Assalamualaikum semua,
Bertemu lagi kita di hari khamis yang indah, yelah indah esok dah jumaat kan. Cuma yang tak indahnya penat setiap hari mendaki tangga hingga ke tingkat 7, lif masih tak elok lagi sudah seminggu lebih kejadian ini. Oklah tercerita panjang lebar pulak, jom kita layan cerita bergambar ya.
|
bila budak ini makan dia suka duduk dekat bawah dan guna meja kecik dia ni |
|
si Jimbo kena kurung kejap, sebab dia suka kacau orang makan. Mau masuk dalam pinggan acik Aiyan |
|
cik Tam memang suka duduk sini sambil layan angin malam |
|
Kek Mentega Oren, minta kawan buatkan RM20 je |
|
sedap gebus lembut, suka bila tergigit kulit oren |
|
sarapan hari Ahad, Edy kerja jadi masak la untuk sarapan pagi |
|
kawan dari pejabat lama, dia datang aku suruh ambil kek gula hangus |
|
bila yang kawan lelaki datang yang kawan perempuan ni pun ada, kami bertiga memang rapat |
|
mereka suruh aku buatkan kek gula hangus |
|
petang nya tak masak Edy ajak beli barang dekat luar makan malam terus lah |
|
bila lif rosak tengahari memang aku tak turun, suruh Edy ambilkan Aiyan balik sekolah. Aku pun makan sorang-sorang dekat bilik |
|
patutla aku bebel dia senyap je, rupanya dah lena kat belakang |
|
dah lama dia tak berbunga |
|
ini menu makan tengahari semalam, lontong beli waktu pagi sebab memang tak turun dah lepas tu |
|
pokok daun sup aku ni memang jenis katek kot, sebab tak besar macam sebelum ini. Comel dan renek je rupanya |
|
pokok parsley ini nampak banyak daun tapi aku pulak yang takde nak guna untuk masak, kena keringkan ni untuk buat stok bila nak guna nanti |
|
dah penat main lari-lari, tidur terlentang macam pakciknya si cik Teh |
semoga susah payah naik tangga ke tingkat 7 tu dapatlah kurangkan berkilo2 berat lebihan tu
ReplyDeletekalau sampai 7 tingkat tu bukan kilo yang turun tapi stress yang tambah adalah ammi oi... hahahah
DeleteLif rosak memang tidaklah selalu turun naik bangunan.
ReplyDeletebetul tu kak, cuma itulah kalau tengahari kene ambil Aiyan terpaksalah turun naik juga, dugaan
Deletesegar2 tanaman pokok2 daun sup tu.
ReplyDeleteLift rosak kira senaman la, makan banyak kek tu.. hehehe.. semoga cepat la elok lift tu.. kalau lift rosak, nak turun naik pun rasa malas aje
musim hujan kan itu yang segar tanamannya, kalau setiap hari nk naik sampai tingkat 7 dah tak rasa senaman dah...
DeleteWalaupun renek pokok daun sup tu, tapi segar. Seronok tengok.
ReplyDeleteTinggi nak menapak tingkat 7 hari2, moga cepatlah repair. Letih jugak sebab datang nak bekerja bukan tengah sesi senaman. Sudut positifnya, bolehla Dana dan kawan2 buat senaman kaki dan jantung.
Itulah kak, walaupun dah biasa kena lif rosak tapi tak sanggup juga nak hadap selalu. Penat sakit kaki, itulah ini dah seminggu lebih tak larat rasanya.
DeleteJenuh nak turun naik sampai tingkat 7 tu. Dah naik memang malas nak turun dah lah. Senang dah bawa bekal siap-siap. Setiap kucing ada je port dia kan. Penat sangat Aiyan tu tertidur dalam kete.
ReplyDeleteItula dia, masa pagi memang bawak siap-siap makanan untuk lunch. Aiyan tak tidur kat transit itu pasal tertidur dekat kereta.
DeleteOhh patutlah..Kat transit ramai kawan kot, mana mahunya dia nak tidur. hehehe...
DeleteWah 7 tingkat naik turun tangga hari2 pengsan la..
ReplyDeleteKlau Aini pun x larat la dengan ada injured lutut lagi nayoo...
itulah pasalnya dahla lutut mmg ada masalah, turun naik pun perlahan-lahan je. Biar la lambat sampai pun
Deletelaa selama ni wak ingt rumah kondo cikkak dana kat tingkat bawah sekali., tingkat 7 tu mmg tinggi, wak dulu sewa rumah tingkat 4 pun jadi lesu., huhuhu
ReplyDeleteDana duduk apartment je wak,dapat rumah bawah sekali. Yang rosak nya tu lif pejabt bukan rumah wak. Kalau dah nanam macam-macam pokok macamne kat beranda wak oi, apa tak pernah nengok hasil kebun ku yo wak? owalah2 wak
DeleteDulu masa duduk condo mcm tu la..umah level 9, tiba lift rosak mmg jenuh...kalau muda lg xpe..ni pertengahan usia kan...sbb tu beli rumah atas tanah...
ReplyDeleteAllahu...jenuh nak daki tingkat 7 ..semoga lif kembali elok..Kalau saya mau nak nangis kalau setiap ..kalau warga tua dan yang ada baby lagi la oenat nak turun naik..huhuhu..Terliur pulak nampak kek tu
ReplyDeletesyoknya dapat makan kek gula hangus, dah lama tak makan haha rasa teringin pulak nak cari. comel lah daun sup tu haha
ReplyDeletePaling suka kalau Dana share gambar bunga ros!
ReplyDeleteAda beberapa pasu bunga ros Encik Suami tanam. Selalu berbunga tapi asyik lupa nak ambil gambar.
Bagus juga lif rosak ni
ReplyDeleteKalau tak dapat turunkan kg pun sekurang2nya dapat turunkan peluh