Tuesday, August 29, 2023

JUMPA SAYUR RARE

 Assalamualaikum semua,

Hari tu masa aku cabut rumput kat tepi rumah aku ternampak pokok ni kt dalam pasu bunga ros kat rak. Nak cabut tapi aku sayang sebab takut macam sayur yang biasa aku jumpa kat kampung. Lepas tu minggu lepas bila tengok semula dia dah besar dan memang sayur meranti. Aku terpaksa biarkan tunggu dia keluar biji benihnya, boleh tanam biar banyak. Rasanya entah burung ke serangga yang bawa benihnya kot. Sedap sayur ni cumanya kat Johor je ada kat KL dan Selangor memang tak pernah jumpa. 

Ini ada sikit penerangan pasal sayur meranti ini di sayur meranti

kecik lagi masa ni

makin besar


memang sah pokok meranti bila tengok bunga dia.

17 comments:

  1. sayur apa erk...yang bawah sekali tu pokok cili kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada penerangan kt sini tu kak... cer klik. Bukan bunga cili tu kak hehhhehe

      Delete
  2. pokok meranti...mak bapak je makan..anak2 x makan dah...hihihi...lagi satu..x aw nama melayu nye apa...kitorg selalu pgil "kodong soor" hihihi...ad buah yg nie..sedap buah dia...pun lama dah x nmpk pokok nye..buah nye pun jd saur lah..x boleh makan mentah gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, tapi nostalgia betul sayur ni... saya suka

      Delete
  3. wah..memang rare ni, x pernah plak

    ReplyDelete
  4. first time tengok, taktau sini ada ke tak, tapi if pahit2 ni kecuali peria, mmg tak suka 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni memang sayur kampung yang kira liar jugak wei

      Delete
  5. Nadib baik hidup subur membesar sayur meranti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah cuma kesian pokok bunga ros tulah kene berkongsi dengan depa

      Delete
  6. Tak ingat dah bila kali terakhir makan sayur meranti.
    Kalau masa kecik memang selalu mak/kakak masak, sebab mak tanam tepi rumah sayur ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana kalau balik johor dapat la jumpa kak, suka sayur ni

      Delete
  7. Pokok sayur meranti.. ok nak cari la anak pokok dia :D

    ReplyDelete
  8. Sayur ini juga banyak dikenal di Indonesia. Dan berkhasiat sangat untuk memperbanyak ASI bagi ibu yang sedang menyusui. Biasanya direbus atau dimasak lodeh. Pakai sambal sedaap 😄. Saya suka sangat sayur soalnya. Jadi tahu juga sayur ini

    ReplyDelete
  9. Betul tu Dana. Pokok sayur meranti. Di LD memang tak pernah jumpa. Kalau hendak makan tunggu balik kampung emak di Malaya. Kecik-kecik dulu emak suka buat keluban campur kangkung kampung.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...