Friday, March 14, 2025

RESEPI MURTABAK AYAM

 Assalamualaikum semua,

Aku dah lama nak kongsi resepi ini tapi asyik lupa je. Tetiba datang idea untuk dijadikan frozen dan jual di kedai. Intinya boleh juga dibuat inti popia atau samosa. Mudah dan ini sesuai untuk bulan puasa kan. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:

5 ulas bawang putih, cincang

1 biji bawang holland, potong dadu

2 pek kecil serbuk kari , bancuh dengan air panas

3 biji kentang, potong dadu

1 kiub ayam

4 keping ayam kisar Ramly

Gula dan garam

1 mangkuk daun bawang ( boleh tukar daun lain)

Kulit popia

4 biji telur

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih dan bawang holland hingga kekuningan.

- Masukkan bancuhan kari, biarkan untuk 5 minit biar serbuk kari masak.

- Masukkan kentang dan kuib ayam. Tutupkan periuk dengan penutup masak dengan api kecil hingga kentang empuk.

- Masukkan ayam kisar, kacau hingga hancur semuanya. Tambahkan gula dan garam.

- Akhir sekali masukkan daun bawang, masak hingga inti kering dan matikan api. Sejukkan

- Ambil beberapa senduk inti, campurkan dengan telur. Letak di tengah kulit popia, dan goreng dalam kuali pan dengan sedikit minyak. Bila dan kekuningan boleh angkat dan siap.









Biarkam hancur isi ayam kisar tu

Kalau letak daun sup lagi sedap bau








Pastinya inti banyak

Untuk dibekukan

8 comments:

  1. Wah..macam nak kena try buat nih...TQ Dana!

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Dana, thanks kongsi resepi tau.

    ReplyDelete
  3. Wah…siap jual frozen tu. Kalau dekat, mau akak beli je dari Dana.

    ReplyDelete
  4. rajin Dana, senang guna kulit instant spring rolls ni kan rangup pun rangup :)

    ReplyDelete
  5. Sedap sangat ni Dana.
    Kak Amie dulu rajin buat. Berkeping-keping masuk perut.

    ReplyDelete
  6. Thank you bg idea potluck umah kakak ipar. Buat comel2 je kan

    ReplyDelete
  7. Menariknya sbb pakai kulit popia.. Nak cuba jugalah.. thanks for sharing the recipe :D

    ReplyDelete
  8. puasssss hati buat sendiri letak inti banyak! hehe

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...