Thursday, June 30, 2022

PHOTO DIARY #17/22

 Assalamualaikum semua,

Berjumpa lagi kita di segmen `photo diary` terasa kejap pulak dah sampai hari khamis. Tanpa berlengah lagi jom la kita layan cerita bergambar ya.

Hari sabtu jarang dapat sarapan dekat luar sebab Edy kerja, tapi sabtu lepas dia tak kerja apa lagi sarapan dekat luar lah terus tutup dapur hehehe

masih tak berani pakai pakai seluar jeans lagi

hari ahad ada kenduri kahwin anak pada akak cleaner pejabat, sedap semua menu nya

terima kasih akak jemput kami sekeluarga, semua bergambar belakang Aiyan nak nampak kecik kan heheheh

balik dari kenduri jenjalan ke Aeon Wangsamaju lepas tu balik singgah beli lokching

pokok mulberi bila kene cantas pendek memang dia akan mula berbuah banyak

Aiyan dengan seluar pendek pisang yang dapat dari makciknya di kampung

petik apa yang perlu di kebun tepi rumah

aku suka roti inti kelapa, tapi bila dapat inti kelapa putih melepak gini memang terbantut mood nak makan

tumpang bergambar dengan cermin besar bilik boss hehehhee

cantik tak butang kita yang baru tu?

kalau masuk kereta dia senyap je toleh belakang memang tengah lena lah 

kerepek sukun yang maktek bawa dari kampung

dari khamis lepas sampai minggu ni adik bongsu aku ada urusan di kampus, mesti mak aku rindu dia takde seminggu 

tepi laut di tambak Pontian

si Aisyah ni memang fotogenik dan fotogedik heheheh... cantik gambar ni aku suka
semalam maktek bagi rojak petis, sedapnya lahai

9 comments:

  1. Cantik kerongsang itu.
    Pandai dak Ecah beri gaya untuk gambar.

    ReplyDelete
  2. Kalau fikir2 balik ni, setiap hari ada je ceritanya kan...

    ReplyDelete
  3. Aiyan bolehlah selalu tukar-tukai pakai seluar tu. Ada 9 helai kan Aiyan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sengaja cari seluar basahan banyak sikit untuk dia kak

      Delete
  4. mulberri kat rumah ni pun camtu, nak paksa dia berbuah, kena cantas terus tiap kali satu batch da masak ranum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah rumah akak dahla cahaya matahari tu tak berapa kena sangat, itu dia kalau membesar memang takde buah sgt

      Delete
  5. Amboi Ecah..bukan main lagi dia...sedap plak tgok rojak tu

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...