Monday, February 20, 2023

PERTAMA KALI LAYAN MAKANAN KOREA DI DAKGALBI

 Assalamualaikum semua,

Ini kisah awal februari aritu, hari jumaat kawan-kawan kedai ajak makan kat luar. Lepas tu gatal lah nak cuba makan di kedai korea konon nya, Dakgalbi. Sampai-sampai tu nak buat pesanan pun tak tau, scan qr tapi tak reti jugak akhirnya panggil staf kat kedai tu untuk bantu. Lepas tu bila sampai makanannya ingat kene masak sendiri rupanya ada  yang tolong masakkan. Kerjanya gelak ketawa ajelah, maklum pertama kali.

Nasib la bila dah makan tu, alhamdulillah sedap makanannya. Sebab kami makan yang nasi dan ramyeon itu yang bila dah siap masak rasa macam nasi dan maggi goreng. Kira ok jugak lah boleh la pergi lagi kalau teringin.


masa mula-mula tengok ni banyaknya sayur tu boleh habis ke


nasi, ramyeon dan keju

semasa di masak sedap bau nya

rupanya semua ada yang gaul kami tengok je eheheh

muka-muka kelaparan


keliling tu ada cheese

sedap juga rupanya

panjang cheese nya

ini yang di panggil teokbokki rupanya sedap juga

tambah kimchi sedap

ada lebih kami bungkus bawak balik

Boss kedai yang belanja hehehhe... 

13 comments:

  1. wahh..mcm dap. x pernah try lagi dakgalbi ni.. and yg bab cheese2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila cuba nanti kak... kami ambil yang ayamn dan octopus

      Delete
  2. Akakpun tidak pernah pergi sini lagi. Ramai-ramai takpelah yakin sedikit hendak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu pun masing-masing blur kak, maklum geng makcik-makcik dalam tu je

      Delete
  3. Pernah makan tapi lama dululah sewaktu travel ke Seoul. Sedap makan panas-panas.

    ReplyDelete
  4. W'salam Dana.. Wahh untung Dana & geng ada orang tolong masak.. pastu habis licin tanda memang sedaplah makanan tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak tak pernah masak situ, rupanya ada yang tolong masakkan gitu, tapau kak dapatlah 1 bekas 4 segi besar yg bwk balik

      Delete
  5. Oo..gitu ya, dia masakkan depan mata kita 😄
    Akak pun baru sekali masuk restoran makanan Korea, entah apa nama dah lupa. Order set nasi dan mi. Oklah boleh buat rasa-rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak dia masakkan siap-siap... udahla masa datang tengah lapar memang keriuk-keriuk la perut nunggu

      Delete
  6. menu korea tk smua org bole mkn...kalo yg mcm ramyeon ni ok juga la..akak tk pernh lg mkn sini ...anak akak suka sgt menu korea....bdk2 skarang kpop sgt hehe

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...