Friday, June 17, 2022

RESEPI MINI BOK CHOY GORENG BAWANG PUTIH

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsikan resepi sayur paling mudah tapi sangat sedap. Nak sediakan pun mudah sahaja, orang lain biasa guna sayur pak choy tapi aku beli mini bok choy pun boleh juga lah. Tetap sedap

Bahan-bahannya:

1 paket mini bok choy,  celur kejap dan tapis

3 sudu besar sos tiram

4-5 ulas bawang putih, cincang halus

suku batang cili besar, cincang halus

1/2 cawan air

Minyak untuk menumis


Cara masak:

- Tumiskan bawang putih dan cili merah hingga naik bau dan keperangan, bila dah perang masukkan sos tiram.

- Masukkan air biarkan hingga kuah agak pekat matikan api dan siramkan kuah pada bok choy yang telah kita celur tadi. Siap


bahan utama

selepas di celur dan tapis letak atas pinggan


biar dia keperangan gini baru masukkan sos tiram ya


biar dia pekat dah siap boleh matikan

memang sedap, lagi lah bagi peminat bawang putih

11 comments:

  1. Pak choy..bok choy..ada beza ya. Akak tau panggil sawi je 😅
    Belum pernah lagi masak mini bok choy tu. Macam lagi sedap sebab mini kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pak choy yang batang dia hijau kak... ini jenis katek sikit heheheh... entah tapi sepupu rasanya tu

      Delete
  2. SEDAP NAMPAK SAYUR HIJAU MENYERLAH

    ReplyDelete
  3. Sedapnye..selalu jugak buat 😊

    ReplyDelete
  4. Sedap makan panas-panas kan Dana.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...