Thursday, August 24, 2023

PHOTO DIARY #30/2023

 Assalamualaikum semua,

Bertemu lagi kita di hari khamis yang sejuk ni, hari ini bermulalah hari wajib berbaju batik untuk semua kakitangan kerajaan kecuali badan beruniform. Mujurla aku memang ada dah baju bermotifkan batik malaysia, tak banyak tapi kira ada lah. Cumanya yang malas bila kena gosok baju tu, dahla aku banyak jenis kain kapas itu yang malasnya. Terbebel panjang lak, oklah jom layan cerita bergambar.

gambar dari tingkap tingkat 8 tapi sayang dah ditutup bahagian ini... cantik kalau dapa lepak kat tepi ni

kalau dah stokin hitam tapak kaki pun hitam jugak la kan

teringin layan kari kepala ikan... beli la 2 keping ikan merah dan 2 keping ikan kerapu

mencari asam pedas telur mayung, tapi sayang tak sedap asam pedasnya

kegemaran dia, croissant bila ke eco bakery

aku rajin semai pokok bunga ros kat bekas ni, ini antara yang hidup 

hari membaja selalunya sabtu atau ahad

ada pegawai pejabat ni kursus di langkawi, bagi coklat untuk kongsi dengan kawan pejabat


daun kesum dan kunyit ambil tepi rumah

dah berbunga orkid beli kat pasar tani

nama sama mawar tapi lain bentuk , warna dan bau

bila dia takde kawan di transit

baju batik kita hari ini

12 comments:

  1. besar btul kepala ikan tu...mmg sedap tu kalau masak kari

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak cukup utk 2 hari makan sbb banyak betul isi nya

      Delete
  2. Subur segar daun kesum Dana, seronok memasak guna tuaian sendiri ni.

    Lepas ni bolehlah Dana beli baju batik ironless, material moss crepe. Nampak ada orang jual, cuma tak pastilah motif batiknya tu menepati tak motif Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah beli aritu kak, cumanya kebarangkalian utk tersama dgn org lain adalah tinggi kalau beli gitu heheheh

      Delete
  3. Hari khamis kena pakai batik
    Tudung tak kena batik sekali erk

    ReplyDelete
  4. wahh... segar bugar daun kesumnya. Kita punya kuruih je

    ReplyDelete
  5. Alamak potong selera kalau masak asam pedas tidak sedap.

    ReplyDelete
  6. Cantiknya bunga mawar. Macam2 warna pulak tu. Telur ikan mayung? Tak pernah rasa lagi...

    ReplyDelete
  7. Kain kapas memang selesa pakai tapi nak menggosok tu malas betul kan

    ReplyDelete
  8. Alamak..terus rasa nak makan kari kepala ikan..eh nak sampai hari nikah selera bukan main plak mengada kan...

    ReplyDelete
  9. tu la pasal..kena la rajin iron batik utk hari khamis pas ni

    ReplyDelete
  10. Sha pakai batik yang jenis ironless je Dana.. kikiki..
    Aduh tak berapa best pula asam pedasnya ye..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...