Tuesday, June 28, 2022

JOM KITA BERINAI...

 Assalamualaikum semua,

Aku perasan lepas keluar dari hospital bulan 4 haritu selain rambut aku yang banyak gugur kuku aku pun jadi rapuh. Tak pernah jadi macamni lepas tu makin teruk pulak jadinya. Selain cari suppliment aku cuba pakai inai daun kirim dekat maktek. Kat kampung memang ada pokok inai besar pokoknya. Harapnya akan pulihla masalah kuku rapuh ni.


ini daun inainya, bercinta betul nak asingkan daunnya tu

Dapat lah banyak ini


jari sebelah kiri masa ni belum teruk lagi tapi tepi-tepi kuku tu dia mula rapuh dah


jari belah kanan la paling teruk, paling tak tahan dok tertarik kat tudung lah telekung memang tak selesa

paling teruk ibu jari kanan


belah kiri aku pakai sendiri, jari belah kanan tu Edy yang pakaikan hahhahh comot

Lepas pakai sekali warna oren-oren

esoknya aku pakai lagi

nampakla pekat sikit, udah macam baru kawin lak pakai inai rupa gini

comot lah aku pakai lupa nak boh selotape hahahha... gasakla labu

14 comments:

  1. Patutlah pesan daun inai. Sekarang orang lagi suka guna yang segera.
    Harap kuku kurang serpih lepas pakai inai. Hehe lama tidak pakai. Jenis aktif tangan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja teringin pakai daun inai yang ori kak.... sebab suka bau dia

      Delete
  2. automatically akak pn terus belek kuku akak... hahaha... tp skrg susah gak jumpa daun inai ni.. semoga berhasillah usaha dana dgn daun inai ni

    ReplyDelete
  3. kebetulan kat kampung memang ada pokoknya, itu kirim dengan adik

    ReplyDelete
  4. oh jd rapuh ye kuku tu...inai daun best..akak dlu masa ada masalah kulit jari slalu juga pakai inai daun

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak dana suka lagi inai daun dari inai moden

      Delete
  5. CANTIK JARI BERINAI KUKU KAK PUN NIPIS JUGA NAK CUBA PAKAI INAI

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba kak mana tau kuku jadi elok lepas tu kan

      Delete
  6. Mungkin kesan ubat yang diambil masa rawatan aritu. Dana kena tanya doktor ni. Memang tak selesa dan susah untuk urusan harian bila kuku jadi gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin lah kak... sebelum ini tak pernah jadi gini

      Delete
  7. bestnya pakai inai daun.. sy bab nk tumbuk tu mls.. haha..
    semoga kuku kak dana kembali ok.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikutkan memang malas tapi demi nak pakai inai tu... gigihkan diri

      Delete
  8. Dulu masa kecik2 memang balik kampung tempat yang dituju adalah pokok inai...ni dah dewasa ni...x tau la kenapa tak minat plak...blom sampai masa minat semula kot

    ReplyDelete
  9. pokok inai. legend sgt.
    dulu ada sepokok kat rumah nenen di tampin.
    now no more...

    lama x berinai, Dana.
    aida kurang minat hi hi...

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...