Monday, October 12, 2020

MOLEK CAFE, JALAN IPOH

 Assalamualaikum semua,

Selasa lepas aku dan Edy kan cuti rehat ada temujanji mata Aiyan. Habis temujanji Aiyan pukul 11.30 pagi, kami dah sampai HKL dari pukul 6.50 pagi sebab masa temujanji dia 7.30 pagi. Edy ajak pergi lunch kat sini, katanya ini cafe ayah kepada kawan dia. Selalu meriah petang hingga malam tapi waktu tengah hari pun buka. Jadi kami cubalah ke sini.

Cafe ini berkonsepkan santai dan elemen pantai timur atau banyak juadah terengganu. Kami ambil set makan tengah hari nasi dengan lauk masak lemak salai dan ambil sotong dan udang celup tepung. Makanan nya sedap juga bagi aku, aku suka sotong dan udang celup tepungnya, fresh lagi dan ranggup.

Ini alamat  cafenya kalau kawan-kawan nak cuba:

Molek Cafe

27, Jalan Bachang, Jalan Ipoh

51200 Kuala Lumpur

isnin- ahad

10 pagi hingga 12 tengah malam


aku lupa nak ambil gambar cafe dari luar, tapi tertarik dengan pokok kacang panjang yang dia tanam gini

antara menu yang ada


aku ambil air lemon asam boi, milo ais Aiyan dan teh ais Edy

nasi lemak untuk Aiyan

set  untuk nasi memang diberi sambal, timun dan ikan kering
masak lemak itik salai untuk aku... 


ini itik salai aku, RM12 untuk set ini


Edy punya masak lemak daging salai

udang celup tepung, ada orang offer kita pun ok jelah


aku dengan Aiyan suka dia punya kerak-kerak tu... sedap makan dengan nasi hehehe

sotong celup tepung... sedap ranggup

udang memang fresh, puas hati

ada akok juga, besar-besar

ini yang pandan... sedap, lemak tak manis sangat

gebus dan lembut

ini akok yang original
lagi sedap yang original 

29 comments:

  1. Hati mesti gembira apabila makan sedap. Penat tunggu di hospital mesti hilang.

    ReplyDelete
  2. MAKANAN TEGANU SEDAP SEMUANYA KAN DANA

    ReplyDelete
  3. Alahai sedapnya semua menu Dana lapar akak ni dana oii

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, teringat-ingat sotong dan udang celup tepung tu

      Delete
  4. lemon asam boi, tak pernah jumpa. Nak try buat lah. harga boleh tahan murah juga tu kak. udang dan sotong celup tepung tu sedap kalau dapat fresh. Kriuk kriuk dia tu makan dengan nasi pun sodap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba dik sedap.... itulah fresh terasa sotong dan udang tu

      Delete
    2. Kena mencari asam boi dan resepi dulu. Lemon ada dah dah kat rumah.

      Delete
  5. cemana diaorang buat kerak2 halus gitu ye.. nampak sedap nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, sedap ranggup... layan makan dengan nasi pun best

      Delete
  6. Biasanya menu salai cuma jumpa kat kedai2 masakan tradisi nismilan, jarang jumpa kat kedai lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai ini berkonsepkan terengganu dan nismilan kak, sebab suami orang ganu, isteri org nismilan rupanya

      Delete
  7. Nasi tu nampak unik, bentuk kon. Sedap sangat udang dengan sotong goreng tu. Kalau saya jumpa, tolak nasi ke tepi, ratah jew benda dua tu hihihiii! Sedapnya akok original tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak bentuknya macam kon... itulah tapi sebab dah lapar dari pagi tu tak makan... itu yang makan nasi sotong dan udang celup tepung bedal jugak

      Delete
  8. ini yang cafe anak lelaki normah damanhuri tu ke?

    ReplyDelete
  9. Lama dah Kak tak jejak kaki ke Jalan Ipoh. Memang ranggup nampak udang goreng tepung tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ranggup kak, tepung tu sedap... buat makan pun best

      Delete
  10. uish bestnya menu-menu dia Dana, nanti boleh lah kak ana pii cari nak try pula sedap ke idak :)

    ReplyDelete
  11. Selamat menjamu selera.
    Macam sedap menu itik tu
    Wak ni nak nyembelih itik asyik bertangguh2 aje.
    Leceh nak nyabut bulunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap wak, disalai dulu itiknya tuh...
      tak sama mcm cabut bulu ayam ke wak? rendam dengan air panas

      Delete
  12. semalam ingatkan nak bawak suami makan kat sini (semlm besdaynya). sekali bila kerajaan umum PKPB terus besday boy masak je sendiri kat rumah sebab taknak keluar hahahha.

    ReplyDelete
  13. Tertarik dengan Lemon Asam boi tu la Dana...mesti refreshing kan...

    ReplyDelete
  14. saya pun tertarik dengan pokok kacang panjang tu kak..nanti membesar dia melilit la tiang kedai tu kan...alorrr cantiknyaaaa

    ReplyDelete
  15. kecur perut tgk menunya..kak dana..sedap2 :p

    ReplyDelete
  16. nampak best!! uii air lemon asam boi tu nampak menyegarkan... nyummy!! eh akok! lama tak makan akok

    ReplyDelete
  17. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing Manis kaki luka dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4.

    Ia penawar herba yang sangat selamat untuk semua tak kira umur dan harga berpatutan tapi kesannya standing produk harga mahal ribuan ringgit.

    2)Ramai yg dah cuba penawar herba ni dan makin sihat serta mendapat impak positif. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh kita ikhtiar, Insya Allah.☺👍🏻

    3) Banyak pengalaman dh saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh diikhtiarkan termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain-lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh, psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi tulang dan sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Testimoni-testimoni Pengguna Jutawan Herbs:


    ▪Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.

    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪Puan Roselawaty bt Jaafar, 47tahun , Kanser payudara tahap 2, asal dari Kedah.

    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Keputusan ujian Memogram di klinik BP Bukit Mertajam, doktor mengesahkan ada ketulan kanser di payudara sebelah kiri. Tetapi doktor tidak dapat pastikan itu kanser kerana bentuknya bulat biasa, sepatutnya ketulan kanser bulat dan tajam-tajam. Jadi dia ke Hospital Metro Sg Petani dan keputusannya negatif. Sekarang ni dia dah bebas dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs dalam masa yang sama. Dia buat gabungan rawatan moden dan herba.

    .................................................................

    ▪Puan Zalina bt Ismail, 48 tahun ,Kanser Payudara Agresif.

    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada April 2018. Dia mula sedari ade satu garis yang keras di bahagian bawah payudara kanan pada bulan Mac 2018. Jadi dia terus buat ujian memogram dan doktor sahkan dia menghidap kanser payudara agresif serta perlu operate segera. Dia jalani rawatan hospital dan ambil herba Jutawan Herbs bersama-sama. Gabungan rawatan moden dan herba membuatkan dia sembuh sampai sekarang syukurlah makin sihat.
    ..................................................................

    ▪Puan Noraini bt Yusof, Kanser Payudara tahap 3. Dari Shah Alam.

    Pada Mei 2017, Puan Noraini disahkan menghidap kanser payudara tahap 3. Saiz ketulan kansernya ialah 13.3 cm. Dia menjalani kimo dan buang ketulan dengan operation. Dia juga jalani mastectomy, radiotherapy dan herceptin selama setahun. Menantunya terjumpa blog Jutawan Herbs dan menyarankannya untuk ambil rawatan herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama meneruskan rawatan hospital iaitu kimo. 4 bulan sekali dia berjumpa Oncologist ,alhamdulillah result semua memuaskan seperti tak ada penyakit kanser pun. Sampai sekarang dia masih ambil herba Jutawan Herbs untuk kekalkan kesihatan dan menguatkan antibodi.

    ...............................................................


    Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...