Assalamualaikum semua,
Selamat hari isnin dan selamat memulakan minggu yang baru ya kawan-kawan semua. Hari isnin kena semangat kalau tidak sampai ke hujung minggu lemau je, walaupun batuk masih tak berapa ok lagi. Hari ini nak kongsikan cerita kebun tepi rumah aku, antara tanaman herba yang ada.
Meh la kita tengok ya apa yang ada.
* pokok serai,daun kari, daun limau purut dan kunyit pun ada tapi lupa nak ambil gambar, kira herba melayu kan heheheh.
pokok pandan antara herba paling awal yang aku tanam |
pokok ketumbar jawa, susah sangat nak bela ketumbar biasa |
pokok cili kira herba tak ye hehehe |
daun sup |
daun pudina |
daun kesum |
pegaga, ada 1 pasu lagi yang pegaganya lagi subur tapi lupa nak ambil gambar sebab yang ini je dekat dengan aku heheheh |
pokok kucai, walaupun kecil tapi dah lama berbakti... benih ni ambil dari kampung masa mula-mula pindah rumah ni tahun 2019 |
pokok cekur atau kencur |
pokok rosemary |
pokok lavendar |
wah..elok je semua menjadi...alhamdulillah
ReplyDeletealhamdulillah, kadang ada jugak tak menjadi kak oi
DeleteElok tanam herba memang diperlukan. Tidak kecoh kena ke kedai.
ReplyDeleteya betul tu kak
Deletebestnya.. mcm2 ade.. pegaga tu sy sukaaa! sedapnya buat ulam..
ReplyDeletetapi akak suka lagi pegaga kampung lagi sedap bau nya, yang ni kadang buat ulam jugak atau buat kerabu
DeleteCantik dan elok suburnya..pandai Dana tanam and jaga....
ReplyDeletealhamdulillah kak... kadang ada jugak tak menjadi
DeleteBanyak tanam herba keperluan harian rajin dana
ReplyDeletemula nya ada sikit je kak, tambah sikit-sikit
DeleteSeronok tengok. Mudah, bila nak guna petik je.
ReplyDeletebetul, itu lah motip utamanya hehehe
DeleteElok jew pokok ketumbar jawa tu hidup. Kak Amie tanam berkali-kali tetap mati juga akhirnya.
ReplyDeletebaru lagi tu kak , tak sampai sebulan tanam tu tak tau berapa lama hayat hidupnya
DeleteBanyaknya pokok herba... Semoga cepat sembuh dari batuk :)
ReplyDeletesuka tanam mudah untuk kegunaan harian,terima kasih
DeleteMacam2 ada tu Dana. Seronok nak masak, petik segar dari laman.
ReplyDeleterumah aida takde da pokok utk makan, Dana.
ReplyDeletesemua dah gone.
ada pokok utk hiasan laman aje.
tangan x menjadik la :( hu hu hu hu...