Thursday, August 3, 2023

PHOTO DIARY #27/2023

 Assalamualaikum semua,

Setelah beberapa hari panas dan kering, pagi ini tiba-tiba je hujan dalam pukul 7 pagi. Ni pun masih dalam keadaan mendung je cuaca nya. Apa ye nak dibebelkan, semalam petang masa aku siram pokok Cik Bu lari dari rumah, dia dok kejar kucing hitam. Dekat 30 minit aku dengan Aiyan cari, dia menyorok bawah kereta. Geram betul aku, lepas ni memang aku tak bagi dia keluar makan rumputla. Dia punya garang tu lain macam, kucing hitam tu tak usik dia pun. Lepas dah dapat pegang dia tu masuk rumah aku bebel lah, geram tau peel nya.

Oklah jom kita teruskan dengan cerita bergambar ya.

Bila dah tua ni kan, kadang malas nak berfesyen sangat, kadang pakai sembarang je janji selesa

Tengah cabut rumput tiba-tiba terkena duri bunga ros, sakit berdenyut jugak. Itulah suruh pakai sarung tangan malas

payah sangat nak jumpa sukun yang lemak manis sedang elok kejadiannya

lontong ada cendawan hitam ni sedap betul

serangga aku paling benci.... lipas dengan cicak aku tak heran


Sejenis tak suka bukak lampu bila dah lepas rehat... tapi tak gelap pun

bila senyap je tu memang tertidur la dia


dah nak keluar bunga ketumbar jawa

menunggu dia membesar

jarang-jarang 5 orang geng wanita berkumpul dalam bilik aku

kusyuk betul dua orang ni kan

lapar katanya balik dari sekolah

25 comments:

  1. Sini hujan dalam pukul 3 pagi.
    Lontong ada cendawan hitam itu siapa yang buat?

    ReplyDelete
  2. sedapnya lontong..memang teringin nak buat tu plus sambal sotong..emm dap dap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambal sotong mmg sesuai sangat gu ngn lontong kan kak

      Delete
  3. Ishhh, sukun goreng sedap. Lontong pun sedappp. Geramnya tengok ketumbar jawa tu. Gemukss betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas akak guna baja ajinomi dari eco tu nampak gemuks

      Delete
  4. Pandai akk tanam pokok ya....menjadi

    ReplyDelete
  5. memang akak pun tp amik gambar gak sbb sakit ati

    ReplyDelete
  6. Semalam hujan, lepas tu malam pula panas bahang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini hujan nya kejap je kadang tak sempat basah bumi

      Delete
  7. Cantik ros. Wah.. bendi pun ada. Senang nak buat ulam.
    Ulat bulu tu, bahaya. Jangan bagi kena, sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana suka bunga ros dan orkid kak.... ulat bulu memang paling anti

      Delete
  8. waduhhhh lontong & sukun menggodanyaaaaaa :P

    ReplyDelete
  9. dah lama tak makan sukun goreng, tak pernah lagi jumpa orang jual dekat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. payah nk jumpa pun... kdg ada jumpa tp lum sesuai goreng tak sdp lak

      Delete
  10. Aduiii...sakit la kalai duri rose ..macam duri pokok semalu kan...
    Sedapnya sukun...memang payah naknjumpa orang jual suku

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sakit kak, sukun ni pun sebab pi pasar tani

      Delete
  11. Alamak! Ulat bulu ke tu Dana?
    Saya pun rindu nak makan sukun goreng tapi tak jumpa-jumpa buah tu!

    ReplyDelete
  12. Pagi ni pun tiba tiba je hujan. Alhamdulillah..
    Sedapnya sukun goreng, lama tak makan. Lontong pun sama.

    haritu saya pun kena duri bunga ros masa potong dahannya, sakit sampai bengkak lah. Hampir 3 bulan sampai sekarang ni dia bengkak tapi tak sakit dah. Ada kena dua tempat kat jari, satu tu kejap je elok sehari dua. Satu lagi tu agaknya sampai kedalam tercucuk, itu yang sakit tu. Mak mentua cakap, kalau kena duri bunga ros ni kadang boleh bernanah. Mujurlah dia hanya bengkak je.

    ReplyDelete
  13. Alamak ulat bulu..kalau kena kat kulit gatal...sedap plak nampak sukun goreng tu..sukun pun dah mahal dah harganya skrg

    ReplyDelete
  14. Pagi Khamis tu memang lebat hujan...naik bus dari seremban ke kl jalan pun jadi semput2...pastu bus sejuk melampau. kesian lutut kita ahakss

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...