Assalamualaikum semua,
Ya Allah sibuk dari pagi waktu rehat baru ada masa untuk buat entri. Jom aku kongsikan resepi tumis kacang panjang dengan udang. Ringkas tapi pastinya sedap dan menyelerakan.
Bahan-bahan:
1 mangkuk udang
1 biji bawang merah, potong nipis
4 ulas bawang putih, ketuk
5 biji cili api, potong 2
12 batang kacang panjang, potong sedang
sedikit serbuk kunyit
garam
Cara masak:
- Gaulkan udang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
- Panaskan minyak masukkan udang goreng hingga udang separuh masak
- Masukkan bawang dan kacang panjang, gaul-gaul tutupkan kejap kuali dengan penutup.
- Bila udang dah cukup masak tambah garam sikit dan matikan api./
Siap senang dan mudah
makan malam ringkas je ada lauk dan sayur dah |
1 jenis pun boleh buat bertambah nasi ni
ReplyDeleteitulah bahaya kan
DeleteKalau akak biasa guna kacang buncis..kacang panjang x masuk akalu kat rumah akak..xde yang minat..
ReplyDeletedana dua2 ok kak, kebetulan aritu beli kacang panjang ni masih ranggup masa pi eco
DeleteLama tak beli kacang panjang ni. Selalu kacang buncis. Boleh masak ni la pulak...
ReplyDeletedapat kacang panjang yg elok keras lg sedap jugak.
DeleteGood tips. Tq....
Deletekalu akak kacag dn telur tumis he hee sb x mkn udang
ReplyDeletepun boleh jugak kak... apa2 blh ganti sebagai lauknya
Deletebanyak udang sedap goreng kacang panjang
ReplyDeleteUntung jadi kacang panjang. Walau pun dah dipotong2 pendek, tetap dipanggil orang kacang panjang. Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan jejak di blog Pak Ngah.
ReplyDeleteWah.. Ada udang.. Asyik sangat nie..
ReplyDelete