Tuesday, March 9, 2021

DIA DAN ROTI TELUR BAWANG

 Assalamualaikum semua,

Seperti kebanyakan kanak-kanak lain yang tak suka makan sayur, buah dan bawang Aiyan pun sama je. Tapi yang ajaibnya bila dia makan sendiri segala sayur, walaupun ayam dan bawang dia akan tolak tepi. Bila aku suap dia mengangga dan makan je semua walupun tauge yang ranggup, segala kucai dan bawang tanpa kompromi. 

Hampir setiap pagi aku akan pesan roti telur bawang untuk sarapan. Aiyan pula makan mehun goreng separuh, tetapi dia akan mintak jugak roti telur bawang aku. Dari sehari ke sehari bila dia makan selalu dia pun suka roti telur bawang, sebab katanya bawang tu rasa manis. Sekarang kalau sarapan di hujung minggu makan di kedai mana pun dia mesti mintak roti telur bawang 😁. Itu la kisahnya

Ini untuk aku, tapi habis je mehun tu mesti dia kata nak sikit...

Kadang aku pesan sebijik untuk dia, bilamana aku rasa nak makan sebijik roti telur bawang

Hujung minggu sarapan diluar, pun dia makan roti telur bawang..  sampaikan papanya pun macam tak caya.. tapi licin

Monday, March 8, 2021

BELI CINCIN DI ORODESIGN

 Assalamualaikum semua,

Perempuan dengan emas memang tak boleh di pisahkan. Minggu ni tengok ramai orang beratur panjang di kedai-kedai emas. Almaklum harga emas tengah turun dan iSinar pun dah ramai yang dapat kan. Semalam keluar nak beli barang tengok kat kedai emas di wangsamaju bukan mainpanjang orang beratur. 

Masa gaji bulan 12 aku ada main kutu 3 bulan dengan kawan. RM100 sebulan untuk 3 bulan, jadi bulan 2 dapat giliran aku. Jadi aku usha lah cincin emas, nak usha gelang mau kene tambah banyak ratus hehehhe. Kawan aku ada ikut jual emas ORODesign secara online jadi aku pun usha la. Cantik-cantik cincin yang di jual, jenis cincin yang simple dan harga bajet. Ada juga harga mahal tapi tak banyak. 

Pilih-pilih aku berkenan design bunga ini, cuma itulah saiz pulak takde untuk aku. Yang aku pilih agak longgar untuk jari manis, jari lain aku tak minat pakai cincin. Sudahnya cincin ni duduk jelah dalam bekas tak di pakai sebab longgar huhuhu. Takpelah nanti kot dapat balik kampung kalau muat kat mak aku, bagi kat mak. Cincin ni cuma RM550.00 sahaja murah kan. 

cincin dan dapat brooch comel

comel je bentuknya


Pakai di jari kiri, longgar sangat 

pakai di jari manis belah kanan, longgar jugak... boleh tertanggal tanpa sedar

Kalau nak pakai juga kene pakai macamni, atas tu cincin yang aku pakai selalu macam stopper lah

AKu bukan jenis pakai cincin banyak-banyak untuk 1 jari, jadi simpan jelah

Friday, March 5, 2021

RESEPI MI GORENG BOLOGNESE

 Assalamualaikum semua,

Sebelum ini aku pernah kongsi Vits Italian, Mi Goreng Aglio Olio kan hari ini aku nak kongsi mi goreng yang bolognese pula. Kita nak rasa jugak kan apa bezanya.

Bagi aku, aku pilih yang aglio olio memang jauh lebih sedap dan berperisa itali. Bolognese ini sedap juga tapi rasa masam agak terlalu menonjol. Tapi kalau peminat bolognese memang pasti akan suka. Boleh rasa tomato yang di keringkan, perisa masam-masam itu, kene di imbangi dengan rasa pedas. Mungkin lain kali aku kene tambah sedikit sayuran dan cili api serta kurangkan penggunaan bases soup itu.

Bahan-bahan:

4 paket mi goreng bolognese (celur dan toskan)

Bahan rempah mi goreng

3 ulas bawang putih, hiris nipis

4 biji bawang merah kecil, hiris nipis

12 ekor udang

1/2 cawan air

Cara Masak:

- Masukkan minyak dari paket mi goreng ke dalam kuali bila panas masukkan bawang goreng hingga layu.

- Masukkan rempah sup mi goreng bolognese dan tomato kering, tambahkan sedikit air tumiskan kejap lepas tu masukkan udang kacau hingga udang masak

- Kalau kering sangat tambah sedikit air dan masukkan mi, kacau hingga sebati semua rempah dan boleh matikan api. Boleh hiaskan dengan sedikit lagi tomato kering atas mi goreng. Siap

kita cuba mi goreng yang ini ya

ini rempah nya, mungkin sebab takde rasa pedas pada mi goreng ini itu yang kurang kick

Tumiskan hingga naik bau dan layu

Memang kuat bau tomato dalam base soup ini tau

Selain udang boleh je tukar lauk lain atau kalau tak nak bagi pun takpe... udang ini menyeimbangkan rasa masam tu

bila udang dah masak baru boleh masukkan mi, biar ada air sikit 

Dah siap... warna dia cantik

Bau dia memang agak masam , bau tomato

Thursday, March 4, 2021

PHOTO DIARY #9/2021

 Assalamualaikum semua,

Dah sampai hari khamis, terasa penat minggu ini. Bila rutin jadi supir dah bermula memang terasa la agak penat. Tengah hari sekarang kan panas membahang. Nak buat macamne dah rutin dan tanggungjawab kene lah buat dengan hati gumbira.

Jom lah kita layan cerita bergambar ya.

Kerjanya buat sepah, berkejaran berlarian kadang naik geram... kurung kejap dalam sangkar ni

sampai akhirnya tertidur 3 beradik tu 

ini lah kerjanya menyepah, karpet tu pun rupa ada dah jadinya... yang kecik ni sekarang dia punya nakal kalah kakak dan abang mereka

pipu nya tak bekalkan baju spare, udah dia membuang air besar... pinjamla baju abang Aiyan

maklong nak ambil gambar, dia buat muka gini... udah rupa jubah ke apa entah hahahha 

Ahad lepas makan kat kedai, layan betul tosei ni, ranggup lak tu paling suka cicah yogurt dan pudina

lepas tu ke nurseri nak beli tanah dan tertengok bunga ini... cantik kan?

Walaupun ruang kat rumah dah takde tapi tulah, terbeli tanpa sengaja.... sampai Edy perli kata tanam dalam bilik tidur hehehhe 

pokok ulam raja nak sepokok kecil dah berbunga... 

petang hari pertama sekolah, masa balik ni nampak kepenatan dia sampai gitu sekali tidurnya

ambil dia di hari ke 2, nampak masih lagi handsome kan tapi bau dia masammmm oi

masa tu aku BDR jadi lepas ambil dia terus balik rumah... 

tengahari malas masak tapi perut lapar, dalam pukul 3 petang siap masak spaghetti carbonara sosej... kira lunch dan dinner sekali

Memang jatuh cinta betul dengan bekas tupperwar macamni, suka bila hidang dan boleh nampak isi dalamnya

Bila dah mula kerja setiap hari, aku cuma buat roti untuk yang PM tepi je... buatlah 1 adunan dapat 3 bekas gini je

Wednesday, March 3, 2021

KOTAK KEJUTAN

Assalamualaikum semua,

Aku nak cerita semalam petang aku dapat kotak kejutan, `mystery box` hehhehe. 
Petang semalam dalam pukul 5:00 dengar ada orang bagi salam dan panggil nama aku. Aku pun jenguk dan dia mintak nombor ic, lepas dah cakap terima kasih aku macam pelik, rasanya aku takde beli apa-apa kat shopee. Tapi memang dia sebut nama aku bukan nama Edy. Aku pun jenguk la dari dalam grill, nampak nama adik bongsu aku. Wahhhh kiriman dari keluarga johor, gembiranya dalam hati.

Terus angkat bawak masuk dalam rumah dan buat `unboxing`. Dalamnya ada kerepek pisang tanduk dan kuih goyang. Emak buat sendiri kerepek pisang tanduk tu, memang sedap tak masin, tak nipis sangat memang sedapla. Kuih goyang tu mak tak buat, malas katanya dia beli kat jiran aku pun sedap cuma kuihnya hancur. Yelah kuih goyang kan rapuh, tapi takpe tetap sedap ku makan. Terharu sedih gembira semua perasaan ada, terima kasih buat keluarga tercinta sentiasa ingat pada kami yang tak dapat balik kampung ni. Kerepek tu 2 balang untuk aku, 2 balang  untuk maktek.

Kotak besar, memang aku dok pikir-pikir lah mana ada membeli belah kat shopee hehehhe

nampak nama adik aku tu, farid amirul terus gumbira

ringan dan besar... mak takde pulak sebut-sebut buat kerepek masa aku call baru-baru ini... pandai buat kejutan yek

kuih goyang yang hancur, yelah kuih goyang jiran aku ni memang rapuh tapi sedap... tak berminyak

ini lah yang paling sedap... tebal dia pun sedang elok


2 balang besar kerepek pisang, 2 balang besar kuih goyang dan 2 balang sedang kerepek pisang

Tuesday, March 2, 2021

APAM DAN SERI AYU SEDAP...

 Assalamualaikum semua,

Ceritanya pada ahad baru ini, dapat jumpa dengan kawan blogger. Akak Nurin, blogger Mama SaraNur. Aku follow ig nya jugak, dok tengok dia tunjuk kuih-kuih segala macam kek tergoda. Yelah aku ni kalau kuih manis atau kek memang tak berapa rajin buat jadi kita pun tempahla dengan akak Nurin ni. 

Aku tempah seri ayu coklat keju dan apam gula hangus. Pagi ahad tu lepas dari membeli tanah di nurseri tunggu lah untuk ambil kuih. Jumpa nya pun kejap je, panas membahang walaupun baru pukul 11 lebih masa tu. Terima kasih kak, sedap sangat kuih akak tu. 

Masa tu aduhai menahan panas je kami berdua

bijak kan aku ambil welfie gini... nampak muka je tak nampak perut besar ku hehehhe 

kalau ada sesiapa yang nak mencuba pesan

sedap, ini paling cepat habis di kerjakan Aiyan

seri ayu coklat keju

ini pulak apam gula hangus... bau dia ya ampun sedap wei

gebus...

bagi pada jiran sikit, cantik ke idok bekas tupperware tu hehehe

Monday, March 1, 2021

SELAMAT BERSEKOLAH ANAK-ANAK

 Assalamualaikum semua,

Hari ini 1 Mac 2021, hari pertama Aiyan masuk sekolah secara bersemuka di darjah 4. Dia seronok lah dah lama tak jumpa kawan-kawan dan cikgu. Barangan sekolah dia semua pakai yang tahun lepas punya yang baru cuma stokin  dan beg sekolah. Itu pun sebab stokin lama entah hilang ke mana, beg baru tu pun pakai yang dapat masa ada majlis tahun 2019. 

Semoga anak kita semua sentiasa dalam LindunganNya. 

Semalam sebelum potong rambut, serabut aku tengok rambut dia

Malam tadi dah handsome kan... 

Nasibla baju dan seluar tahun lepas masih lagi muat

Rutin baru aku lah... teman dia sarapan setiap pagi