Friday, February 24, 2023

RESEPI SAMBAL TOMATO HIJAU

 Assalamualaikum semua,

Resepi ulangan cuma kali ini aku kisar bahan nya, yang sebelum ini aku tumbuk. Bila jumpa tomato hijau memang wajib masak sambal ini. Sedap tau, wajib dicuba.

Bahan-bahan:

8-10 biji tomato hijau, potong nipis

2 biji bwg besar, hiris nipis

3 biji bwg kecil + 2 biji bwg bsr, kisar

6-7 ulas bwg putih, kisar

30-40 biji cili api, kisar

sedikit udang kering dan bilis, kisar

2 sudu besar gula melaka

Air secukupnya

garam

Cara masak:

- Tumiskan bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan gula melaka lepastu masukkan hirisan tomato masak hingga tomato lembut .

- Masukkan hirisan bawang, masukkan air sedikit dan garam. Bila dah secukup rasa matikan api. 









Masak lama sikit untuk tomato empuk dan lembut


Dah siap

Lawankan dengan ayam goreng

9 comments:

  1. wah...nampak sedap ni...boleh cuba nanti...

    ReplyDelete
  2. belum cuba makan sambal tomato hijau ni. Boleh cubalah nanti bila Ramadhan menjelma....

    ReplyDelete
  3. Teringat dulu zaman sekolah menengah rendah, selalu buat sambal tomato hijau, lawankan dengan ikan masin kepala batu. Menambah-nambah nasi dalam pinggan!

    ReplyDelete
  4. Wah..nampak sangat menyelerakan la Dana. Belum pernah lagi buat sambal guna tomato hijau.

    ReplyDelete
  5. Dana ni masak apa pun semua nampak sedap

    ReplyDelete
  6. Assalamualikum, nampak menyelerakan.. tapi bagaimana agaknya rasa tomato hijau tu.. belum pernah cuba...

    ReplyDelete
  7. Nice post thank you Amber

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...