Thursday, February 2, 2023

PHOTO DIARY #4/2023

 Assalamualaikum semua,

Yelah hari ini khamis kan, mentang-mentang semalam cuti terus rasa hari ini isnin hehehhe. Pagi tadi pukul 4.30 pagi dah bangun ada tempahan buah untuk 20 orang, tembikai dan oren. Jadi awal pagi tadi dah bangun untuk sediakan buah, gitulah sejak jadi pembekal buah ni hehehhe. Tak sabar nak tunggu jumaat sampai sebab nak rehat puas-puas bila hujung minggu. Jadi kalau Edy kerja sabtu  aku tak kisah pun lagi suka sebab boleh bermasalan di rumah. 

Oklah terbebel panjang pulak, jom kita layan cerita bergambar ya.

Antara tugas yang lain-lain bagi jawatan setiausaha, kadang bila tengahari Boss keluar makan pastu pukul 2.30 ada meeting aku lah yang kene hantar blazer, tie, buku dan pen untuk dia kat lobi bangunan. 

waktu rehat di hari jumaat, selalu aku lepak kat bilik je...masa ni aku duduk kat sofa tepi bilik ni... 

Minggu lepas pejabat kami ada buat kursus myportfolio, ni baru separuh je ni

minggu ni belum minum jus buah lagi sebab puasa... rindu ais bulat-bulat ni

kerjanya tidur je

entah apa difikirkan nya

hari tu ada hantar cik Bu untuk di mandulkan, lepas 3  hari kt klinik nampak perut dia

Dah lama maktek tak datang rumah, rindu nasib ada jugak dia jenguk aritu... 

selasa lepas ambil duit BAP si Aiyan, dia bebel kat aku kenapa ambil lambat sebab kawan-kawan dia semua dah balik. 

menu berbuka puasa hari selasa, suruh Edy beli je 

kerjanya tidurrrrr je tau budak ni

Semalam petang keluar beli buah lepas tu Edy ajak keluar berbuka kat kedai. Nafsu orang puasa nak mee celup pastu nak lokcing, nak sosej... haahh akhirnya semua bungkus bawak balik makan mee celup je

Buat roti bun semalam, tapi alahai skill macam tak mari tau hahahahh

22 comments:

  1. Replies
    1. aah kalau tak asyikla bising mengeow cari jantan

      Delete
  2. Wah minggu ini memang berturut-turut puasa ya?
    Rumah MakTek dekat, rindu boleh sahaja pergi jenguk.
    Hehe betul nafsu tengok semua hendak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. esok cuti puasa kak, hehehhe itulah dekat pun kadang balik kerja dah penat memang tak singgah mana

      Delete
  3. kalau puasa memang macam tu... macam macam nak. tapi lepas minum air, dah sendat rasa perut

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahhaha betul tu MY , udahnya yang di makan sikit je

      Delete
  4. 2,3hari lepas cuaca sejuk tu sibulus berhibernate dkt sini pun sama si Amber bolat je tidur..
    Pia dapat duit BAP haritu dia rasa dia org paling kaya..semua benda minta nak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi memang kucing ni sejenis tidur banyak kan hehehhe

      Delete
  5. Amboi! Aiyan tersenyum lebar sambil tunjuk duit

    ReplyDelete
  6. Tempahan buah tu maksudnya, Dana bekalkan buahan potong ya?
    Menarik tu, bagus orang ada pilihan makan buah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah dana jual buah potong kat kedai kak, kadang bila ada tempahan untuk katering dana buat juga sikit2

      Delete
  7. sibuk ja tugas setiausaha ya dana

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2 kerja setiausaha ni kak PI, ikut pada pejabat tu... kadang sibuk kadang tak

      Delete
  8. Boss sanusi ni ngada2lah
    semua nak suruh su buat

    ReplyDelete
  9. kalau cikgu ada setiausaha gak tentu best kan? Dah DG52 pun kena buat kerja perkeranian sendiri.

    ReplyDelete
  10. Hai myportfolio tu...syukurlah dah siap minggu lepas.

    ReplyDelete
  11. comel ler si bulus tu..
    Aiyan tu seronok dpt duit ke seronok dpt ice cream..hehe

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...