Friday, August 18, 2023

RESEPI TUMIS TOMATO TELUR

 Assalamualaikum semua,

Dah lama terliur dengan resepi tumis tomato telur ni, kebetulan minggu lepas blog namakucella ada kongsi terus la buat cuma aku tambah bahan sikit. Sedap tau cuma kalau guna tomato banyak lagi mesti best. Bekalan tomato dah habis masa tu. Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan:-

6 biji telur ayam

2 biji tomato potong dadu kasar

3 ulas bawang putih- ketuk

1 plastik cendawan enoki

sedikit serbuk lada hitam

sedikit sos cili

garam/ gula

Cara masak:

- Panaskan minyak masukkan telus, goreng macam buat telur scrambel tu. Lepas tu ketepikan.

- Tumiskan bawang putih dan tomato, masak hingga tomato hancur. Masukkan gula sedikit

- Masukkan cendawan enoki hingga layu, masukkan sedikit serbuk lada hitam. Gaul kan

- Masukkan telur yang kita dah goreng tadi, tambah sos cili dan gaulkan hingga sebati. Masukkan garam akhir sekali. Siap












25 comments:

  1. nie kalau buat inti roti pun sedap...mcm sandwich gitu..tambah slice cheese plak

    ReplyDelete
  2. ooo senang aje buatnya...x pernah buat style macam hi..selalu buat macam telur dadar tu tapi letak tomato.tengah2 dia...boleh la cuba nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap jugak kak sesuai untuk sarapan, utk bt lauk pun boleh

      Delete
  3. wah..makan mcm tu pun sedap ni.. leh try buat utk dinner nanti ni.. tq tq for the recipe..

    ReplyDelete
  4. kena cuba ni sbb belum pernah jumpa menu ini... mesti sedap kan?

    ReplyDelete
  5. ini kepit mkn dgn roti pun jadi ni! arrhhh sedapnyaaa hehe

    ReplyDelete
  6. Kreatif masakannya mesti sedap tu

    ReplyDelete
  7. Sedapnya makan panas. kalau saya jumpa begini, ratah begitu saja.

    ReplyDelete
  8. Bertambah unik dengan tambahan enoki tu.

    ReplyDelete
  9. Wahhh makasih banyak ya resep tumis tomato telurnya! Nanti mau aku coba buat ah :) kira-kira kalo ditambah jamur enak enggak ya? Tel U

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kalau tak suka rasa cendawan tu tak payah letak pun ok

      Delete
  10. makan dengan roti pun sedap nih, boleh buat bekal anak-anak ke sekolah juga.

    ReplyDelete
  11. Semua bahan yg diletak tu semua makan. Boleh cuba nanti....

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...