Friday, August 4, 2023

RESEPI SARDIN PECAH TELUR

 Assalamualaikum semua,

Terlupa nak up entri rupanya, pagi tadi sibuk melayan kawan-kawan pejabat lepas tu melayan boss borak pasal politik. Waktu rehat jelah kita up mana yang patut ya. Kawan pejabat suruh masakkan sardin dengan telur, nampak sedap itu hujung minggu nya aku masak kat rumah pulak menu gini. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:

1 tin besar sardin (aku guna sardin adabi saja nak cuba selain jenama ayam)

2 biji telur

4 ulas bawang putih, hiris

2 biji bawang merah, hiris

5 biji cili api, potong 2

Garam secukupnya

Sedikit kicap lemak manis

Air secukupnya

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili api hingga layu.

- Masukkan sardin, gaul-gaul tambah air 1/2 cawan lepas tu masukkan sedikit kicap .

- Kita masukkan telur, biarkan telur masak. Jangan gaul nanti pecah lak, boleh tutupkan periuk supaya telur cepat masak.

- Aku suka kuning nya tak keras, tambah sedikit garam matikan api.

- Sedap makan dengan nasi panas dan ulam. Bertambah makan







kuningnya masih lembik lagi...sedapnya

22 comments:

  1. wah sambal sadin bertelor sedap tu

    ReplyDelete
  2. Hari ni pun makan tengah hari lauk sardin sambal

    ReplyDelete
  3. x pernah buat but mcm menariks jugak ni.. leh try nanti..

    ReplyDelete
  4. Tiba2 terkeluar resipi ni dan terbaca pulak. Ok next nak masak. Tq. Bagi idea. Hehe

    ReplyDelete
  5. sardin skrg dah jadi makanan kayangan skrg. teringat zaman kanak2 dulu. jika x de lauk nak dimakan, mak suruh pi beli sardin di kedai runcit utk dimasak...skrg x lagi camtu. huhuhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye dulu sardin murah itu pilihan orang susah tapi sekarang sardin dah kayangan dah

      Delete
  6. sedap ni Dana. akak pun baru buat Sambal Sardine tak terfikir lak nak letak telur. nnt buat la.

    ReplyDelete
  7. waahhhh sambal sardin telor goyang ! sedappp mkn dgn nasi panas panas hehe

    ReplyDelete
  8. Kombinasi telur dan sardin. 2 jenis makanan popular dalam satu hidangan.

    ReplyDelete
  9. 2 in 1 ye Dana.
    Sedapnya lauk begini. Jangan cari lauk lain dah. Nikmati sepenuhnya dengan nasi putih.

    ReplyDelete
  10. Menu ni belum cuba lagi. Sardin ada lagi setin tu, nanti bolehlah cuba. Masa viral haritu tak sempat nak mencuba lagi. Memang sedap tu makan dengan nasi panas dan ulam.

    ReplyDelete
  11. Tak pernah lagi masak macama ni..nanti nak cuba la

    ReplyDelete
  12. sardine heritage ke apantah..yg dalam peket tu pun sedap jugak.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...