Thursday, February 23, 2023

PHOTO DIARY #7/2023

 Assalamualaikum semua,

Hari ini bersiaran di Klinik Pakar HKL, bosan-bosan tunggu jumpa doktor kita buat entri la. Sebab selalunya kalau waktu temujanji pukul9, pukul 11 pagi pun belum tentu dapat jumpa doktor. Tak sabar nak balik kampung petang esok, moga perjalanan balik kampung kami berjalan dengan lancar dan selamat hendaknya.

Bunga kertas aku ni payah betul nak tengok berbunga

Pukul 8 ke 9 malam depa 2 beradik ni tidur dah, kang kul11 kul12 malam mula la main lari-lari

Kemas-kemas tudung lama, bawa ke kedai bagi kat adik jaga kedai... tudung nya masih elok lagi 

Waktu rehat tengahari aku memang akan tutup lampu bilik, duduk sorang je selalunya

Suka tengok pokok besar ni

Bunga orkid yang rajin berbunga


Mangkuk Aiyan, dia suka sebab ada gambar kucing

Baju ni aku beli untuk aku, tapi bila cuci dia jadi mengecut... muat la Aiyan pakai

Ini la bekal aku selain telur rebus untuk kudap kat pejabat

Adik kedai buatkan kopi ais, layan jugakla sikit tak berani nak minum banyak air manis ni

Kosong kan, memang biasa sangat tinggal aku sorang je kat pejabat ni

Boss dan pegawai kat pejabat ni, kalau melepak berborak suka sangat melepak depan meja aku...

Setelah beberapa hari tengahari tak makan nasi, semalam makan sama-sama dengan adik kedai

Datang awal, bawa Aiyan naik pejabat dulu sebelum hantar ke transit. 

9 comments:

  1. Tabah kena menunggu.
    Banyak tudung Dana yang tidak pakai.
    Hehe Dana bawa kacang kuda rebus ke pejabat. Ralat makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kak, tp hari ini awal pulak dapat jumpa doktor. Sebelum pukul 10 dah jumpa.

      Delete
  2. seronoknya cuti sekolah aiyan nak balik kampung ye...
    Dana rebus kacang kuda tu dalam pressure cooker ke?buat brp minit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak, tapi cuti kejap je tak lama sangat. Dana rebus 50 minit dengan noxxa

      Delete
  3. datang pejabat awal punch card dulu yo mbakyu., hehe

    ReplyDelete
  4. ensem ja ayan pakai baju mamanya

    ReplyDelete
  5. Akak pun suka tengok kanopi pokok besar tulah, menarik.

    Moga Allah permudahkan perjalanan balik kampung esok. Balik Ganu ke Pontian tu?

    ReplyDelete
  6. Dulu masa akak ada bilik, boss akak pun suka lepak depan meja akak macam ni...pas tu amik plak makan kudap2 sambil borak...skrg takde dah...tapi lepak minum kat luar...hahaha....wah..ayyan muat baju mama la

    ReplyDelete
  7. Dah lama teringin bawa bekal kacang kuda, tapi tak terbuat juga! Sedap kan buat kudap-kudapan.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...