Tuesday, August 8, 2023

KETUMBAR JAWA KU

 Assalamualaikum semua,

Pokok ini mulanya kecik je lepas guna baja Ajimino beli kat Eco Shop baru nampak kembang dia. Tapi itulah aku nk baru beberapa kali je ambil daunnya. Baru-baru ini dah berbunga dia, bukan main gembira hati. Aku nk biakkan biar banyak hasilnya, mudahla nak bagi kat sesiapa kan. Ketumbar jawa ada jugak yang panggil ketumbar siam atau culantro. Dulu aku tak suka sekarang suka lak dengan aromanya, lagi la masukkan dalam sos thai.

Bagi aku lebih mudah tanam ketumbar jawa dari ketumbar biasa tu. Pernah tanam ketumbar biasa tapi aduhla jadi halus je entah salah cara kot heheheh.

masa ni kembang mekar dah tapi tak diguna juga daunnya

baru muncul bunga nya


dah makin berkembang bunganya ni

10 comments:

  1. lebar-lebar dah daunnya tu..daun tu keras kan cuma ambil buat bau je kan Dana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak keras kak, yang keras daun tajam2 kt bunga dia tu

      Delete
  2. subur ketumbar jawa unik bunganya

    ReplyDelete
  3. Besar-besar daun ketumbar jawa.

    ReplyDelete
  4. oh ini ketumbar jawa, utk masak apa ni Dana

    ReplyDelete
  5. Bunganya nanti tu boleh dibuat benih. Banyaklah nanti anak benih ketumbar jawa tumbuh.

    ReplyDelete
  6. Wahhh..nak beli baja tu jugak la. Ketumbar jawa kite kurus beno. Sian nengoknye 😂

    ReplyDelete
  7. Seronok kalau hasil tanaman menjadi. Besar daunnya tu. Tak pandai nak guna ketumbar jawa ni. Elok juga menanam taklah susah nak membeli.

    ReplyDelete
  8. Walau x tau kegunaan ketumbar jawa ni untuk apa..akak kagum dia suber membesar macam tu..

    ReplyDelete
  9. pernah guna daun ni buat masak tomyam.. sebab ada kawan suami kata guna daun ni lagi sedap dari daun ketumbar biasa

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...