Friday, October 2, 2020

RESEPI NASI GORENG TELUR MASIN

 Assalamualaikum semua,

Selamat pagi jumaat semua kawan-kawan. Hati ini risau betul dengan kes covid yang semakin meningkat dari sehari ke sehari. Moga kita semua dilindungi dari dijangkiti covid ini.

Hari ini aku nak kongsi resepi paling mudah dan ringkas. Aku saja cuba buat nasi goreng guna telur masin ni, yelah kat rumah banyak bekalan telur masin. Rasa dia sedap rupanya, rasa lemak dari telur kuning tu memang rasa lain. Ini dah kali ke2 aku masak, bila orang kat rumah ni kata sedap baru aku up resepi kat sini, rugi tak cuba tau.

Bahan-bahan:

1 mangkuk nasi (bersamaan 2.5 cawan beras)

2 biji telur masin yang telah direbus, potong dan hancurkan

1 biji bawang merah, potong dadu

4 ulas bawang putih, potong nipis

5 biji cili api, potong serong

1 biji telur

3 sudu besar minyak untuk menumis

1 sudu besar perencah nasi goreng (tak payah letak pun boleh)


Cara masak:

- Tumiskan semua bahan bawang putih, bawang merah, daun bawang dan cili api hingga naik bau dan layu.

- Masukkan telur masin daun tumiskan sebentar, hancur-hancur kan lagi telur nya

- Masukkan nasi dan gaulkan hingga rata dengan bumbu masukkan serbuk nasi goreng , goreng dengan api sedang hingga sebati

- Buat bulatan di tengah nasi, masukkan telur biarkan agak kering dah gaulkan dengan nasi hingga hingga sebati biarkan untuk beberapa minit dan matikan api

* Kebetulan kat rumah aku takde sayur lain, jadi memang dia kosong jelah.

ini bahan utama nya ye kawan-kawan, tepi sekali tu daun bawang ye, aku memang simpan daun bawang dalam peti beku

daun bawang tumiskan sekali biar terbit bau daun bawang tu


hancurkan semua telur masin tu ye, tapi aku punya tak la hancur sangat

ini bila kita tumis jadi berbuih sebab telur masin yang kuning tu... masa ni boh la nasi biarkan serata


campurkan telur biar lagi sedap nasi goreng tu


nasi goreng telur masin yang telah siap di goreng

48 comments:

  1. Ingatkan telur masin gantikan telur biasa. Rupanya sebagai perencah juga.
    Menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, menarik sedap jugak tu kak,,, telur kuning dia tu bagi rasa lemak2

      Delete
  2. Oo.. sedap nampak resepi tu.. Telur masin ni saya makan yg kuningnya aje.. yg putih bagi kat anak sulung haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehheh licik betul ustaz ni ye, nanti cuba resepi ini... telur yang putih tu boh lebih dah tak perlu guna garam

      Delete
  3. menarik boleh dicuba. garam pun dah takyah sibuk2 nak letakkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah boh garam, masin sangat la pulak... sebab telur masin tu dah sedang elok rasa masinnya

      Delete
  4. wow sedap tu telor masin dh ada rasa masinnya perencah boleh guna sikit ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul perencah boh sikit je kak, tak boh pun ok kalau yang tak suka atau takde...

      Delete
  5. eh! tak pernah tahu! ya ampun senang je nak buat..mekacih sis! berkobar kobar nak cuba ni

    ReplyDelete
  6. rasanya x cukup sepinggan ni! Pasti nak lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh betul tu cikgu, memang tak rugi buat nya... kalau suka pedas boleh je tambah lagi cili

      Delete
  7. Sedap ni nasi goreng telur masin!
    Kak suka tambahkan cili padi hiris, tabur atas nasi goreng time nak makan, dan sediakan minuman panas. Kalau tengah makan tergigit cili, terus minum air panas tu... hahahaa hilang pedas serta merta!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau termakan si aiyan cili tu kang jadi kes nahas emaknya kene mujuk lak kak heheheh...

      Delete
  8. Nasi goreng home made ni sedap kan, tapi kadang tak rajin nak buat..huwaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak lebih prefer masak sendiri dari beli sebab barangnya mudah, pastu best sebab tak payah masak lauk-lauk lain

      Delete
  9. Dana buat nasi goreng sama macam akak.. Bubuh nasi dulu lepas tu baru letak telur. Selalu yang akak nampak orang buat nasi goreng letak telur dulu. nasi last sekali.

    Tapi sebenarnya cara kita buat ni lagi sedap sebab nasi tu setiap butir tersalut dengan telur..kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu kak... adik dana suka masuk awal-awal, dana tak berapa suka lak cara gitu... macam kita masak mee goreng kan telur boh last, gitu gak ns goreng

      Delete
  10. boleh cuba resepi nasi goreng telur masin style dana nie :))

    ReplyDelete
  11. Telur masin banyak ni.
    Bolehlah cuba nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba nanti wak, kalau ada sayur-sayur tambah je

      Delete
  12. kalau kena PKP lagi..ramai sudah bersedia terutama dalam bab masak memasak ini

    yalah banyak masa berada di rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat memasak insyallah takde masalah, sebab kebanyakannya memang selalu masak di rumah

      Delete
  13. Replies
    1. sebiji je MY, kalau tak boleh kurangkan heheheh

      Delete
  14. Replies
    1. hehehe ya sedap, kene cuba baru tahu rasa dia

      Delete
  15. fuhh ni confirm sedap. dulu suka ketam telur masin, skrg dah memacam menu boleh masak dan sedap bersama telur masin

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kita buat dia, takde hal punya beb... ko cuba tau

      Delete
  16. Kebetulan Ada telur masin ni bolrhlah Cuba nanti

    ReplyDelete
  17. tiba2 terbayang esok pagi nk buat menu ni..hehe

    ReplyDelete
  18. tak payah letak garam ya Dana...akak suka part kuning telur tu

    ReplyDelete
  19. Menarik.. Tak pernah masak gaya nie.. Nak kena cari telur masinlah nampaknya petang ini.. hehehe

    ReplyDelete
  20. ini sis lin mesti suka ni! dia penggemar salted egg!

    ReplyDelete
  21. Sedapnya nasi goreng telur masin. Fiza suka telur tu hancur lagi.

    ReplyDelete
  22. xpernah cuba..boleh cuba msk nnt :) tabur pula dgn ikan blis rangup..ish sedap!!

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...