alhamdulillah

Nasi semalam tak habis suruh Edy simpan dalam peti, esoknya buat nasi goreng lah

Kalau waktu hujan malam-malam memang melepk la semua tidur dekat sofa

pokok orkid yang makcik bagi, tak sabar nak tunggu dia berbunga

orkid ini yang sentiasa berbunga, tengok bunganya buat hati gembira

selalu kalau pesan roti telur bawang, bawangnya halus tapi kali ini bukan main besar potongannya

suka bila cuaca panas gini... 

ini pun sama rajin berbunga je tak berhenti lagi

aku kalau goreng tempe dengan bawang putih dan kunyit gini, suka cicah dengan cili sos.... sedap

pantang ajak bergambar

pekat warnya ungunya... bau pun wangi


nak masak lemak cili api, petik daun limau purut dan daun kunyit tepi rumah... 

bunga ros oren yang aku ada, kembang helok

34 comments:

  1. Pokok kantan yang kami tanam belum berbunga lagi.
    Hati kita pun ikut kembang melihat bunga mekar kan Dana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok kantan mula-mula tu tak menjadi mati kak pastu aritu balik johor mintak lagi anaknya dengan makcik, mujur hidup seronok rasa. Ya betul tu kak, tiap petang wajib belek pokok-pokok nak tengok bunganya atau nak tengok sihat ke tidak dia

      Delete
  2. letihla kalo lif rosak.. tingkat 7 pulak tu.. bertabahla kakdana.. arap lepas ni lif dh ok..

    sedapnya roti boy.. lama xmkn.. bau dia pon dh buat perut berbunyi.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah dik oi, letih turun naik tangga ni tapi itulah pihak pengurusan memang gitu lambat nak tunggu ada yang jatuh sakit baru hegeh-hegeh. Itulah sebab bau yang harum la si Aiyan boleh tergoda

      Delete
  3. Takde bajet ke camne lif tu tak baiki sekian lama? Akak pun geram je baca, sebab datang untuk kerja, bukan nak bersenaman tangga. Moga cepatlah ok lif tu.

    Berkenan tengok orkid kuning pink tu, warna dan bentuk kelopaknya unik. Seronok Dana hari2 pergi balik kerja tengok bunga cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahla kak pihak pengurusan baru kuarkan iklan tender untuk orang baiki, pastu nak tunggu eloknya tu bulan bila lah. Penat kak setiap hari turun 2kali, naik 2kali sebab tgri nk turun ambil Aiyan. Kadang fikir nak cuti lama je tapi itulah kang kerja pulak orang yang kene buatkan. Cantikkan tu kak namanya orkid pinang, antar yang mudah jaga cuba la akak beli kak kak, bunga nya tak berhenti ada je.

      Delete
  4. alhamdulillah, suburnyaaa pokok pudina tu! saya punya hari tu hampir mati sebab cuaca kering, potong semua yang kering tu alhamdulillah dia da hidup balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dia kalau kurang air mmg kering, tp pastu bila kene siram kuarla tunas baru

      Delete
  5. Sedap mata memandang dan sedap juga nengok makanan bila tiba konsep hari khamis kat sini hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hheheheh gitulah kak, banyak ambil gambar makanan dana ni itu kene selit dekat sini

      Delete
  6. lif rosak ni boleh buat kacau mood tau....
    subur2 semuanya pokok tu ye dah masuk musim sejuk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun tapi tulah dah lebih 2 minggu pun masih sama je, kerja kene buat nak tak nak kene mendaki jugak lah pelan2

      Delete
  7. tingkat 7??? bukan kurus dibuatnya... nak tercabut kaki dah wei. sehari dua ok la..masuk seminggu..adei la
    alhamdulillah helok sungguh mint tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, entahla pengurusan sini alasan asik takde duit je... buat benda lain ada lak duit... itulah kak helok subur pokok pudina dana

      Delete
  8. Cikteh tu comel aje gambarnya sedang mengintai.
    Tingkat 7 kalau naik turun umur-umur Mrs. A ni mau terjelir lidah Dana nak-nak pulak pakai kasut bertumit naya mak joyah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Teh memang yg paling perasan comel kak, semua dia lah terpaling nakal, terpaling kuat merajuk hahahha. Itulah kak oi, dana pakai sandal flat je memang tak larat nak bertumit tinggi

      Delete
  9. cantiknya orkid xlama lagi kebun dapur dana penuh orkid pulak

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Dana pun suka kak, paling gembira dapat tengok bunga berkembang

      Delete
  11. Kalau selalu turun naik lif memang seksa lagi kalau tingkat tinggi.
    Sukanya tempe goreng tapi suka dengan sambal kicap atau makan begitu sahaja sudah sedap.

    ReplyDelete
  12. Rajin betul Dana bercucuk tanam. daun pudina nak buat air pun dah tak payah beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja suka-suka kak, pudina tu kalau dana buat air teh tak laku kak, dana sorang yang minum

      Delete
  13. itulah kak, dulu masa lif elok biasa juga dana turun dengan tangga tapi nak naik tangga sampai ke tingkat 7 tu mengah juga lagila bila setiap hari

    ReplyDelete
  14. Kalau dah lama sangat rosaknya, tak berapa bestlah jadinya mood nak kerja.. Penat tau naik tangga.. kalau setakat satu tingkat, tak pelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, masalah lif ni dah lama tapi pihak pengurusan selalu amik mudah

      Delete
  15. Replies
    1. betul tu kak, walaupun bunga kadang tak berapa kawan dana

      Delete
  16. Suka betul tengok pokok orkid tu...yang berbunga tu pun cantik betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, orkid jenis pinang tu memang berbunga je kot dari bulan 6 masa beli tu tak berhenti berbunga

      Delete
  17. suka tengok bunga dan berbunga cantik, rempah ratus nak guna petik je tepi rumah.bestnya tgk tanaman menjadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab aku kan suka tanam pokok bunga yg ada bunga je takde bunga malas tanam, itulah sebab utama tanam mcm2 herba kononnya tp kadang tak di guna jugak wei

      Delete
  18. Jenuh nak hadap masalah lif tu kan. kalau sehari boleh terima lagi.
    Rimbun tanaman pudina kak dana. Saya dah banyak kali beli, mati jugak dia. huhu...
    happy bila pokok² bunga berbunga. Hati berbunga²:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dik penat kadang sampai balik kerja nak baring je mls sebab sakit lutut ni turun naik tangga, pudina ni jgn sampai tak kene air, dia suka air dan kalau rimbun sgt kene potong baru tumbuh pokok baru gitu

      Delete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...