Wednesday, February 17, 2021

BILA PKP, SHOPEE JADI KAWAN BAIK

 Assalamualaikum semua,

Dari PKP tahun lepas aku mula rapat dengan Shopee, memang bahaya dari sana aku beli macam-macam. Bread maker kecik, waffle maker, ikan bilis, kerepek, seluar tidur hatta seluar kecik pun beli di shopee dan macam-macam lagi. Tahun ini punya PKP 2.0 sama naik je. Siap troley ikea pun beli kat shopee, lepas tu bread maker besar, barang membaking segala loyang, pokok bunga, herba biji benih, baja segala macam lah. Memang kawan baik betul shopee ni. hehehehhe

Ini antara barang yang baru sampai minggu ni. 

Beli 2 heli seluar tidur, tapi aku bukanla pakai tidur pakai siang hari sebab seluar ini panjang dan longgar selesa lah 

Kadang takde orang kat rumah, barang sampai... suruh la adik tu letak barang kat bawah ampaian baju... 

Tersorok sikit kan sebab ada baju kat ampaian hehehe 

beli untuk Aiyan, bolehla untuk dia conteng-conteng

Penutup makanan, bolehla buat letak makanan banyak sikit dalam 1 bekas... kalau letak dalam tudung saji amik ruang sikit

Ikan bilis mat salleh si mata biru pun aku beli kot shopee... senang 

Tuesday, February 16, 2021

BRISKWALK KELILING RUMAH

 Assalamualaikum semua,

Semalam aku borak dengan maktek, dia cerita kadang dia kene serangan anxiety, rasa berdebar rasa susah nak nafas kadang rasa tak boleh tidur. Dia kata dia rasa bosan, asyik terkurung dan dah lama tak buat senaman. Iya lah bila PKP dia fully BDR. So, aku ajakla dia buat briskwalk tepi rumah ni. 1 pusingan adalah dalam 1 km, pagi tadi kami buat 2 pusingan. Kira oklah, aku pesan kat dia kalau aku BDR nanti bolehla kita briskwalk sama-sama lagi. 

Ini lah maktek yang kebosanan

Hutan tepi rumah...

Cantik kan,ini la penyumbang kesejukan ba malam hari

Tanah perkuburan belakang rumah... masih tak menyeramkan

Cantik rumah ni dia tanam bunga keliling rumah... sempat la snap gambar

Tak tau nama bunga apa tapi wangi


Masa 1st round dah ada bau wangi apa... tapi tak tahu bunga apa, 2nd round baru jumpa memang wangi

Sebelum keluar sempat masak nasi goreng rice cooker

Balik rumah dah masak tinggal gaulkan je

Monday, February 15, 2021

ALHAMDULILLAH

 Assalamualaikum semua,

Pagi ini terasa sejuk almaklum malam tadi hujan lebat. Alhamdulillah sejuk lah sikit sebab dah beberapa hari membahang je. Hari ini aku nak cerita pada korang rasa syukur dengan rezeki yang diberi. Terima kasih mendoakan dan menyokong aku. 

Sebelum ini aku buat roti bun dengan BM kecil dari trio yang berkapasiti 750g sahaja. Dapatlah buat roti untuk 3 bekas sekali buat kira ok tapi penat masa membakar. Sebab 1 bekas roti aku bakar 20minit oven kecil jadi boleh bakar 1 loyang je setiap masa. Jadinya agak penat kene berdiri dan sentiasa uruskan masa untuk bakar roti. Alhamdulillah dengan sedikit untung yang dapat dengan jualan roti dan popia dapat lah aku beli 1 lagi oven yang agak besar dan 1 bread maker yang agak besar. Alhamdulillah, moga lebih banyak rezeki untuk aku dan lebih cepat boleh siapkan roti. 

Masa dulu, kalau masa dah tinggal 40 atau 30 minit kene buka penutupnya sebab tak muat kalau tak buka


Sukatan 3 cawan setengah memang akan melimpah gini


Mereka lah QC yang sebenarnya

Beli yang lebih besar, yang boleh buat loaf 1.5kg

beli jenama sama, mudah sebab dah tahu cara dia

Beza ukuran mangkuk dalam nya

BM yang besar tu ada 2 blade untuk menguli

oven lama yang atas tu, boleh muat 1 loyang je sekali masak... oven baru boleh masak 4 loyang sekali
Kalau 1 adunan dapat 3 loyang, sekali je masuk tak perlu masak satu-satu

Friday, February 12, 2021

RESEPI BIHUN GORENG PUTIH @BIHUN SINGAPURA

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsi resepi yang sangat mudah dan ringkas. Bihun goreng putih atau orang panggil bihun singapura. Aku suka masak bihun ni sebab ringkas tapi Aiyan pulak tak berapa minat, dia suka bihun merah. Tapi sesekali dah teringin kita masakla.

Bahan-bahan nya:

1 bungkus bihun ( rendam malam)

5 ulas bawang putih, kisar

2 biji bawang besar kisar

Sejemput ikan bilis, kisar

1 sudu sedang serbuk lada hitam kasar

1 biji kiub ayam

Sedikit udang dan kerang (lauk apa pun boleh)

Tauge

kucai

Sedikit air

Garam

Sedikit lobak, potong memanjang

Cara masak: 

- Tumiskan bahan kisar hingga separuh masak dan masukkan serbuk lada hitam. Masak lagi pecah minyak, masukkan garam

- lepas tu masukkan kiub ayam, lobak merah, kerang dan udang gaul rata.

- masukkan bihun yang telah rendam, gaulkan rata dengan bumbu lepast tu masukka sedikit air dan tutup dengan penutup guna api kecil masak untuk beberapa minit.

- buka penutup untuk gaulkan supaya bihun masak sekata, bila nampak dah lembut semua boleh masukkan daun kucai dan tauge, gaul kejap dah siap.

Edy beli bihun beras perang... ok ke rasanya

Bahan utama

Suka pedas boleh lebihkan lada hitam

Pastikan masak betul

Masukkan lauk dia... 

Gaul rata semua.. tambahkan air sedikit dalam 1/2 cawan

Tutupkn tau... 

Nampak dah lembut semua masukkan kucai dan tauge

Siap


Selamat mencuba

Thursday, February 11, 2021

PHOTO DIARY #6/2021

 Assalamualaikum semua,

Hari ini terbuat entri awal pulak, BDR kan hari ini sementara fikir nak masak apa. Kita buatla entri PD dulu yek.

Jomla kita layan cerita bergambar.

Buat latihan sambil tengok video arahan dari cikgu

Tepi sofa ni memang tempat lepak cik tam... tapi selalu bila atok dia duduk kat sofa memang dia akan datang

Gambar minggu lepas, cuaca terang je... langit biru je tanda hari yang panas terik tanpa awan

Waktu tengahari hingga petang dalam pukul 3 atau 4 memang diaorang akan lepak dan tidur dekat depan ni... kasut aku tu dah letak dalam rak pun boleh tercampak situ

Ini satu lagi bantal gebu, apa bestnya entah lepak sini

Adik ipar aku yang baru berjinak-jinak nak cuba menanam , tengah buat persiapan tu

Kalau atok dia duduk atau baring kat sofa, antara 2 ekor tu mesti akan naik lepak sini

Hahahaha asal boleh je, kalau ada pesanan buat roti kene tulis gini takut lupa 

Waktu lunch kalau aku tak bawak bekal dan malas nak keluar cari makanan, buat air kopi o panas cicah dengan biskut tu

Semalam kan pasar malam boleh beroperasi, ini la tempat pertama ku tuju

Beli juga sate kebetulan ada maktek datang, sebab aku hantar Aiyan minta tolong jagakan

Hambik... ini hasutan syaitan, ikutkan nafsu

Memang sedap yong tau fu adik tu... sayang aku lupa nk mintak sup

Terjumpa tomato hijau di pasar, terus beli ingat nak masak sambal tumis tomato yang macam emak biasa buat 

Wednesday, February 10, 2021

COMEL KE IDOK

 Assalamualaikum semua,

Hari ini kerja di pejabat, sendiri je. Aiyan minta tolong maktek jagakan sementara dia masih lagi BDR. Sekarang Edy pun setiap hari kerja dah tak `standby` macam sebelum ini. Bulan lepas aku ada pesan baju dengan adik ipar, dia ada kedai untuk cetak baju dan beg. Minta dia buat baju kartun `among us` sebab Aiyan minat sangat. Letak sekali nama pada baju tu, minggu lepas sampai dah bukan main suka lah budak kecik tu. Kalau boleh hari-hari nak pakai baju tu.

Gambar kartun dengan tuan nya sama naik comel perutnya ehehehe




ini lagi satu, among us versi kucing heheheh


ini baju yang ketiga, tapi kali ni lupa nak letak nama