Assalamualaikum semua,
Berjumpa lagi kita di segmen `photo diary` terasa kejap pulak dah sampai hari khamis. Tanpa berlengah lagi jom la kita layan cerita bergambar ya.
Hari sabtu jarang dapat sarapan dekat luar sebab Edy kerja, tapi sabtu lepas dia tak kerja apa lagi sarapan dekat luar lah terus tutup dapur hehehe |
masih tak berani pakai pakai seluar jeans lagi |
hari ahad ada kenduri kahwin anak pada akak cleaner pejabat, sedap semua menu nya |
terima kasih akak jemput kami sekeluarga, semua bergambar belakang Aiyan nak nampak kecik kan heheheh |
balik dari kenduri jenjalan ke Aeon Wangsamaju lepas tu balik singgah beli lokching |
pokok mulberi bila kene cantas pendek memang dia akan mula berbuah banyak |
Aiyan dengan seluar pendek pisang yang dapat dari makciknya di kampung |
petik apa yang perlu di kebun tepi rumah |
aku suka roti inti kelapa, tapi bila dapat inti kelapa putih melepak gini memang terbantut mood nak makan |
tumpang bergambar dengan cermin besar bilik boss hehehhee |
cantik tak butang kita yang baru tu? |
kalau masuk kereta dia senyap je toleh belakang memang tengah lena lah |
kerepek sukun yang maktek bawa dari kampung |
Cantik kerongsang itu.
ReplyDeletePandai dak Ecah beri gaya untuk gambar.
macih kak, ecah memang pandai posing
DeleteKalau fikir2 balik ni, setiap hari ada je ceritanya kan...
ReplyDeletebetul... kena ada jugak hehehhe
DeleteAiyan bolehlah selalu tukar-tukai pakai seluar tu. Ada 9 helai kan Aiyan?
ReplyDeletememang sengaja cari seluar basahan banyak sikit untuk dia kak
Deletemulberri kat rumah ni pun camtu, nak paksa dia berbuah, kena cantas terus tiap kali satu batch da masak ranum..
ReplyDeleteitulah rumah akak dahla cahaya matahari tu tak berapa kena sangat, itu dia kalau membesar memang takde buah sgt
DeleteAmboi Ecah..bukan main lagi dia...sedap plak tgok rojak tu
ReplyDelete